fbpx

Tempat Menarik di Sabah – Edisi Terbaru 2021

tempat menarik di sabah

Sabah negeri di bawah bayu

sememangnya mempunyai banyak tempat menarik & destinasi

pelancongan yang harus anda kunjungi untuk bercuti.

Dengan pakej lengkap dari Gunung Kinabalu,

pulau-pulau yang indah dan pemandangan yang hanya terdapat di Borneo,

menjadikan Sabah bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari dalam negara,

malah dari luar negara. 🥳🥳🥳

Bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga,

blog tempat menarik di Sabah ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan  untuk anda menjelajahi negeri

yang terkenal dengan warganya yang peramah dan lemah lembut ini. 😃

Jom kita teroka satu persatu tempat menarik di Sabah! 🧐🧐🧐

1. Rumah Terbalik Tamparuli

tempat menarik di sabah

Lokasi pelancongan yang terletak di Telibong dalam daerah Tamparuli ini

terletak hanya lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Lokasi yang strategik

berada di tepi jalanraya besar yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan bandar

yang lain seperti Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau

Rumah Terbalik ini juga yang dikenali dengan ‘Upside Down House’

sangat sesuai untuk semula golongan umur dan mesra untuk golongan yang menggunakan kerusi roda.

Sumber: Upside Down House Sabah

2. Jambatan gantung Tamparuli

destinasi menarik di sabah

Jambatan Tamparuli adalah jambatan yang paling terkenal di Sabah.

Lebih kurang 5-10 minit perjalanan dari Rumah Terbalik,

jambatan ini memang sesak setiap kali musim cuti sekolah.

Rugi

kalau tidak  merasai sendiri pengalaman menaiki jambatan gantung ini.

Di sini juga terdapat sekumpulan warga tempatan yang memainkan alat muzik tradisional di Sabah.

Sambil melancong, sambil berhibur! 🥰🥰🥰

3. Pekan Nabalu

pakej daytrip Kundasang

Pekan Nabalu yang terletak di daerah Kota Belud ini adalah pekan

yang menghubungkan pekan Tamparuli dan Pekan Kundasang.

Tarikan pelancong di sini adalah anjung yang mana berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

So,

boleh ambil gambar puas-puas di sini sebelum tiba di pekan Kundasang.😍😍😍

Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual cenderahati buatan lokal warga Sabah.

Sumber Youtube Suza Holidays

Perlukan Pakej bercuti Murah di Sabah? Layanan Ala Ala Keluarga?

Klik sini >>> Pakej Percutian Keluarga Di Murah Sabah <<<

4. Kinabalu World Heritage Park

 

pakej percutian ke sabah 3 hari 2 malam

Nama singkatan bagi lokasi pelancong ini juga adalah Kinabalu Park.

Kinabalu Park ini adalah pintu masuk bagi para pendaki gunung Kinabalu,

yang mana pintu masuk tersebut dipanggil Timpohon Gate.

Di sini juga

terdapat spesis flora dan fauna yang jarang terdapat di kawasan iklim panas.

Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak di sini kerana di sini memang gunung kinabalu kelihatan sangat dekat dan cantik! 😍😍😍

5. Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

 

Dibuka seawal jam 8 pagi pada musim cuti sekolah,

lokasi tarikan pelancong di Mesilau Kundasang ini sentiasa sesak pada cuti hujung tahun.

Lembu-lembu baka import,

cuaca sejuk dan segar menjadikan lokasi ini menjadi jolokan ‘New Zealand Malaysia’.

Selain susu segar,

anda juga boleh menikmati produk tenusu seperti aiskrim, yogurt dan makanan ringan yang lain.

Anda juga boleh memberi makan anak-anak kambing dan lembu di kandang khas serta ambil gambar puas-puas.

Nak foto paling menarik dengan latarbelakang gunung kinabalu paling jelas dan cantik?

Datang seawal jam 7-8 pagi di gate Desa Cattle, Clear habis….! 😘😘😘

6. Gerai buah-buahan & sayuran Kundasang

 

percutian keluarga ke kundasang (1)

Gerai buah-buah dan sayuran di pekan Kundasang ini memang wajib anda singgah

kerana semua produk di sini adalah segar dari ladang!

Strawberri, limau, longan dan pelbagai buah yang lain adalah hasil tanaman warga di sekitar pekan Kundasang dan Ranau.

Selain itu,

bagi peminat bunga, banyak jenis bunga yang terdapat di sini.

Cuma anda kena ingat,

ada juga jenis bunga yang tidak sesuai di tanam di tempat cuaca panas.

Sia-sia beli jika tidak sesuai ditanam di kawasan suhu tinggi. 😨😨😨

7. Culvert View Kundasang

 

Culvert view ini adalah homestay yang berlatarbelakangkan gunung kinabalu.

Bilik modern yang sangat kreatif dihasilkan dari Culvert!

Di sini juga menyediakan tempat untuk anda mengambil gambar yang menarik seperti cermin di bawah ini.

Lokasinya juga strategik iaitu tidak jauh dari pekan Kundasang dan sebelum sampai ke Desa Cattle Dairy Farm.

Memang rugi kalau tak singgah!

 

Sumber Culvert View

8. Mesilau Highland Strawberry Farm Kundasang

 

lokasi menarik di sabah

Di lokasi ini adalah tempat penanaman strawberri dan juga menjual hasil tanaman tersebut.

Di sini juga anda berpeluang memetik sendiri buah strawberri yang ditanam.

Selain itu,

terdapat cafe yang mana menyediakan menu berasaskan strawberri. 🍓🍓🍓

9. War Memorial Kundasang

pakej lawatan sabah 2020

Terletak di pekan Kundasang,

lokasi ini adalah tapak bersejarah bagi memperingati tahanan British dan Australia yang mati semasa perang dunia ke 2.

Terdapat 4 taman yang harus anda lawati iaitu

Australian Garden, British Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & Pool.

Tak pernah ke Kundasang?

Jom kita tengok apa yang best kat sana…!

26 tempat menarik di kundasang

26 Tempat Menarik di Kundasang

10. Fishspa Tagal Luanti Ranau

lokasi pelancongan menarik di ranau

Antara destinasi menarik di Sabah juga adalah di Fishspa Tagal Luanti Ranau.

Lokasi pelancongan menarik yang terletak lebih kurang 20-30 minit dari pekan Ranau ini

 memang sesak dengan kunjungan pelancong

terutamanya musim cuti sekolah.

Ikan-ikan sungai yang jinak akan ‘mengerumuni’ kaki anda

sebaik saja kaki mencecah sungai!

Ikan-ikan ini dikatakan mampu memakan sel-sel kering dan mati yang terdapat pada kaki.

Memang seronok!

Sumber Sabah tourism

Perlukan Kereta Sewa Pandu sendiri di Kota Kinabalu? Jom tengok post di bawah…!

Kereta-sewa-airport-KKIA

Kereta Sewa Airport KKIA- FREE Pick up & Return

11. Poring Hotspring Ranau

lokasi menarik di sabah

Salah satu tempat wajib anda kunjungi bila sampai ke Ranau.

Terletak lebih kurang 30 minit dari pekan Ranau,

Poring Hotspring ini memang sesak jika musim cuti sekolah.

Terdapat Kolam air panas dan sejuk, Taman Rama-Rama dan juga Canopy Walk.

12. Mesilau’s Cat Village Kundasang

mesilau cat's village

Antara lain destinasi menarik di Sabah adalah di Mesilau’s Cat Village.

Lokasi pelancongan di Kundasang yang dikira agak baru juga tetapi

dapat menarik perhatian setiap pengunjung yang datang ke Kundasang.

Bagi peminat kucing,

di sini terdapat berbagai jenis baka kucing samada baka import ataupun lokal.

Pihak pengurusan juga mengambil kucing yang terbiar untuk dipelihara.

Selain itu,

mereka juga ada menyediakan penginapan homestay yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.  🥶🥶🥶

13. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

pakej sabah 4h3m 2020 (2)

Antara lainnya lokasi menarik di Sabah,

iaitu di Kota Kinabalu adalah Masjid Bandaraya.

Masjid ini juga dipanggil masjid terapung kerana keadaan fizikal bangunan yang seperti terapung di atas air!

Masjid Terapung

atau juga dikenali dengan ‘The Floating Mosque’ adalah

salah satu tempat menarik yang anda harus kunjungi bila sampai ke Sabah.

Unik kan Masjid ni…?

14. Masjid Negeri Sabah

tempat menarik di sabah3

Destinasi menarik di Sabah yang terletak di Kota Kinabalu antara lainnya juga adalah Masjid Negeri Sabah.

Masjid Negeri Sabah yang terletak di dalam Bandaraya Kota Kinabalu ini siap dibina pada tahun 1975.

Bagi anda yang pertama kali datang ke Sabah,

tidak sah jika anda tidak menunaikan solat di masjid ini bagi yang beragama islam.

Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Sutera Harbour,

Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan Hospital Queen Elizabeth 1.

15. Cocoa Kingdom

lokasi menarik di sabah

Cocoa Kingdom yang berhampiran dengan Airport Kota Kinabalu ini menjual pelbagai

jenis produk makanan dari coklat.

Bagi penggemar coklat,

tempat ini wajib anda singgah untuk membeli buah tangan sebelum pulang ke airport.

Lokasinya yang terletak di tepi jalanraya juga memudahkan setiap pelanggan yang datang,

parking pun luas!

Antara destinasi menarik di Sabah yang patut anda kunjungi…!

Sumber Cocoa Kingdom

16. Pasar Filipina

pasar filipina1

Antara lokasi menarik di Sabah iaitu di Kota Kinabalu adalah Pasar Filipina.

Di Pasar Filipina ini terdapat banyak cenderahati yang anda boleh beli untuk dijadiakan buah tangan.

Paling menarik sekali adalah mutiara air masin dan air tawar

yang dijadikan perhiasan seperti kerongsang,

gelang dan rantai boleh didapati mengikut harga dan desain.

Pada sebelah petang pula,

terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan hasil laut, memang sedap dan menggiurkan!

17. Pasar Ikan Kering Kota Kinabalu

WOW…!

Ini juga adalah salah satu destinasi menarik di Sabah, Kota Kinabalu iaitu Pasar Ikan Kering Kota Kinabalu.

Pasar ikan kering yang terletak bersebelahan dengan Pasar Filipina ini

menjual bermacam-macam makanan hasil laut yang dikeringkan seperti ikan, sotong dan udang.

Selain itu,

kuih kering dan produk makanan buatan warga tempatan juga banyak dijual di sini.

18. Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu

Di Sabah, 

memang sangat banyak pantai yang menarik.

Tapi 

di Kota Kinabalu, pantai Tanjung Aru adalah salah satu lagi lokasi menarik yang harus anda kunjungi.

Setiap petang,

pantai Tanjung Aru ini dibanjiri pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ini kerana pantainya yang bersih dan paling menarik sekali adalah dapat melihat matahari terbenam.

Di sekitar pantai ini juga

terdapat gerai-gerai makan dan minum yang boleh anda kunjungi.

19. Bulatan Todak Kota Kinabalu

percutian bajet ke sabah

Memang Rugi..!

Memang sangat rugi jika anda tidak singgah di salah satu destinasi menarik di Sabah Kota Kinabalu ini iaitu Bulatan Todak.

Tarikan di sini adalah gerai-gerai yang menghidangkan masakan hasil laut yang segar.

Bermula seawal jam 5.30 petang,

para peminat ‘seafood’ sudah mula mengunjungi gerai-gerai ini untuk makan malam.

Di sini adalah salah satu tempat untuk anda menikmati makanan menarik di Sabah Kota Kinabalu.

Anda juga boleh bersiar-siar

di sekitar Bulatan Todak ini selepas menjamu selera di gerai-gerai tersebut.

Jangan lupa masukkkan dalam itinerary untuk tempat wajib di kunjungi bila sampai di Kota Kinabalu.

20. Signal Hill Observatory

signal hill3

Lokasi menarik di Sabah yang menjadi tarikan pelancong ini

terletak di atas bukit tidak jauh dari padang bandaran Kota Kinabalu memang

ramai pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu petang dan malam.

Ini kerana pemandangan dari tempat tinggi yang indah dan anda boleh menyaksikan bandar Kota Kinabalu dan pulau-pulau di sekitarnya.

Anda pegi time sunset,

Memang best sangat-sangat beb…!

Perlukan Van bersama Driver di Kota Kinabalu? Jom tengok post di bawah…!

sewa-kereta-dan-pemandu-kota-kinabalu

Van bersama Driver di Kota Kinabalu Sabah

21. Aquarium & Marin Muzium UMS

Universiti Malaysia Sabah atau juga UMS telah menyediakan Aquarium untuk penyelidikan

dalam bidang sains marin dan akuakultur.

Terdapat pelbagai hidupan laut pelbagai saiz yang boleh didapati di sini.

Di tempat ini juga sering menjadi lokasi lawatan dari sekolah-sekolah sekitar Borneo untuk mempelajari alam hidupan laut.

22. Cowboytown Sabandar Tuaran

cowboy-town tuaran

Ini juga adalah salah satu lokasi menarik di Sabah iaitu di Tuaran.

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah Menunggang kuda, trip bot melihat kelip-kelip malam,

lodge bercirikan cowboytown dan Restoran Bambu.

Sesuai bagi anda yang ingin merasai sendiri pengalaman menaiki kuda.

23. Taman Buaya Tuaran

taman buaya tuaran

Antara destinasi pelancongan di Sabah Kota Kinabalu iaitu Taman Buaya Tuaran.

Percaya atau tidak,

di taman ini juga ada menjual telur buaya dari harga RM3 sebiji!

Di taman ini terdapat banyak jenis buaya yang dipelihara termasuk haiwan lain seperti rusa, Binturong, monyet, ala-ala Zoo…

24. Salut Perdana

lokan salut perdana

Lokasi pelancongan di Sabah Kota Kinabalu iaitu di Salut Perdana ini sentiasa sesak pada musim cuti sekolah.

Apa yang best di sini?

Lokan Bakar & puding kelapa di Salut,

dalam daerah Tuaran ini memang menjadi tumpuan orang ramai

untuk merasai sendiri menu yang disediakan.

Terletak di tepi jalan 30 minit dari bandaraya Kota Kinabalu,

gerai-gerai di sini memang sentiasa dibuka dari seawal jam 8 pagi hingga 10 malam.

Sumber Suza Holidays

25. Lokkawi Wildlife

lokkawi zoo

Antara tempat menarik yang ada di Sabah adalah Zoo Lokkawi.

Lok Kawi Wildlife Park ini

memang sesuai untuk kunjungan anda sekeluarga yang mana terdapat

haiwan seperti gajah pigmi, harimau, rusa pelbagai jenis, Monyet Probiscis dan burung-burung Borneo.

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu zoo dan taman botani.

Terletak di jalan lama Papar-Penampang iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

26. Polumpung Melangkap View Camp Site

polumpung melangkap

 

Antara lokasi menarik di Sabah yang terletak di Kampung Melangkap Baru di Kota Belud ini

menyediakan pengalaman berkhemah dengan suasana kampung, pemandangan menakjubkan dan air sungai yang jernih dan sejuk (mengalir terus dari Gunung Kinabalu).

Bagi anda yang ingin lari dari hiruk pikuk sesak kotaraya, destinasi ini adalah antara pilihan terbaik untuk anda kunjungi.

 

Ingin bercuti di Sabah?

Kami ada menyediakan Full Pakej untuk percutian anda di Sabah!

cutikinabalu.com

“Ease Your Journey!”

Leave a Comment