Kundasang, sebuah lagi tempat menarik di Sabah untuk dilawati selain Kota Kinabalu & Semporna.
Banyak tempat menarik di Kundasang yang boleh anda dan keluarga lawati yang mana sesuai untuk semua golongan tidak kira kanak-kanak atau warga emas mahupun golongan OKU.
Kawasan di kaki gunung Kinabalu dengan suhu yang rendah dan cuaca yang sejuk, semestinya menjadikan percutian di Kundasang sabah ini menarik dan berbaloi.
Jom baca 26 tempat menarik di Kundasang ini!
- Desa Cattle Dairy Farm
- Kinabalu Park World Heritage
- War memorial
- Culvert view
- Mesilau’s cat village
- Mesilau Strawberry Farm
- Kinabalu Pine Resort
- Mesilau Golf Club
- BW Bus Restaurant
- Alpaca Club
- Sabah Tea
- Fishspa Tagal Luanti Ranau
- Bombon Kampung Marakau
- Poring Hotspring
- Sably Goat Haven
- Ranau Paragliding Park
- Sosodikon Hill
- Maragang Hill
- Tinorindak Hill
- ATV Kundasang
- Raflesia Garden
- JS Nursery
- Dream World Resort Kundasang
- Gerai sayuran dan buaha Kundasang
- Timpohon Gate
- Arnab Farm Sejati
- Desa Cattle Dairy Farm

Dengan nama jolokan ‘New Zealand Malaysia, Ini adalah tempat paling ramai pelancong saban hari di Kundasang.
Dengan suhu paling sejuk di Kundasang, iaitu di Mesilau, kawasan Desa Cattle ini juga banyak homestay/chalet/hotel didirikan untuk menampung pemintaan pelancong. Produk tenusu dari lembu baka import di Desa Cattle ini seperti Aiskrim, susu coklat/putih dan Yogurt antara tarikan pengunjung di sini. Selain itu, aktiviti seperti memberi makan anak kambing dan lembu di kandang khas sememangnya memberikan pengalaman baru untuk keluarga anda. Jangan lupa juga ambil gambar puas-puas di sni kerana gunung Kinabalu memang sangat jelas dan hampir di sini, lagi-lagi pada jam 7-8 pagi!Sumber Desa Dairy Farm Kundasang
2. Kinabalu Park World Heritage

Kinabalu Park atau lebih dikenali juga dengan Taman Negara Kinabalu Kundasang.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di taman negara kinabalu ini adalah seperti hiking, memberi makan tupai, melihat flora dan fauna yang hidup di kawasan suhu rendah. Di sini juga adalah tempat masuk utama untuk mendaki gunung kinabalu.Sumber Kinabalu Park
3. War Memorial Kundasang

Antara yang lain tempat menarik di Kundasang adalah War Memorial.
Terletak di pekan Kundasang, lokasi ini adalah tapak bersejarah bagi memperingati tahanan British dan Australia yang mati semasa perang dunia ke 2. Terdapat 4 taman yang harus anda lawati iaitu Australian Garden, British Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden & PoolSumber Sabah Tourism
4. Culvert View

Culvert view ini adalah homestay yang berlatarbelakangkan gunung kinabalu.
Bilik modern yang sangat kreatif dihasilkan dari Culvert! Di sini juga menyediakan tempat untuk anda mengambil gambar yang menarik seperti cermin di bawah ini. Lokasinya juga strategik iaitu tidak jauh dari pekan Kundasang dan sebelum sampai ke Desa Cattle Dairy Farm. Memang rugi kalau tak singgah!Sumber Culvert View Kundasang
5. Mesilau’s Cat Village

Lokasi pelancongan di Kundasang yang dikira agak baru juga ini tetapi
dapat menarik perhatian setiap pengunjung yang datang ke Kundasang. Bagi peminat kucing, di sini terdapat berbagai jenis baka kucing samada baka import ataupun lokal. Pihak pengurusan juga mengambil kucing yang terbiar untuk dipelihara. Selain itu, mereka juga ada menyediakan penginapan homestay yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.Sumber Mesilau Cat’s Village
6. Mesilau Strawberry Farm

Destinasi pelancongan yang terletak di Kundasang ini adalah tempat penanaman strawberri
dan juga menjual hasil tanaman tersebut. Di sini juga anda berpeluang memetik sendiri buah strawberri yang ditanam. Selain itu, terdapat cafe yang mana menyediakan menu berasaskan strawberri.Sumber Mesilau Strawberry Farm
7. Kinabalu Pine Resort

Kinabalu Pine Resort ini adalah antara penginapan terbaik di Kundasang.
Apa yang menarik di sini adalah setiap bilik yang anda menginap, semua menghadap Gunung Kinabalu. Baring di katil pun boleh tengok gunung, best kan? Selain itu, di sini juga menyediakan menu masakan lokal, chinese dan western cuisines dan yang special sekali adalah steamboat.Sumber Kinabalu Pine Resort
8. Mesilau Golf Club

Apa yang menarik di sini adalah pemandangan gunung Kinabalu yang sangat jelas dan sangat hampir.
Kami cadangkan anda berada di sana sekitar jam 6-8 pagi. Ini kerana pada waktu seawal ini, dengan keadaan cuaca yang baik, anda akan dapat melihat jelas Gunung Kinabalu tanpa sedikit pun kabus menutupinya!Sumber Sabah Tourism
9. BW Bus Restaurant

Di sini adalah satu tempat makan menarik di Kundasang.
BW Bus Restaurant ini adalah sebuah cafe moden yang menyediakan makanan western. Lokasi cafe ini betul-betul terletak di tepi jalan menuju ke pekan Ranau jika dari Kundasang. Apa yang menariknyanya adalah cafe ini diubahsuai dari bus antik!Sumber BW Bus Restaurant
10. Alpaca Club

Salah satu destinasi menarik di Kundasang adalah di Alpaca Club.,
Walaupun masih baru, tempat ini menjadi salah satu tarikan pelancong di Kundasang dengan menyediakan sejenis haiwan jenis Alpaca. Alpaca adalah sejenis haiwan semacam Llama, tetapi kecil sedikit. Haiwan yang comel ini sangat jinak dan mesra, kanak-kanak sangat sukakannya.Sumber Alpaca Club
11. Sabah Tea

Lokasi menarik di Kundasang yang seterusnya adalah Sabah Tea atau dikenali juga dengan Teh Sabah.
Tempat ini terletak di daerah Ranau yang mana mengambil masa lebih kurang 30 minit dari pekan Ranau. Produk-produk teh ini segar diambil dari ladang yang ditanam di sini. Selain menjual produk teh, di sini juga menyediakan restoran dengan menu yang menyelerakan, tempat yang selesa dan pemandangan yang menarik. Untuk penginapan pula, di Sabah Tea ada menyediakan 3 jenis penginapan iaitu penginapan Rumah Panjang, Cottage dan tempat untuk berkhemah Antara tarikan baru di sini adalah ‘Tree House’ yang mana anda boleh merasai sendiri menaikinya!Sumber Sabah Tea
12. Fishspa Tagal Luanti Ranau

Lokasi pelancongan yang terletak lebih kurang 20-30 minit dari pekan Ranau ini memang sesak dengan kunjungan pelancong terutamanya musim cuti sekolah.
Ikan-ikan sungai yang jinak akan ‘mengerumuni’ kaki anda sebaik saja kaki mencecah sungai! Ikan-ikan ini dikatakan mampu memakan sel-sel kering dan mati yang terdapat pada kaki. Memang seronok!13. Bombon Kampung Marakau

Di sini juga sama sahaja konsep dengan di Fishspa Tagal Luanti, memberi makan ikan jinak dan rendam kaki.
Kelebihan di sini adalah dari pekan Ranau mengambil masa hanya 7-10 minit sahaja untuk sampai. Harga tiket hanya RM3untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Anda akan diberi 1 pek kecil makanan ikan dengan tiket tersebut.Sumber Bombon Kampung Marakau
14. Poring Hotspring

Antara tempat menarik di Kundasang Ranau juga adalah Poring Hotspring.
Tempat mandi manda yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau ini memang sesak dengan pelancong jika pada musim cuti sekolah. Kolam air panas & sejuk ada disediakan di tempat umum. Jika anda prefer private tub, anda juga boleh membuat tempahan awal. Selain itu, di sini juga terapat Taman Rama-Rama dan juga Canopy WalkSumber Sutera Sanctuary Lodges
15. Sably Goat Haven

Salah satu tempat menarik di Kundasang Ranau ini terletak di Kampung Lohan, kira-kira 30 minit dari pekan Ranau.
Di sini menempatkan berbagai jenis kambing samada lokal atau import. Paling seronok jika anda anda dapat bermain-main dengan kambing yang jinak di sini, bukan selalu kan?Sumber Sably Goat Haven
16. Ranau Paragliding Park

Untuk kaki thrill, anda juga boleh mencuba sendiri menaiki paragliding yang terdapat di daerah Ranau ini.
Biasanya anda akan menaiki tandem, iaitu pilot yang mengemudi paragliding dan anda duduk di depan. Setiap paragliding mengambil masa selama 10 minit dari tempat tinggi hingga landing. Harga adalah RM150 untuk setiap dewasa dan remaja.Sumber Ranau Paragliding Park
17. Sosodikon Hill

Bagi kaki hiking, bukit Sosodikon ini adalah tempat yang sangat recommended.
Apa yang menarik di sini adalah selain pemandangan yang memukau, terdapat juga pelbagai jenis bunga yang jarang terdapat
di kawasan suhu panas, memang sangat teruja sepanjang perjalanan ni…!
Sumber Sosodikon Hill
18. Maragang Hill

Salah satu tempat hiking yang mencabar dan bukit tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 2232 meter.
Diuruskan sendiri oleh MEVOC (Mesilau Volunteer Club) iaitu komuniti warga dari Kampung Mesilau itu sendiri.
Ada beberapa pakej menarik yang disediakan di sini antaranya adalah Sunrise Attack iaitu
melihat matahari terbit seawal jam 5.30-6.30 pagi. Maknanya anda kena bersedia untuk hiking seawal jam 4 pagi untuk bertolak ke bukit Maragang ini.
Sumber Maragang Hill
19. Tinorindak Hill

Tindorindak Hill, laluan hiking paling mencabar.
Perjalanan 2-3 jam untuk sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui sungai, jambatan gantung, tangga-tangga kecil, tanah merah dan kebun sayur. Tiket, sijil dan guide disediakan ya.Sumber Tinorindak Hill
20. ATV Kundasang

Aktivit bermotor ini terletak di Kundasang yang mana anda boleh memilih untuk menyewa ATV single atau Double Rider.
Anda juga boleh memilih track samada trek di Desa Cattle atau trek di lokasi gempabumi yang memakan masa selama 1 jam setengah hingga ke 2 jam untuk 1 trip perjalanan. Sepanjang perjalanan, anda dihidangkan dengan pemandangan yang menarik, udara yang segar dan kebun sayur yang menghijau.Sumber ATV Kundasang
21. Raflesia Garden

Antara lokasi menarik di Kundasang Ranau ini adalah di Adenna Raflesia Garden.
Jika anda datang ke sini tepat pada musimnya,
anda akan menyaksikan sendiri bunga raflesia yang kembang mekar di pinggir hutan sebelah jalan menuju ke Poring Hotspring.
Untuk pengetahuan anda,
bunga Raflesia ini mengambil masa selama 15 bulan untuk membesar dan hanya 6 hari untuk mekar.
Sumber Adenna Raflesia Garden
22. JS Nursery

JS Nursery
atau juga Jic Seng Nursery ini terletak bersebelahan jalan utama menuju ke Desa Cattle. Di sini terdapat berbagai jenis bunga yang segar yang mana sesuai untuk ditanam di kawasan sejuk dan kawasan panas. Untuk masuk ke sini adalah percuma. Bagi peminat bunga, jangan lepaskan untuk datang ke sini dan membeli bunga kesukaan anda.Sumber Jic Seng Nursery
23. Dream World Resort Kundasang

Salah satu penginapan terbaik di Kundasang adalah di Dream World Resort.
Anda boleh memilih beberapa jenis chalet yang berharga bermula dari RM 220 – RM 650 semalam. Apa yang menarik di sini adalah sudah tentu view Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Manakala pihak resort juga ada menyediakan kemudahan lain seperti jacuzzi, tab mandi dan juga kafeteria.Sumber Dream World Kundasang
24. Gerai Sayuran & Buahan Kundasang

Tidak lengkaplah percutian di Kundasang jika tidak singgah ke tempat ini.
Di gerai ini terdapat hasil-hasil tanaman sayur dan buah-buahan warga sekitar di Kundasang dan Ranau.
Lokasinya berhampiran dengan bulatan Replika Kobis di pekan Kundasang sahaja.
Tempat ini akan penuh sesak dengan kereta dan penduduk sekitar kerana di Kundasang hari tamu adalah hari Jumaat.
Sumber SuzaHomestay Kota Kinabalu
25. Timpohon Gate

Timpohon gate yang terletak di Kinabalu Park ini adalah pintu masuk utama para pendaki gunung kinabalu dan porter. Jarak dari Pejabat Kinabalu Park hingga ke Timpohon Gate ini adalah 4 km dan anda boleh datang ke sini pada bila-bila masa.
Di sini juga terdapat anjung yang mana anda boleh mengambil gambar yang berlatarbelakangkan gunung Kinabalu sambil memberi makan tupai yang jinak.Sumber Sabah Parks

Di lokasi menarik di Ranau ini, terdapat ratusan arnab yang comel yang anda boleh belai dan bermain bersama.
Selain itu, anda juga boleh bermain bot basikal di tasik yang disediakan dengan harga RM10 sahaja. Anak-anak kecil pasti gembira jika sampai ke sini!Sumber Arnab Farm Sejati
Kami doakan percutian di Kundasang anda bersama keluarga berjalan lancar & teratur
dengan adanya update terkini tempat menarik di Kundasang bagi tahun 2021 ini!