Tips Bercuti Di Sabah 2021/2022
Tips bercuti di Sabah ini adalah sebagai panduan untuk anda yang berniat nak datang bercuti dan melancong di Sabah.
Tidak kira percutian keluarga atau rombongan sepejabat,
Sabah trip blog ini menyediakan banyak info yang berguna seperti
tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu & Kundasang dan juga
tips-tips lain yang saya rasakan berguna untuk anda.
Untuk anda yang tak pernah jejak kaki atau pertama kali sampai ke Sabah,
Tips Bercuti Di Sabah ini WAJIB ANDA BACA!
Asyik tengok kawan-kawan atau sedara mara datang bercuti ke Sabah kan?
Mesti selalu dengar lokasi pelancongan wajib nombor 1 di Sabah, Kundasang atau Semporna, kan?
Apa kata tahun ini anda rancang percutian keluarga anda di Sabah pula?
Sebenarnya,
tu adalah nama salah satu daerah yang terdapat di Sabah yang mana daerah yang paling banyak menarik pelancong
sama ada dari dalam negara atau luar negara.
Sekarang,
Jom kita selusuri satu demi satu Tips Bercuti Di Sabah ni jika anda merancang hendak melancong ke Sabah!
1. Jika anda merancang hendak melancong di Sabah sendiri,
iaitu tanpa pemandu pelancong,
anda boleh menyewa pelbagai jenis kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu lagi.
Seriuosly, lebih JIMAT & MURAH jika anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri jika dibandingkan dengan ambil GRAB atau teksi.
Ada juga sesetengah pelancong,
dah sampai ke Kundasang,
baru berniat nak sewa kereta!
Jadi dari KK ke Kundasang, dia naik teksi atau Grab je!
Kan dah kerja 2 kali tu?
Better sewa terus kenderaan dari airport Kota Kinabalu, kan? 😘😘😘
PSST…!
Nak sewa kereta Murah & Bajet, Hantar FREE ke Airport Kota Kinabalu??
Jom tengok post ni…! >>> Kereta Sewa di KKIA
2. Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan Travel Agency,
pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.
Jika ada sebarang masalah semasa percutian di Sabah,
syarikat yang berdaftar dan berpengalaman ini tahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda.
Seperti contohnya,
jika berlaku sebarang kecemasan,
Tour Guide yang membawa trip lawatan anda itu, tahu apa nak buat dengan cara paling cepat dan Profesional!
3. Biasanya berapa hari masa diperlukan untuk melancong di Sabah,
especially di Kundasang & Kota Kinabalu?
Cadangan saya adalah paling kurang 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam adalah jangka waktu yang paling sesuai
untuk korang ‘round’ habis lokasi-lokasi ‘hot’!
(Di bawah saya sertakan lokasi-lokasi lawatan menarik di Kota Kinabalu & Kundasang, jadi baca sampai habis ya?)
4. Di Sabah memang terkenal dengan makan seafood yang murah dan berbaloi.
Especially di Kota Kinabalu,
korang boleh pilih banyak restoran yang menyediakan makanan seafood yang sedap dan segar!
Antaranya adalah Restoran Gayang di Jalan Gayang, Restoran Nelayan di Bukit Padang, Pak Andi’s Seafood di Tanjung Aru &
Welcome Seafood di Jalan Asia City.
Tapi jika anda nak Jimat & Bajet,
anda boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu.
Di sana banyak gerai-gerai yang menjual makanan seafood yang segar,
sedap dan yang paling penting MURAH!
Pastikan anda pilih gerai yang bersih dan teratur.
Jika korang nak tahu,
harga ikan di sini antara RM3.50 – RM4.50 sekilogram termasuk masakan!
Saya sendiri paling suka masakan sotong masak telur masin & udang masak butter basah,
memang terangkat beb…! 😍😍😍
5. Jika anda menyewa kenderaan,
pastikan beli siap-siap Kupon Parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK,
kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Di Kota Kinabalu khususnya,
jika anda hendak parking kenderaan,
mestilah menyediakan kad kupon parking ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.
6. Jika anda meletakkan kenderaan di bawah jambatan yang berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu,
pastikan anda parking sehingga tengahari sahaja.
Jika selepas tengahari,
tempat parking kereta di kawasan itu akan digunakan oleh peniaga kecil untuk menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah.
7. Jika anda bermalam di Homestay Kundasang,
pastikan anda dah beli siap siap bahan mentah untuk BBQ.
Beli di Pasar Besar Kota Kinabalu.
Kat sana semua ikan sugar-bugar.
Jangan beli di Kundasang pula ya?
Sebab Harga tentunya ada mahal sedikit.
Rugi datang jauh-jauh,
tapi tak BBQ di Homestay Kundasang tu,
dengan suasana yang sunyi dan sudah tentu SEJUK GILLER, 🥶🥶🥶
BBQ bersama-sama kengkawan dan ahli keluarga,
tentunya akan meninggalkan Kenangan yang paling indah..!
8. Jika anda merancang hendak bercuti ke pulau-pulau di sekitar Semporna Sabah,
ambil flight turun kat Tawau ya?
Jangan turun kat Kota Kinabalu pula,
Jauh tu nak drive dari Kota Kinabalu ke Semporna…!
Seterusnya,
di bawah adalah senarai tempat menarik di Sabah:
30 Lokasi menarik di sekitar Kundasang & Ranau
(Area Kg Mesilau)
- Maragang Hill
- Mesilau Highland Strawberry Farm
- Mesilau cat’s Village
- Desa Dairy Farm
- Sosodikon Hill
- Jic Seng Nursery
- Atv Borneo Adventure
.
(Area Pekan Kundasang)
- Kundasang War Memorial
- Gerai sayur&buah buahan Kundasang
- Crystal Hill
- Tinorindak Hill
.
(Dari KK otw ke Kundasang)
- Pekan Nabalu
- Kinabalu Park
- Kundasang Mount Valley Recreation
.
(Dari Kundasang otw ke Ranau)
- Bw Bus Restaurant
- Little Wonderland
- Arnab Village
- Hamster World
.
(Area Ranau)
- Ranau Rabbit Farm
- Bombon Kg Marakau
- Atv & Ranau Paragliding Park
- Sungai Biru Lohan Ranau
- Luanti Fish Spa
- Sabah Tea
- Poring hot spring
- Lohan Paragliding Valley
- Adenna Refflesia Garden
- Damai Eco Ranch
- Arnab Farm Sejati
- Kinomulok Garden
35 Lokasi menarik di sekitar Kota Kinabalu
- Masjid Bandaraya @ The Floating Mosque Kota Kinabalu
- Menara Tun Mustapha
- Muzium Kota Kinabalu
- Masjid Negeri Sembulan
- Pulau Manukan
- Pulau Sapi
- Pulau Gaya
- Pulau Mamutik
- Pulau Mari-Mari Sepanggar
- Waterfront Seafood Night Market
- I LOVE KK Sign
- Strret Art Graffiti Galery
- Pasar Gaya
- Cowboy Town Tuaran
- Kota Kinabalu Waterfront
- Pantai Tanjung Aru
- Perdana Park
- Marine Muzium Kota Kinabalu
- Kota Kinabalu Wetland Centre
- Kokol Haven Resort
- Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve
- Zip Borneo
- Double Six Monumen
- Signal Hill Observatory Platform
- Mari-Mari CUltural Village
- Taman Hidupan Liar Lok Kawi
- Jesselton Point Waterfront
- Kota Kinabalu Upside Down House
- Jambatan Gantung Tamparuli
- Kiulu Water Rafting
- Atkinson Clock Tower
- Borneo Ant House
- Chocolate Factory
- Pasar Filipina
- Jamilah Jewellery
12 pulau menarik di Semporna
- Pulau Bohey Dulang
- Pulau Timba-Timba
- Pulau Mabul
- Pulau Sipadan
- Pulau Sibuan
- Pulau Mantabuan
- Pulau Mataking
- Pulau Kapalai
- Pulau Mataking
- Pulau Pom-Pom
- Pulau Bum-Bum
- Pulau Bodgaya
Lokasi melihat monyet Probiscis & Kelip-Kelip malam
- Kliar River Cruise
- Pilajau River Cruise
- Kawa-Kawa River Cruise Kota Belud
- Weston River Cruise
Artikel berkaitan: Tempat Menarik Di Sabah
Mudah-mudahan sedikit perkongsian Tips Bercuti Di Sabah dari saya ini dapat membantu melancarkan percutian anda!
Diharapkan juga panduan bercuti di Sabah ini dapat membantu anda sekeluarga untuk bercuti dengan lebih MUDAH di sini…!
“Ease Your Journey!”
Ikhlas dari saya,
Rafail Razak
Director Suza Holidays Sdn Bhd