fbpx

Itinerary 4h3m Kota Kinabalu – Kundasang

ITINERARY 4 HARI 3 MALAM KOTA KINABALU – KUNDASANG 2022

 

itinerary 4h3m kota kinabalu kundasang

 

YEAHHH….!!! Berjaya juga siapkan itinerary 4h3m Kundasang – Kota Kinabalu ni…

We are back….!

Setelah 2 tahun terkurung & terperap dirumah,

akhirnya Malaysia kembali ke Fasa Endemik… ???

 

Apa yang pastinya,

Sabah kembali menjadi destinasi utama aktiviti pelancongan samada pelancong dari luar negara,

mahupun dari dalam negara….

Percutian ke Kundasang kembali meriah..!

 

‘Penat’ kan asyik duduk rumah dan tak dapat pegi mana-mana pun…

 

So,

 

Inilah masanya kita bawa keluarga melancong ke Sabah, especially Kota Kinabalu, Kundasang & Semporna.

 

Pada post kali ini,

Saya akan kongsikan kepada korang itinerary 4 hari 3 malam di Kundasang & di Kota Kinabalu.

Bagi yang tak biasa dengar perkataan ‘itinerary’ tu,

itinerary tu adalah jadual lawatan la lebih kurang maksudnya…  ???

 

Sebelum tu,

mari kita tengok itinerary yang selalu kami bagi kepada para pelancong yang ikut bersama kami…

 

ITINERARY 4H3M Kundasang with #suzateam

1 malam di Kundasang
2 malam di Kota Kinabalu

⛱️Hari Pertama

?Pick at Kota Kinabalu International Airport (KKIA) /Hotel ??
?Eat/Prayer/Shopping basic necessities
? Rumah Terbalik//Upside Down House
? Jambatan Tamparuli
? Pekan Nabalu
?Kinabalu National Park
? ?Check in Hotel/Homestay ??

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

⛱️Hari Kedua

?⛅Check out Hotel/Homestay ??
? Desa Cattle Dairy Farm?
?War Memorial
?Arnab Village ?
?Fishspa Tagal Luanti/Kg Marakau ?
?Sabah Tea ?
?Poring Hot spring
?Kundasang Market Fruit Stall?????
?Back to Kota Kinabalu
? ?Check in Hotel/Homestay ??

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

⛱️Hari Ketiga

?Tunku Abdul Rahman National Park (Manukan/Sapi Island)???️
?Phillipino Market/Kraftangan Market
?Dried Fish Market/Frozen Seafood Market
?Jamilah Jewelery
?Cocoa Kingdom
?Tanjung Aru Beach?
?Todak Waterfront Hawker Center – Seafood Stall??????
??Check in Hotel/Homestay ??

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

⛱️Hari Keempat

?⛅Check out Hotel/Homestay ??
?The floating Mosque/Masjid Bandaraya
?Yayasan Sabah
?Signal Hill Observatory Tower
?State Museum
?Cake Lapis Sarawak Factory
?Free & Easy
?Transfer to Airport/Hotel

? Itinerary pakej 4h3m Kundasang ini adalah cadangan sahaja. Tourist boleh ubah ikut kesesuaian
? Semua aktiviti lawatan bergantung kepada cuaca semasa, kami akan sesuaikan dengan keadaan & Masa
? Semua tempat lawatan sudah termasuk Tiket/Terminal Fee/Snorkeling gear
? Kenderaan seperti Van/MPV/Bot sudah termasuk dalam itinerary
? Pick up & Return Airport/hotel FREE selagi on tour

“Trip Layanan ALA KELUARGA…!”


 

Itinerary 4h3m di Kota Kinabalu & Kundasang ni sebenarnya adalah cadangan ya.

Tak semestinya korang follow sebiji,

boleh ubahsuai ikut keadaan semasa dan cuaca. 😉

Jika korang tak nak ikut pakej trip ke Kundasang ni pun boleh,

Nak sewa kereta pandu sendiri & hantar PERCUMA ke Airport pun boleh… 🙂

Sekarang,

jom kita tengok slow-slow ikut tempat ya….

 

Hari Pertama

Selalunya jika korang ikut trip atau tour ke Kundasang,

trip tu mestilah bermula seawal pagi adalah paling bagus.

Ada juga pelancong yang sampai terlebih awal sebelum trip,

maknanya,

esok trip, hari ni dah sampai di Kota Kinabalu!

Ada juga,

pelancong ambil tiket paling awal dari semenanjung, tiket subuh.

 

SO,

sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pun awal pagi la, lepas tu ikut trip.

Haaa….

Macam ni memang paling best,

 

sebab,

 

kita akan dapat ikut itinerary 4h3m Kundasang tu dengan sempurna, ikut jadual…! 🙂

 

Tapi kan,

 

kebelakangan ini,

pada post ini ditulis,

 

syarikat penerbangan tempatan kerap kali delay penerbangan.

 

Jika korang dah tempah tiket flight pada awal pagi,

kemungkinan besar flight tersebut akan delay ke tengahari atau petang.

 

Paling teruk, delay ke malam atau esok subuhnya tu…

 

Patut pun ada pelanggan syarikat penerbangan ni ‘mengamuk sakan’ kat airport,

 

Habis staff syarikat penerbangan tu kena marah…

 

So,

 

Pada pendapat saya,

better sampai awal di Kota Kinabalu, sehari sebelum trip ke Kundasang,

 

Korang pun dapat rehat sekejap di Kota Kinabalu sebelum join pakej percutian ke Kundasang tu.

 

Santai…..!

 

Pada hari pertama tersebut,

Jika korang memang dah tinggal di hotel/homestay di Kota Kinabalu,

Driver akan tunggu dan akan ambil korang seawal jam 7.30-8.00 pagi.

Malam sebelum trip pun,

biasanya driver atau Person InCharge dah whatsapp/call korang siap-siap jam berapa nak kena bersedia.

 

Untuk musim cuti sekolah,

keadaan trafik awal pagi tidak la sangat sibuk, kecuali hari berkerja.

 

Ada juga customer kami yang bertanya:

“Kami 1st time nak pegi  trip ke Kundasang, 

Mana yang sesuai untuk kami, 

Trip 4h3m Kundasang atau trip 3h2m Kundasang…?”

 

Jawapan Kami:

“BETTER, Trip ke Kudnasang selama 4h3m,

tak lama sangat, 

tak sekejap sangat, 

almost semua tempat boleh cover…”

 

Untuk hari pertama,

Destinasi pertama yang akan korang lawati adalah Rumah Terbalik atau lebih dikenali juga Upside Down House yang

terletak di daerah Tamparuli.

 

percutian ke kundasang

 

Perjalanan lebih kurang mengambil masa 30-40 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu mengikut keadaan trafik.

Terletak di tepi jalanraya besar sebelum ke Kundasang,

destinasi ke Rumah Terbalik ini adalah lokasi pelancongan paling ideal sekali disinggahi sebelum naik ke Kundasang.

Di sini juga terdapat Galeri 3D yang mana pastinya seronok bawa keluarga ambil gambar…!

Masa yang kami cadangkan adalah 30 minit hingga 1 jam sahaja.

 

Untuk destinasi pelancongan kedua,

korang akan dibawa melawat Jambatan Tamparuli,

iaitu jambatan paling ‘Legend’ sekali di Sabah.

 

“Kenapa Legend ya…?”

 

sebab selain gunung Kinabalu,

jambatan tamparuli ini juga menjadi kebanggan kami warga Sabahan.

 

Jambatan Gantung seperti ini, sangat banyak didapati di Sabah.

 

Jadi jika korang nak rasa naik jambatang gantung,

kat sini la tempatnya…!

 

Dulu,

kalau nak melawat kat Jambatan Gantung Tamparuli ni,

memang masa melawat tu sekitar 10-20 minit saja,

 

Tapi,

dengan adanya kumpulan anak muda yang bermain muzik tempatan Sabah,

memang sangat seronok dan enjoy...!

 

Korang boleh duduk dan menyaksikan persembahan diorang,

nak join sekali try tarian tradisional pun boleh…! 😉

 

tour ke kundasang
Kumpulan persembahan kebudayaan Sabah dari anak muda tempatan Sabah

 

Selesai di Jambatan Tamparuli,

Teruskan percutian ke Kundasang mendaki bukit dan jalan berliku.

 

Kat highway ni,

memang laluan utama ke bandar-bandar besar yang lain di Sabah seperti Bandar Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

 

So,

memang banyak kenderaan terutamanya lori dan besar melalui jalan yang sama.

 

Perjalanan ke Kundasang dari Tamparuli mengambil masa lebih kurang 1 jam hingga 1 jam setengah sahaja,

ikut keadaan trafik.

 

Sebelum sampai ke pekan Kundasang,

destinasi pelancongan yang ‘wajib’ korang singgah adalah Pekan Nabalu.

 

Pekan Nabalu yang terletak di daerah Kota Belud ini mempunyai tempat khas untuk melihat Gunung Kinabalu

secara lebih dekat iaitu “Anjung Nabalu“.

 

pakej 4 hari 3 malam kundasang
View dari Anjung Nabalu

 

Kat sini,

jika cuaca mengizinkan,

memang korang akan nampak ‘sebiji’ gunung tu depan mata…!

 

Selain tu juga,

terdapat gerai-gerai yang banyak menjual cenderahati untuk korang bawa balik nanti sebagai kenangan.

Ambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk singgah di sini ya…?

 

itinerary 4 hari 3 malam kundasang
Gerai yang banyak menjual cenderahati di pekan Nabalu

 

Jom!

Teruskan perjalanan ke Kundasang!

Dari pekan Nabalu ke pekan Kundasang mengambil masa lebih kurang 30-45 minit sahaja mengikut keadaan trafik.

Yang bestnya,

korang dah boleh tutup aircond kereta tu & buka tingkap luas-luas!

angin yang sejuk dan lembut pasti buatkan korang sangat bahagiaaaa beb…! 😉

Percutian ke Kundasang mesti tak lengkap kalau naik kereta ke sana tak buka tingkap..! he he he…. ?

 

Sebelum sampai pekan Kundasang ini juga,

terdapat banyak gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran segar yang ditanam dan dijual sendiri oleh

penduduk kampung di sekitar sini.

 

Ops…!

sebelum sampai ke pekan Kundasang,

korang kena singgah dulu di Kinabalu Park.

 

kinabalu park with suzateam
Pintu utama naik ke Gunung Kinabalu di Kinabalu Park

 

Kinabalu Park atau lebih dikenali juga dengan Taman Kinabalu ini adalah pintu masuk utama bagi

para pendaki untuk mendaki gunung Kinabalu.

 

Di sini juga terdapat chalet yang korang boleh menginap walaupun korang tak plan nak naik gunung…!

 

Kebiasaannya,

 

pelancong dari luar negara sangat suka ke sini disebabkan flora & fauna yang terdapat di kawasan suhu rendah ini masih terpelihara.

Percutian ke Kundasang korang tidak lengkap jika tidak berkunjung ke sini.

 

At last,

sampai di pekan Kundasang…!

 

Yeah…!

Kalau dah nampak roundabout lembu & roundabout Kobis,

memang sah dah sampai la tu…. 😉

 

Kenapa roundabout Lembu & Kobis ya…?

Tak ada haiwan lain ke? atau sayuran lain…?

 

so kalau korang nak tau,

Kundasang memang terkenal dengan sayur segar yang ditanam di kawasan tanah tinggi bersuhu rendah.

Sayuran ini ditanam sendiri oleh penduduk di sekitar Kundasang ini.

Dan sayur yang terkenal sekali di sini adalah sayur kobis!

 

Lembu tu pula,

D Kundasang terdapat 1 tempat khas penternakan lembu baka import yang mana lembu-lembu ini memang khas untuk

kawasan cuaca sejuk seperti di Kundasang.

 

Nama tempat tu adalah Desa Cattle Dairy Farm.

Ada juga yang panggil ‘New Zealand Malaysia’.

Percutian ke Kundasang korang memang tak lengkap jika tidak singgah melawat di sini.

 

OK,

Tamat hari pertama,

korang dah boleh cek in homestay atau hotel yang korang dah tempah.

 

Sebenarnya,

Terdapat banyak sangat homestay/chalet/hotel yang terdapat di sini.

Rata-rata semuanya memang view gunung.

 

Jadi tidak hairanlah penginapan di sini agak sedikit mahal berbanding di tempat lain.

 

Tapi,

tidak semestinya harga penginapan mahal, penginapan selesa.

Dan tidak juga semestinya penginapan harga murah, tapi tidak berkualiti.

Korang memang kena pandai pilih.

Paling senang,

ikut je pakej percutian kundasang yang banyak disediakan oleh pengusaha pelancongan.

Diorang memang dah tahu mana penginapan yang terbaik untuk korang.

 

OPS..!

 

lagi satu nak bagitau,

jika korang nak buat tempahan di homestay,

pastikan homestay tu tak ada tangga tinggi jika nak ke sana.

 

Ya la kan,

kesian warga emas atau ibu bapa yang sudah berumur nak kena panjat pula tangga tinggi-tinggi…. 🙂

 

Lagi satu,

jika korang menginap di homestay Kundasang,

dan nak buatkan malam korang lebih happening kat sana,

kan best kalau buat BBQ.

 

Biasanya kebanyakkan homestay di Kundasang ada menyediakan kemudahan & peralatan untuk BBQ.

 

Tapi,

bahan mentah jangan la beli kat Kundasang.

beli la kat Kota Kinabalu seperti udang, ikan, daging dan ayam, lebih murah dan banyak pilihan.

 

Kan best time sejuk-sejuk tu BBQ bersama family kat Kundasang,

mesti jadi kenangan terindah korang laaaah…! 😉

 

Hari kedua

Cuaca sejuk kat Kundasang,

memang susah sangat nak bangun pagi apatah lagi mandi…!

 

Memang penat ikut itinerary 4h3m kundasang ni,

Tapi kami nak pastikan korang puashati dengan trip ke Kundasang & Kota Kinabalu yang kami sediakan ni.

 

jika penginapan korang tu pun ada heater sekalipun, still akan rasa sangat sejuk…

 

Jika korang berpeluang bangun awal pagi di Kundasang,

cepat-cepat lah keluar dari bilik homestay atau hotel korang tu seawal jam 6 pagi.

 

itinerary 4h3m kundasang
View gunung seawal jam 6.30 pagi

 

Masa ni,

memang view gunung sangat clear.

 

Kebiasaannya,

memang tak akan ada langsung kabus yang menutupi gunung Kinabalu seawal jam 6-7 pagi.

 

Ini semua mengikut keadaan cuaca ya.

Memang rugi jika korang terlepas momen ni,

masa yang sangat sesuai untuk korang selfie dengan Gunung Kinabalu…!

 

OK,

selepas cek out di penginapan korang,

destinasi pertama yang patut korang lawati adalah Desa Cattle Dairy Farm.

Kat sini paling awal sampai paling bagus.

 

Kenapa?

 

Seawal jam 7 pagi view gunung Kinabalu adalah paling OHSEM!

Nampak jelas tanpa ada sedikit kabus pun!

 

trip ke kundasang
View seawal jam 8 pagi di gate Desa Cattle Dairy Farm

 

time ni la sebenarnya korang kena ambil gambar puas-puas.

 

Lagi pun,

 

jika korang awal sampai,

so tak payah lagi la nak beratur panjang, terutamanya musim cuti sekolah.

Tapi, selagi korang ikut pakej percutian ke Kundasang, jangan la risau penat memandu, driver kan ada… 😉

 

Untuk sampai ke sini mengambil masa lebih kurang 15-25 minit dari pekan Kundasang,

mengikut keadaan trafik.

 

Jika korang menginap di Mesilau,

dekat saja la.

 

Lebih kurang 5 – 10 minit sahaja.

 

Mesti ramai nak tahu kenapa orang suka sangat menginap di Kampung Mesilau ni ya?

 

Ini kerana, (pada pendapat saya)

Mesilau adalah tempat paling sejuk dari semua kawasan di Kundasang.

 

View gunung pun lebih dekat dari sini.

 

Mesilau ini adalah sebuah perkampungan ya.

Orang kampung ramai tinggal di sini dan juga terdapat banyak homestay/chalet yang disediakan.

 

Cuma,

 

homestay-homestay dan penginapan di area Mesilau ni memang akan cepat habis.

Jika lambat buat tempahan, terutamanya untuk musim cuti sekolah,

memang kempunan…! 🙂

 

Oh ya…

 

Berbalik ke cerita Desa Cattle tadi,

parking kat sini memang terhad ya.

 

Pernah ada yang kena parking kat luar gate,

jauh tu nak jalan kaki… he he he… 😉

 

Kat sini, lembu-lembu baka import dipelihara dan dijaga dengan baik.

Lembu-lembu ini memang sesuai dengan keadaan di cuaca di Kundasang yang sejuk dan lembab sepanjang hari.

 

Jika musim hujan,

lagilah sejuk yang amat…!

Cumanya percutian ke Kundasang korang spoil la skit kalau musim hujan,

terutamanya hujung bulan disember.

 

Di Desa Cattle ini ada menjual produk tenusu yang diperah segar dari ladang.

Produk tenusu perisa biasa, coklat dan kopi dijual di sini dan diedar ke seluruh Sabah.

 

Selain itu,

 

di sini juga terdapat makanan ringan seperti ais krim, pizza, hot sausage dan yogurt.

 

Korang juga boleh memberi makan sendiri anak-anak lembu dan kambing yang terdapat di kandang khas di bahagian belakang

Desa Cattle ini.

 

desa cattle with suzateam
Memberi makan anak lembu di Desa Cattle

 

Korang juga berpeluang melihat sendiri pihak Desa Cattle memerah susu lembu untuk diproses.

Kami cadangkan korang berjalan-jalan dan menghabiskan masa di sini selama 1 hingga 1 jam setengah.

 

Oh ya,

 

Jika korang berkesempatan,

korang boleh singgah di Alpaca Club yang mana lokasi tarikan pelancong ni memelihara Alpaca import.

Memang best bawa anak-anak korang melawat ke sini.

 

Memang tak ada dalam itinerary 4h3m Kundasang,

korang boleh request dengan driver nak pegi ke sini ya… ???

 

Lokasi pun terletak di tepi jalan saja menuju ke Desa Cattle.

 

Selain itu,

 

korang juga boleh singgah sebentar di Culvert View.

Selain menyediakan penginapan,

pemandangan di sini juga memang sangat cantik…!

 

Lokasi pelancongan ke dua untuk hari kedua ini seperi di dalam itinerary 4h3m Kot Kinabalu-Kundasang di atas

adalah War Memorial Kundasang.

 

War Memorial ini terletak di pekan Kundasang sahaja.

 

Tugu Peringatan Perang ini terdiri dari 4 taman iaitu, Australian Garden, The English Rose Garden, The Borneo Garden dan juga

The Contemplation Garden.

 

Kami cadangkan korang berada di sini selama 30 minit hingga 1 jam.

 

Oh ya,

 

berdekatan War Memorial ini mesti korang akan perasan orang duk berbaris panjang nak beli sesuatu.

Apa tu..??

 

SAYAP AYAM…!

 

Kat Kundasang ni, memang ramai sangat peniaga yang menjual sayap ayam.

Memang best makan panas-panas dalam cuaca sejuk…! 😉

Korang mesti cuba tau… 🙂

 

Jom kita teruskan ke Arnab Village.

 

Kat Kundasang,

terdapat 1 destinasi pelancongan yang juga menarik iaitu Arnab Village.

 

Di sini paling best bila dapat bermain-main dengan arnab yang jinak.

Anak kecil pasti sukakannya!

 

Di Ranau juga terdapat 1 lagi kawasan ternakan Arnab yang juga menjadi tumpuan pelancong.

 

So,

 

korang kena pilih la mana 1 nak pegi ya… 😉

 

Jom kita ke destinasi ke 4 pada hari kedua ini!

 

Fishspa Tagal ini terdapat dua lokasi menarik di daerah Ranau,

1 di Kampung Luanti dan 1 lagi di Kampung Marakau.

 

Kampung Luanti ini mengambil masa 30-40 minit dari pekan Ranau manakala

Kampung Marakau ini hanya terletak 5 minit sahaja dari pekan Ranau.

 

Apa bezanya?

 

Kedua-dua lokasi ini memang menyediakan ikan-ikan sungai yang jinak,

cuma lokasi dan saiz kawasan sahaja yang berbeza.

 

Ikan-ikan sungai ini akan mendekati dan menghisap kaki korang sebaik sahaja korang turun ke sungai.

 

Maknanya,

turunkan kaki sahaja ya, jangan mandi pula!

 

tour ke kundasang (2)
Fishspa Tagal Luanti

 

Oh ya..!

Jika korang ikut pakej 4 hari 3 malam Kundasang ni,

tiket tempat lawatan memang dah termasuk ya… 🙂

 

Jom sambung…

 

korang sendiri boleh turun ke sungai dan memberi makan ikan-ikan yang jinak tu.

 

Kat sini memang kena Q, kena ikut giliran. ikut turn nak masuk.

 

Tidak dibenarkan sama sekali menangkap ikan ya… 😉

 

OK,

 

selepas dah penat bermain denga ikan-ikan ni,

jika korang melawat ke Fishspa di Tagal Luanti,

 

korang boleh terus singgah di Sabah Tea yang terletak bersebelahan dengan Fishspa Tagal Luanti ni.

 

itinerary 4h3m kundasang (2)
Sabah Tea

 

Sabah Tea ni adalah kawasan penanaman teh secara secara besar-besaran dan tidak menggunakan langsung racun serangga.

Hasil tanaman teh yang berkualiti tinggi ini di eksport ke seluruh Borneo dan juga semenanjung.

 

Kami cadangkan korang makan tengahari kat sini.

 

Ini kerana kafeteria kat sini memang selesa, makanan sedap dan harga pun berpatutan.

 

Di sini juga terdapat mini Canopy Walk yang korang boleh naiki dan alami sendiri pengalaman berjalan di jambatan gantung

di atas pokok.

 

Destinasi seterusnya adalah Poring Hotspring.

 

Perjalanan dari Sabah Tea ke Poring Hotspring mengambil masa lebih kurang 40-50 minit sahaja.

 

Di sini,

 

korang boleh mandi manda di kolam terbuka yang disediakan.

Korang juga boleh mencuba mandi air panas samada di private tub atau tub publik yang bersebelahan dengan Rock Pool.

 

Korang juga boleh merasai sendiri pengalaman menaiki Canopy Walk yang tinggi yang mana di bina di atas pokok-pokok

besar di sini.

 

Cuma,

 

jika korang nak try aktiviti ini,

pastikan kroang memakai kasut yang sesuai ya….?

 

Ini kerana,

 

untuk ke Canopy Walk ini mengambil masa selama 10-20 minit berjalan kaki melalui denai hutan.

 

Tidak sesuai untuk warga emas dan juga korang yang mempunyai anak-anak kecil.

 

pakej 4h3m kundasang
Canopy walk di Poring Hotspring

 

Dingatkan juga,

tidak semetinya korang ikut pakej 4h3m Kundasang ni,

Aktiviti ni pun semua kena ikut ya?

kena sesuaikan ikut keadaan…..

 

Di Poring Hotspring ini juga terdapat Taman Rama-Rama yang mana mengumpulkan semua jenis rama-rama yang terdapat di

Kepulauan Borneo ini.

 

Tiba masanya untuk korang kembali semula ke pekan Kundasang untuk singgah di Gerai buah-buahan dan sayur segar.

 

OPS…!

 

sebelum itu,

 

jika korang berpeluang singgah ke pekan Ranau,

korang amat bertuah jika pada musim durian.

 

Durian murah baka kampung dan kahwin banyak dijual di pasar pekan Ranau pada harga serendah RM3 sekilo.

Jika korang dah sampai ke gerai buah-buahan tu,

pasti korang perasan bunga pun banyak dijual di sana.

 

Bunga-bunga ini ada yang sesuai di kawasan panas dan ada juga yang tidak sesuai.

 

Pastikan sebelum korang beli,

korang kena tanya dengan penjual adakah bunga-bunga itu sesuai ditanam di kawasan cuaca tinggi.

 

Takut nanti sia-sia beli,

 

bila sampai di rumah, dah mati.

 

lagipun,

di airport Kota Kinabalu,

memang tidak dibenarkan membawa sebarang jenis baka atau benih ke semenanjung,

Nanti tak lepas, rugi je beli… 😉

 

Itinerary 4h3m di Kundasang ni,

kami sebenarnya tak tetapkan berapa lama nak kena berada di satu-satu tempat lawatan.

ikut keadaan trafik dan cuaca semasa di sana.

 

OK,

tiba masanya untuk kembali ke Kota Kinabalu.

Perjalan mengambil masa selama 2 jam mengikut keadaan trafik

 

Untuk itinerary hari ke 3 dan ke 4,

Jom kita tengok Part 2 ya… 😉

 

Untuk korang yang teringin nak sewa van bersama pemandu untuk percutian ke Kundasang,

maknanya tak nak full pakej sekali penginapan,

Baca link ni ya… >>> Sewa Van/Kereta bersama pemandu di Kota Kinabalu <<<

 

Ikhlas,

 

Rafail Razak

Suza Holidays SB

“Ease Your Journey…!”

 


Teringin bercuti bersama keluarga di Kota Kinabalu-Kundasang?

Jom tengok pakej yang kami sediakan di link ni ya…? 🙂

pakej percutian keluarga sabah (3)

Pakej Percutian Keluarga di Sabah

 

 

Borang Pertanyaan
Please enter your email, so we can follow up with you.

 

 

 

Leave a Comment