fbpx

Trip Sehari Ke Pulau Mantanani

Pulau Mantanani ataupun dikenali juga sebagai Mermaid Island!

Jom trip sehari ke Pulau Mantanani!!!
Mesti seronokkan kalau dapat pergi bercuti ke pulau bersama rakan-rakan ataupun keluarga? Terutamanya pulau-pulau yang ada di Sabah dan melakukan aktiviti santai seperti snorkelling.
Di Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik yang boleh anda kunjungi dan terokai. Korang pernah dengar Pulau Mantanani? Pulau Mantanani terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Pulau Mantanani ini sangat cantik sehingga boleh memukau setiap pengunjung yang berkunjung ke sini sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kalau korang ingin merasakan sendiri suasana berada disana jom join trip sehari ke Pulau Mantanani bersama kami dengan pakej yang kami tawarkan. klik disini untuk pakej ke Pulau Mantanani.
Jeti Rampayan Laut
Bot yang akan dinaiki
Trip sehari ke Pulau Mantanani, adalah sehari perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Kota Belud. Sesampai di Kota Belud, anda akan terus dibawa ke jeti. Ada dua jeti yang boleh dilalui iaitu, jeti Kuala Abai dan jeti Rampayan Laut. Tetapi bagi yang mengunakan perkhidmatan kami untuk trip sehari ke Pulau Mantanani, kita akan menggunakan jeti Rampayan Laut. Ingat ya korang mesti menukar pakaian yang sesuai siap-siap sebelum ke pulau. Ini kerana semasa perjalanan ke Pulau Mantanani korang akan terkena tempias air laut yang datangnya dari bot itu sendiri, apabila bot bergerak dengan laju air laut akan terkena korang, bagi yang duduk ditempat duduk belakang akan sentiasa terkena tempias air laut.
Sesampai di jeti, korang akan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai trip sehari ke Pulau Mantanani sebelum bertolak ke Pulau Mantanani. Untuk ke Pulau Mantanani akan menaiki speedboat yang boleh memuatkan 35 orang dalam satu-satu masa dan akan mengambil masa  dalam 35-55 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tip untuk korang yang tak pernah naik bot ataupun tak biasa naik bot, kami sarankan korang duduk ditempat duduk belakang untuk mengelakkan korang “mabuk” ataupun pening dan kalau duduk ditempat diduduk belakang, tekanan hentakkan daripada bot agak kurang sedikit berbanding duduk ditempat duduk hadapan.
Ini adalah jadual penuh trip sehari ke Pulau Mantanani :
  • 0700 – 0730 : Pick up di Hotel Kota Kinabalu
  • 0730 – 0745 : Bertolak ke Kota Belud
  • 0915 – 0930 : Sampai di Jeti Rampayan Laut Kota Belud dan bersedia untuk bertolak ke Pulau Mantanani
  • 0930 – 0945 : Bertolak ke Pulau Mantanani
  • 1030 – 1045 : Sampai di Pulau Mantanani, bersedia untuk aktiviti snorkelling
  • 1200 – 1215pm  : Kembali semula ke Pulau Mantanani untuk makan tengahari
  • 1330 – 1345pm : Bersedia untuk snorkelling kali kedua
  • 1430 – 1500pm : Bertolak balik ke jeti Rampayan Laut Kota Belud
  • 1530 – 1600pm : Sampai di jeti Rampayan Laut Kota Belud
  • 1600 – 1615pm : Bersedia untuk bertolak semula ke Kota Kinabalu.
Kalau korang ingin bercadang nak bercuti di Pulau Mantanani boleh hubungi kami dan korang boleh pilih sama ada bermalam disana 2 hari 1malam ataupun trip sehari ke Pulau Mantanani.
Oopss sebelum terlupa, korang jangan lupa bawa SUNBLOCK tau! sunblock ni penting untuk mengelakkan kulit korang terbakar ataupun sunburn. Nanti kalau tak pakai sunblock takut kulit korang SUNBURN!

Leave a Comment