tips bercuti di sabah

Tips Bercuti Di Sabah

tips bercuti di sabah

Untuk anda yang tak pernah jejak kaki atau pertama kali sampai ke Sabah, Tips Bercuti Di Sabah ini WAJIB ANDA BACA!

Asyik tengok kawan-kawan atau sedara mara datang bercuti ke Sabah kan? Mesti selalu dengar lokasi pelancongan wajib nombor 1 di Sabah, Kundasang atau Semporna, kan?

Sebenarnya, tu adalah nama salah satu daerah yang terdapat di Sabah yang mana daerah yang paling banyak menarik pelancong sama ada dari dalam negara atau luar negara.

tips bercuti di sabah

Sekarang, Jom kita selusuri satu demi satu Tips Bercuti Di Sabah ni jika anda merancang hendak bercuti ke Sabah!

  1. Jika anda merancang hendak melancong sendiri, iaitu tanpa pemandu pelancong, anda boleh menyewa pelbagai jenis kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu lagi. Seriuosly, lebih JIMAT & MURAH jika anda menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri jika dibandingkan dengan ambil GRAB atau teksi. Ada juga sesetengah pelancong, dah sampai ke Kundasang, baru berniat nak sewa kereta! Jadi dari KK ke Kundasang, dia naik teksi atau Grab je! Kan dah kerja 2 kali tu? Better sewa terus kenderaan dari airport Kota Kinabalu, kan?
  2. Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan Travel Agency, pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA. Jika ada sebarang masalah semasa trip lawatan, syarikat yang berdaftar dan berpengalaman ini tahu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda. Seperti contohnya, jika berlaku sebarang kecemasan, Tour Guide yang membawa trip lawatan anda itu, tahu apa nak buat dengan cara paling cepat dan Profesional!
  3. Biasanya berapa hari masa diperlukan untuk cuti-cuti di Kundasang & Kota Kinabalu? Cadangan saya adalah paling kurang 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam adalah jangka waktu yang paling sesuai untuk korang ‘round’ habis lokasi-lokasi ‘hot’! (Di bawah saya sertakan lokasi-lokasi lawatan menarik di Kota Kinabalu & Kundasang, jadi baca sampai habis ya?)
  4. Di Sabah memang terkenal dengan makan seafood yang murah dan berbaloi. Especially di Kota Kinabalu, korang boleh pilih banyak restoran yang menyediakan makanan seafood yang sedap dan segar! Antaranya adalah Restoran Gayang di Jalan Gayang, Restoran Nelayan di Bukit Padang, Pak Andi’s Seafood di Tanjung Aru, Welcome Seafood di Jalan Asia City. Tapi jika anda nak Jimat & Bajet, anda boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sana banyak gerai-gerai yang menjual makanan seafood yang segar, sedap dan yang paling penting MURAH! Pastikan anda pilih gerai yang bersih dan teratur. Jika nak tahu, harga ikan di sini antara RM3.50 – RM4.50 sekilogram termasuk masakan! Saya paling suka masakan sotong masak telur masin & udang masak butter basah, memang terangkat beb…!
  5. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan beli siap-siap Kupon Parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK, kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu khususnya, jika anda hendak parking kenderaan, mestilah menyediakan kad kupon parking ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.
  6. Jika anda meletakkan kenderaan di bawah jambatan yang berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu, pastikan anda parking sehingga tengahari sahaja. Jika selepas tengahari, tempat parking kereta di kawasan itu akan digunakan oleh peniaga kecil untuk menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah.
  7.  Jika anda bermalam di Homestay Kundasang, pastikan anda dah beli siap siap bahan mentah untuk BBQ. Beli di Pasar Besar Kota Kinabalu. Kat sana semua ikan sugar-bugar. Jangan beli di Kundasang pula ya? Sebab Harga tentunya ada mahal sedikit. Rugi datang jauh-jauh, tapi x BBQ di Homestay Kundasang tu, dengan suasana yang sunyi dan sudah tentu SEJUK GILLER, BBQ bersama-sama kengkawan dan ahli keluarga, tentunya akan meninggalkan Kenangan yang paling indah..!
  8. Jika anda merancang hendak bercuti ke pulau-pulau di sekitar Semporna Sabah, ambil flight turun kat Tawau ya? Jangan turun kat  Kota Kinabalu pula, Jauh tu nak drive dari Kota Kinabalu ke Semporna…!
tips bercuti di sabah

30 Lokasi menarik di sekitar Kundasang & Ranau

(Area Kg Mesilau)

1. Maragang Hill

2. Mesilau Highland Strawberry Farm

3. Mesilau cat’s Village

4. Desa Dairy Farm

5. Sosodikon Hill

6. Jic Seng Nursery

7. Atv Borneo Adventure

.

(Area Pekan Kundasang)

8. Kundasang War Memorial

9. Gerai sayur&buah buahan Kundasang

10. Crystal Hill

11. Tinorindak Hill

.

(Dari KK otw ke Kundasang)

12. Pekan Nabalu

13. Kinabalu Park

14. Kundasang Mount Valley Recreation

.

(Dari Kundasang otw ke Ranau)

15. Bw Bus Restaurant

16. Little Wonderland

17. Arnab Village

18. Hamster World

.

(Area Ranau)

19. Ranau Rabbit Farm

20. Bombon Kg Marakau

21. Atv & Ranau Paragliding Park

22. Sungai Biru Lohan Ranau

23. Luanti Fish Spa

24. Sabah Tea

25. Poring hot spring

26. Lohan Paragliding Valley

27. Adenna Refflesia Garden

28. Damai Eco Ranch

29. Arnab Farm Sejati

30. Kinomulok Garden

tips bercuti di sabah

35 Lokasi menarik di sekitar Kota Kinabalu

  1. Masjid Bandaraya @ The Floating Mosque Kota Kinabalu
  2. Menara Tun Mustapha
  3. Muzium Kota Kinabalu
  4. Masjid Negeri Sembulan
  5. Pulau Manukan
  6. Pulau Sapi
  7. Pulau Gaya
  8. Pulau Mamutik
  9. Pulau Mari-Mari Sepanggar
  10. Waterfront Seafood Night Market
  11. I LOVE KK Sign
  12. Strret Art Graffiti Galery
  13. Pasar Gaya
  14. Cowboy Town Tuaran
  15. Kota Kinabalu Waterfront
  16. Pantai Tanjung Aru
  17. Perdana Park
  18. Marine Muzium Kota Kinabalu
  19. Kota Kinabalu Wetland Centre
  20. Kokol Haven Resort
  21. Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve
  22. Zip Borneo
  23. Double Six Monumen
  24. Signal Hill Observatory Platform
  25. Mari-Mari CUltural Village
  26. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
  27. Jesselton Point Waterfront
  28. Kota Kinabalu Upside Down House
  29. Jambatan Gantung Tamparuli
  30. Kiulu Water Rafting
  31. Atkinson Clock Tower
  32. Borneo Ant House
  33. Chocolate Factory
  34. Pasar Filipina
  35. Jamilah Jewellery
tips bercuti di sabah

10 pulau menarik di Semporna

  1. Pulau Bohey Dulang
  2. Pulau Timba-Timba
  3. Pulau Mabul
  4. Pulau Sipadan
  5. Pulau Sibuan
  6. Pulau Mantabuan
  7. Pulau Mataking
  8. Pulau Kapalai
  9. Pulau Mataking
  10. Pulau Pom-Pom
  11. Pulau Bum-Bum
  12. Pulau Bodgaya
tips bercuti di sabah

Lokasi melihat monyet Probiscis & Kelip-Kelip malam

  1. Kliar River Cruise
  2. Pilajau River Cruise
  3. Kawa-Kawa River Cruise Kota Belud
  4. Weston River Cruise

Mudah-mudahan sedikit perkongsian TIps Bercuti Di Sabah dari saya ini dapat membantu melancarkan percutian anda di Sabah!

“Ease Your Journey!”

Ikhlas dari saya,

Rafail Razak

Director Suza Holidays Sdn Bhd

Artikel berkaitan:

  1. Lokasi menarik yang harus dikunjungi jika pertama kali ke Sabah
  2. Pakej Melancong Ke Sabah
  3. Itinerary 4 Hari 3 Malam Ke Sabah

Untuk sewaan kenderaan:

Suza Kereta Sewa Kota Kinabalu

Probiscis Car Rental Kota Kinabalu

#pakejpercutiansabah #pakejpercutiankundasang #pakejpercutiansemporna

Rating this!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×

Hello!

Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to suzaholidays@gmail.com

× How can I help you?