Trip Sehari Ke Pulau Mantanani

Pulau Mantanani ataupun dikenali juga sebagai Mermaid Island!

Jom trip sehari ke Pulau Mantanani!!!
Mesti seronokkan kalau dapat pergi bercuti ke pulau bersama rakan-rakan ataupun keluarga? Terutamanya pulau-pulau yang ada di Sabah dan melakukan aktiviti santai seperti snorkelling.
Di Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik yang boleh anda kunjungi dan terokai. Korang pernah dengar Pulau Mantanani? Pulau Mantanani terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Pulau Mantanani ini sangat cantik sehingga boleh memukau setiap pengunjung yang berkunjung ke sini sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kalau korang ingin merasakan sendiri suasana berada disana jom join trip sehari ke Pulau Mantanani bersama kami dengan pakej yang kami tawarkan. klik disini untuk pakej ke Pulau Mantanani.
Jeti Rampayan Laut
Bot yang akan dinaiki
Trip sehari ke Pulau Mantanani, adalah sehari perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Kota Belud. Sesampai di Kota Belud, anda akan terus dibawa ke jeti. Ada dua jeti yang boleh dilalui iaitu, jeti Kuala Abai dan jeti Rampayan Laut. Tetapi bagi yang mengunakan perkhidmatan kami untuk trip sehari ke Pulau Mantanani, kita akan menggunakan jeti Rampayan Laut. Ingat ya korang mesti menukar pakaian yang sesuai siap-siap sebelum ke pulau. Ini kerana semasa perjalanan ke Pulau Mantanani korang akan terkena tempias air laut yang datangnya dari bot itu sendiri, apabila bot bergerak dengan laju air laut akan terkena korang, bagi yang duduk ditempat duduk belakang akan sentiasa terkena tempias air laut.
Sesampai di jeti, korang akan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai trip sehari ke Pulau Mantanani sebelum bertolak ke Pulau Mantanani. Untuk ke Pulau Mantanani akan menaiki speedboat yang boleh memuatkan 35 orang dalam satu-satu masa dan akan mengambil masa  dalam 35-55 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tip untuk korang yang tak pernah naik bot ataupun tak biasa naik bot, kami sarankan korang duduk ditempat duduk belakang untuk mengelakkan korang “mabuk” ataupun pening dan kalau duduk ditempat diduduk belakang, tekanan hentakkan daripada bot agak kurang sedikit berbanding duduk ditempat duduk hadapan.
Ini adalah jadual penuh trip sehari ke Pulau Mantanani :
  • 0700 – 0730 : Pick up di Hotel Kota Kinabalu
  • 0730 – 0745 : Bertolak ke Kota Belud
  • 0915 – 0930 : Sampai di Jeti Rampayan Laut Kota Belud dan bersedia untuk bertolak ke Pulau Mantanani
  • 0930 – 0945 : Bertolak ke Pulau Mantanani
  • 1030 – 1045 : Sampai di Pulau Mantanani, bersedia untuk aktiviti snorkelling
  • 1200 – 1215pm  : Kembali semula ke Pulau Mantanani untuk makan tengahari
  • 1330 – 1345pm : Bersedia untuk snorkelling kali kedua
  • 1430 – 1500pm : Bertolak balik ke jeti Rampayan Laut Kota Belud
  • 1530 – 1600pm : Sampai di jeti Rampayan Laut Kota Belud
  • 1600 – 1615pm : Bersedia untuk bertolak semula ke Kota Kinabalu.
Kalau korang ingin bercadang nak bercuti di Pulau Mantanani boleh hubungi kami dan korang boleh pilih sama ada bermalam disana 2 hari 1malam ataupun trip sehari ke Pulau Mantanani.
Oopss sebelum terlupa, korang jangan lupa bawa SUNBLOCK tau! sunblock ni penting untuk mengelakkan kulit korang terbakar ataupun sunburn. Nanti kalau tak pakai sunblock takut kulit korang SUNBURN!

Jadual 4 hari 3 malam bercuti di Sabah

JADUAL 4 HARI 3 MALAM BERCUTI DI SABAH

Teringin bercuti di Sabah? especially Kota Kinabalu & Kundasang?

Dengan nama jolokan ‘New Zealand Malaysia’, ini adalah lokasi ‘wajib’ jika anda bercuti di Sabah! 

Jadual 4 hari 3 malam bercuti di Sabah ini hanyalah cadangan dari kami sahaja. Ini terpulang kepada jadual penerbangan anda. Sekiranya sampai awal di Kota Kinabalu pada hari pertama, anda boleh terus mengikuti jadual yang kami berikan. Jika sebaliknya, anda boleh mengubah jadual hari pertama ke hari kedua mengikut kesesuian pelancong.

itinerary 4 hari 3 malam di sabah

Untuk anda yang merancang hendak bercuti di Sabah, especially Kota Kinabalu & Kundasang, anda boleh memilih untuk mengambil pakej percutian yang mana lengkap dengan hotel/homestay & kenderaan bersama pemandu. Pakej biasanya ikut bajet dan kemampuan pelancong. Ada pakej yang bajet murah, sederhana dan berpatutan. Terpulang kepada kesesuaian dan kemampuan anda.

Ada juga yang hanya menggunakan perkhidmatan kereta sewa, homestay Kota Kinabalu dan Homestay Kundasang sahaja. Maknanya mereka pandu sendiri sahaja tanpa ada driver. Pakej ini memang bajet, murah dan jimat sedikit jika dibandingkan dengan pakej percutian full pakej sekali driver. Ini semua terpulang kepada anda. Tentunya ada kekurang dan kelebihan yang tersendiri jika dibandingkan dengan pakej-pakej yang lain.
Berikut adalah jadual cadangan jika anda bercuti selama 4 hari 3 malam di Sabah:

HARI PERTAMA (KUNDASANG TRIP)

  • Pick up Airport/Hotel
  • Makan/Solat/beli barang keperluan asas
  • Rumah Terbalik
  • Jambatan Tamparuli
  • Pekan Nabalu
  • Kinabalu Park
  • Cek in Hotel/Homestay Kundasang
    (Digalakkan BBQ bersama Keluarga/rombongan, Nak makan luar pun boleh, x da masalah)

Itinerary 4 Hari 3 Malam di Sabah

HARI KEDUA (KUNDASANG TRIP)

  • Cek out Hotel/Homestay
  • Desa Cattle Dairy Farm
  • War Memorial
  • Fishspa Tagal Luanti Ranau
  • Sabah Tea
  • Poring Hotspring
  • Perjalanan Balik ke Kota Kinabalu
  • Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu.

Pakej percutian keluarga ke Sabah

HARI KE-3 (KOTA KINABALU TRIP)

  • Sarapan
  • Pulau Tunku Abdul Rahman (Snorkling di Pulau Sapi)
  • Pasar Filipina
  • Pasar makanan kering
  • Jamilah Jewellery
  • Pantai Tanjung Aru (Sunset)
  • Makan Seafood di Bulatan Todak
  • Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu.

sabah tour package 2019

HARI KEEMPAT (CITY TOUR)

  • Sarapan
  • The Floating Mosque
  • Yayasan Sabah
  • Muzium Negeri Sabah
  • Signal Hill Observatory Tower
  • Free n Easy
  • Hantar Airport/Hotel

*Jadual di atas adalah cadangan sahaja. kena ikut kesesuaian flight ticket juga. Apa-apa pun semoga percutian korang dipermudahkan, amin!

Untuk Lebih Info, Hubungi pegawai pemasaran kami link di bawah:

Rafail Razak

Whatsapp Sekarang!

Rabiatul Amirah

Whatsapp Sekarang!

Perlukan Sebut Harga? Isi Borang Di Bawah:

Artikel Berkaitan: