Pernah cuba ‘Water Rafting’ di Kiulu?

water rafting sabah

Momen luar biasa ditawarkan di Kondis Point,Kiulu.

Kundasang, Gunung Kinabalu, Ladang Teh Sabah atau meneroka dasar laut di Pulau Manukan, Pulau Sapi mahupun Pulau Sipadan merupakan aktiviti sinonim pelancong yang datang ke negeri di bawah bayu.

Tetapi kini, aktiviti pelancongan itu dipelbagaikan menerusi kebijaksanaan penduduk tempatan, memanfaatkan tanah yang dimiliki dengan membuka pusat rekreasi bagi memenuhi tuntutan kepada permintaan aktiviti luar.

Oh ya! sebenarnya kami teruja berada di Kondis point Kiulu iaitu kawasan campsite antara yg terbaik di Malaysia, di mana anda boleh camping di mana-mana sahaja disini dan kita juga boleh menyewa banyak hut yang ada dengan harga murah!  Selain itu dua buah dewan  di sediakan utk apa jua acara keramaian sebagai contoh gathering atau day trip barbecue bersama rakan-rakan dan family.

water rafting sabah

Tandas? jangan risau! seperti bukan campsite sebab memang selesa untuk sebuah campsite dan di asingkan lelaki dan wanita. Shower tempat mandi juga amat selesa dan diasingkan. Ada kawasan sungai cetek dan arus yg perlahan memberikan kelebihan utk anak-anak mandi manda. Ada juga aktiviti rafting family , 4×4 aktiviti, waterfall , hiking serta tidak itu juga disekeling ada kawasan sawah padi huma.

KONDIS POINT PRICE LIST

Entrance Fee (Local)
Adult RM3
Children RM1

Camping Fee(Local)⛺🏕
Adult RM10
Children RM5

Camping Tent & equipment

4 men tent – rm 15
6ment tent – rm 20
Camping mat – rm 5
Sleeping bag – rm 10

Additional Charges(Electricity) 🔌💡💡
/Overnight Charges Per group
RM 30


Open Air Hut
Day Use: RM 15
Overnight : RM20

A Shape Hut(Mini Chalet)
+ fan
+ queen size mattress
RM80/night

White Water Rafting

RM55/head
+ buffet lunch :RM75/ head
*Without Transport from Hotel to KONDiS POiNT

Mini Hall
RM100/day

Daytrip Abseiling
RM100/head
+natural rock climbing
+waterfall abseiling

Basic Kitchen Tools & Equipment to rent(upon request)
+kitchen stove
+wok
+basic tools
:RM60/day

Kitchen

Rm 100/day

PA system 🎼🎤🎤👩🏻‍🎤👨🏼‍🎤
RM250/day

Tube & Life Jacket To Rent

Big: RM10
Medium:RM8
Small:RM5

water rafting sabah

Perjalanan dari Kota kinabalu ke pekan Tamparuli lebih kurang 20 minit manakala dari pekan Tamparuli ke Kiulu hanya 10 minit sahaja menjadikan ia kawasan riadah untuk pelancong mengunjunginya.

Kepada yg bercuti ke Sabah, especially Kota Kinabalu,  anda harus jadikan lokasi ini sebagai penginapan anda kerana anda boleh kemana sahaj lokasi menarik , Kundasang, Kudat, Kota Belud. Untuk kelainan percutian anda, kami cadangkan menginap di sini sambil menikmati suasana nyaman kampung yang jauh dari hiruk pikuk bising bandaraya. Teramat sesuai untuk anda yang ingin ‘relase tension’ dan buang stress!

Kawasan pedalaman dikelilingi keindahan alam semula jadi itu indah itu cukup popular dalam kalangan pelancong luar negara, tetapi belum cukup diketahui penduduk dalam negara.

Aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini ialah abseiling, memanjat tembok (wall climbing), zipline sejauh 320 meter dan aktiviti bertali aras tinggi (high ropes).

Peserta perlu menyeberangi sungai dengan meluncur menggunakan tali sebelum berpindah ke stesen seterusnya dan kembali semula menggunakan kaedah sama. Pengalaman itu secara tidak langsung menguji tahap keberanian dan meningkatkan sifat keyakinan diri.

water rafting sabah

“Pesekitaran Kondis Point sangat menenangkan sehingga rasa penat dan tekanan terhadap pekerjaan serta masalah lain dapat dihilangkan,”

Rating this!

Tengok Juga Post Ini...

(1) Comment

  1. cutikinabalu

    Jom Water Rafting @Sabah with #suzateam

    Bagi Komen Anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published.