Pulau Mantanani ataupun dikenali juga sebagai Mermaid Island!
Jom trip sehari ke Pulau Mantanani!!!
Mesti seronokkan kalau dapat pergi bercuti ke pulau bersama rakan-rakan ataupun keluarga? Terutamanya pulau-pulau yang ada di Sabah dan melakukan aktiviti santai seperti snorkelling.
Di Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik yang boleh anda kunjungi dan terokai. Korang pernah dengar Pulau Mantanani? Pulau Mantanani terletak di daerah Kota Belud, Sabah. Pulau Mantanani ini sangat cantik sehingga boleh memukau setiap pengunjung yang berkunjung ke sini sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kalau korang ingin merasakan sendiri suasana berada disana jom join trip sehari ke Pulau Mantanani bersama kami dengan pakej yang kami tawarkan. klik disini untuk pakej ke Pulau Mantanani.
Trip sehari ke Pulau Mantanani, adalah sehari perjalanan dari Kota Kinabalu ke daerah Kota Belud. Sesampai di Kota Belud, anda akan terus dibawa ke jeti. Ada dua jeti yang boleh dilalui iaitu, jeti Kuala Abai dan jeti Rampayan Laut. Tetapi bagi yang mengunakan perkhidmatan kami untuk trip sehari ke Pulau Mantanani, kita akan menggunakan jeti Rampayan Laut. Ingat ya korang mesti menukar pakaian yang sesuai siap-siap sebelum ke pulau. Ini kerana semasa perjalanan ke Pulau Mantanani korang akan terkena tempias air laut yang datangnya dari bot itu sendiri, apabila bot bergerak dengan laju air laut akan terkena korang, bagi yang duduk ditempat duduk belakang akan sentiasa terkena tempias air laut.
Sesampai di jeti, korang akan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai trip sehari ke Pulau Mantanani sebelum bertolak ke Pulau Mantanani. Untuk ke Pulau Mantanani akan menaiki speedboat yang boleh memuatkan 35 orang dalam satu-satu masa dan akan mengambil masa dalam 35-55 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tip untuk korang yang tak pernah naik bot ataupun tak biasa naik bot, kami sarankan korang duduk ditempat duduk belakang untuk mengelakkan korang “mabuk” ataupun pening dan kalau duduk ditempat diduduk belakang, tekanan hentakkan daripada bot agak kurang sedikit berbanding duduk ditempat duduk hadapan.
Ini adalah jadual penuh trip sehari ke Pulau Mantanani :
0700 – 0730 : Pick up di Hotel Kota Kinabalu
0730 – 0745 : Bertolak ke Kota Belud
0915 – 0930 : Sampai di Jeti Rampayan Laut Kota Belud dan bersedia untuk bertolak ke Pulau Mantanani
0930 – 0945 : Bertolak ke Pulau Mantanani
1030 – 1045 : Sampai di Pulau Mantanani, bersedia untuk aktiviti snorkelling
1200 – 1215pm : Kembali semula ke Pulau Mantanani untuk makan tengahari
1330 – 1345pm : Bersedia untuk snorkelling kali kedua
1430 – 1500pm : Bertolak balik ke jeti Rampayan Laut Kota Belud
1530 – 1600pm : Sampai di jeti Rampayan Laut Kota Belud
1600 – 1615pm : Bersedia untuk bertolak semula ke Kota Kinabalu.