25 LOKASI LAWATAN MENARIK KUNDASANG & RANAU
Pada post kali ini, kami ingin membawakan kepada anda 25 Lokasi tarikan pelancong di Kundasang dan Ranau yang mana destinasi pelancongan popular ini amat sesuai untuk percutian keluarga atau trip bersama kawan-kawan. Blog tempat menarik dan tempat pelancongan di Kundasang Sabah ini pastinya sedikit sebanyak dapat memudahkan anda untuk merancang dan memilih lokasi yang ingin anda lawati.
Isi Kandungan:
Desa Cattle Dairy Farm
Maragang Hill
Mesilau Highland Strawberry Farm
Mesilau Cat’s Village
Sosodikon Hill
Jic Seng Nursery
ATV Borneo Adventure
Kundasang War Memorial
Gerai Sayur & Buah-Buahan Kundasang
Tinorindak Hill
Pekan Nabalu
Kinabalu Park
Ranau Rabbit Farm
Arnab Village
BW Bus Restaurant
Kundasang Mount Valley Recreation & Resort
Bombon Kampung Marakau
Kinumulok Garden
Adenna Raflesia Garden
Sabah Tea
Fishspa Tagal Luanti
ATV & Ranau Paragliding Park
Damai Eco Ranch
Kinabalu Pine Resort
Poring Hotspring
1. Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Terletak di kaki Gunung Kinabalu di Kundasang, Sabah. Perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kota Kinabalu.
Destinasi pelancongan paling popular di Kundasang & lokasi ‘Wajib Lawat’ bagi setiap pelancong dalam dan luar negara. Pemandangan seperti berada di luar negara ini membuatkan ramai pengunjung teruja yang mana kita sendiri boleh melihat bagaimana keindahan pemandangan Gunung Kinabalu serta sekitarnya ditambah lagi udaranya yang sejuk berangin. Pastinya tempat ini menjadi tempat paling digemari ramai.
Tambahan pula, antara produk yang boleh dapatkan di Desa Cattle Dairy Farm adalah susu segar, yougurt , keju, susu kambing dan sebagainya dari ladang. Malahan kita sendiri boleh melihat proses memerah dan memproses susu. Selain itu, kita boleh memberi makan kepada anak lembu dan kambing.
Peta Lokasi Desa Cattle Dairy Farm
89308 Kundasang, Sabah
088-889 562
Setiap Hari 8 Pagi – 5 Petang
RM5.00 dewasa
RM4.00 kanak-kanak
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Sosodikon Hill
Pasar Kundasang
2. Maragang Hills
Maragang Hills merupakan tempat yang sesuai untuk hikers atau climbers.
Tempat ini merupakan salah satu tarikan yang terletak di Mesilou Kundansang.
Perjalanan dari Kota Kinabalu lebih kurang 2 jam 30 minit.
Pakej Hiking yang disediakan ada dua iaitu “sunrise dan sunset”.
Sedikit informasi, jika hikers mahu mendaki Maragang Hills Pakej Sunset, bangun seawal jam 2.30 pagi untuk persiapan serta pendaftaran peserta dan pada jam 3.30 pagi pendakian akan bermula.
Untuk Pakej Sunrise pula sama seperti pakej sunset yang membezakan cuma waktu pendakian iaitu pada jam 3.30 petang. Sebagai tambahan, pakej juga mengikut kepada trail.
Perjalanan sepanjang perjalanan agak mencabar sekiranya hujan kerana licin dan agak curam.
Peta Lokasi Maragang Hills
Kg. Mesillou, 89308 Kundasang, Sabah
011 3160 3983
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
RM45.00 – RM75.00/pax mengikut pakej yang dipilih beserta bilangan dalam kumpulan.
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Sosodikon Hill
Pasar Kundasang
3. Mesilau Highland Strawberry Farm
Seperti di Cameron Highlands, Kundasang juga terkenal dengan buah strawberri kerana suhu sekitar 25 darjah celcius dan ke bawah. Destinasi pelancongan di Kundasang ini anda berpeluang merasai sendiri kesegaran buah strawberri yang baru dipetik dan menghirup udara segar dan nyaman.
Terletak di Mesilau Kundasang laluan yang sama menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Walaupun tempat kunjungan tidak luas, tetapi ianya tempat berbaloi yang boleh kunjungi.
Mesilou Highland Strawberry Farm menyediakan café serta kedai cenderamata. Pengunjung boleh memetik sendiri strawberri dan harganya tertakluk kepada jumlah timbangan.
Selain strawberri, kepada pencinta bunga-bungaan, di sana terkenal dengan tanaman Bunga Ros. Pengunjung juga boleh mempelajari cara penanamannya dan penjagaan ros.
Peta Lokasi Mesilau Highland Strawberry Farm
Mesilau strawberry
Ranau, Malaysia 89308
014 555 2737
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
Dewasa RM3
Kanak-kanak RM1
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Sosodikon Hill
Pasar Kundasang
4. Mesilau Cat’s Village
Sesuai dikunjungi oleh pencinta kuncing. Skala keluasan dapat menampung lebih kurang 100 ekor kucing.
Terdapat beberapa spesis kucing yang ada seperti baka daripada Amerika.
Disarankan sesiapa yang berniat untuk mengunjungi tempat ini perlulah mengunakan apps waze atau lebih mudah tanya orang kampung.
Laluan lokasi selepas simpang Desa Cattle Dairy Farm lebih kurang 500 meter untuk sampai ke lokasi tersebut.
Pengunjung boleh meluangkan masa bermain bersama kucing-kucing disana.
Peta Lokasi Mesilau Cat's Village
89308 Kundasang, Sabah
016-837 0862
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
RM5 Dewasa
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Desa Cattle Dairy Farm
Sosodikon Hill
Pasar Kundasang
5. Sosodikon Hill
Terletak di Kampung Kauluan, Kundasang Sabah. Lokasi jalan sama seperti menuju ke Desa Cattle Dairy Farm.
Tempat ini menarik disebabkan pemandangannya yang sangat memukau dan juga kenali sebagai tempat untuk hiking.
Lebih kurang 20 – 30 minit pendakian kerana jarak lokasi dari tempat bermula tidak terlalu jauh dan perjalanan agak santai.
Sepanjang penjalanan menuju ke Peak, pengunjung boleh mengambil gambar. Dicadangkan juga, pengunjung boleh mendaki sekitar jam 6.00 pagi untuk melihat “sunrise” yang berlatarkan Gunung Kinabalu.
Bagi pengunjung yang tidak dapat mendaki terlalu lasak, boleh mengunjungi Sosondikan Hill ianya sangat sesuai kerana mudah untuk didaki tambahan pula terdapat bunga yang berwarna-warni sepanjang perjalanan.
Peta Lokasi Sosodikon Hill
Kg, Jalan Kundasang Kauluan, 89308 Kundasang
012-820 7609
8 Pagi – 5 Petang
RM3 Dewasa & Kanak-Kanak
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
6. Jic Seng Nursery
Tarikan utama yang ada di Jic Seng Nursery adalah kepelbagaian bunga-bungaan yang tumbuh mekar.
Lokasinya sangat mudah untuk dijumpai kerana ianya tidak jauh pekan Kundasang sekitar 5-10minit perjalanan dan boleh dilihat dari tepi jalan menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Jic Seng Nursery juga tersenarai tempat yang menarik di Kundasang untuk dikunjungi.
Tiada harga tiket dikenakan akan tetapi pengunjung boleh membeli jenis-jenis bunga hidup.
Sebagai tips, pengunjung hendaklah bertanya kepada pakar tumbuhan atau pendapat dari penjaga di sana sebelum membuat pembelian. Ini kerana terdapat beberapa spesis bunga atau tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Selain itu, pengunjung juga boleh memgambil gambar berlatarkan bunga-bungaan.
Peta Lokasi Jic Seng Nursery
89308 Kundasang, Sabah
016-582 7667
8 Pagi – 5 Petang
Percuma
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
7. Atv Borneo Adventure
ATV atau All-Terrain Vehicle juga merupakan salah satu sukan lasak yang terdapat di Sabah. Antara lokasi ATV yang menjadi pilihan adalah di Kundasang.
Anda boleh melawat kampung-kampung kaum Dusun, ladang-ladang, kebun-kebun, padang rumput dan sebagainya dengan menaiki motor 150 cc quad di jalan tar atau tidak bertar. Aktiviti ini sangat mencabar terutama apabila anda harus mengharungi jalan tidak bertar yang berliku namun ia pasti akan memberi kepuasan kepada penunggangnya.
Selain itu, udara yang dingin dan nyaman pasti menyegarkan penunggang walaupun aktiviti sangat mencabar.
12 minit 4.4km jika berada dari pekan Kundasang ke Kauluan Atv Borneo Adventure.
Peta Lokasi ATV Borneo Adventure
Kg Kauluan Kundasang
+6016-7314486
+6011-31538692
https://www.atvborneoadventure.com/
Isnin – Jumaat 9AM – 5PM
Sabtu 9AM – 5PM
Ahad 9AM – 5PM
Single Rider : Local RM180 (International RM200)
Double Riders : Local RM240 (International RM285)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
8. War Memorial Kundasang
Memorial Perang Kundasang merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang terkorban di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.
Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson. Ia mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bahagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola.
Memorial ini dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar, bukan saja untuk melihat kawasan taman yang sempurna tetapi juga untuk memperingati mereka yang berkorban nyawa demi kemerdekaan penduduk tempatan. Ia dibuka kepada pengunjung dengan bayaran yang minimal.
Kundasang terletak 90km atau dua jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan hanya 10 minit dari Taman Kinabalu dengan menaiki kereta.
Peta Lokasi War Memorial Kundasang
Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah
019-8992041
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
Rm 5 Dewasa
RM3 Kanak-Kanak
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
9. Gerai Sayuran & Buahan Kundasang
Tak lengkap rasanya percutian ke Sabah kalau tidak menikmati sayuran dan buah-buahan segar yang banyak di Negeri Bawah Bayu ini. Bagi anda yang menghabiskan hari terakhir di Sabah, pastikan anda bawa pulang kesegaran ini ke dapur rumah.
Sayur dan buah yang segar, tiada racun serangga, rugi kalau tak dibawa balik bukan? Kalau anda tinggal di homestay, terus sahaja boleh dimasak sayur-sayuran yang dibeli untuk dinikmati di tempat penginapan.
Terletak di tengah tengah pekan Kundasang dan mudah di cari. Sesampainya anda di Kundasang pasti benda pertama yang anda jumpa adalah gerai gerai sayur dan buah buahan ini.
Peta Lokasi Gerai Sayuran & Buahan Lundasang
Pekan Kundasang
-Tiada-
-Tiada-
Setiap Hari
Jam 8 Pagi – 5 Petang
-Tiada-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
10. Tinorindak Hill
Nulu Tinorindak terletak di Kg Lembah Permai dan mejanjikan pemandangan 5 bintang!
Berketinggian pada 1758M dan jarak untuk kepuncak 2.7 kilometer untuk mendaki dan 3.0 kilometer untuk menurun (5.7KM).
Pemandangan di Tinorindak Hill ini memang terbaik. Jika bernasib baik, anda bole bergambar berlatarbelakangkan gunung Kinabalu tanpa sedikit pun kabus menutupinya.
Peta Lokasi Tinorindak Hill
Jalan Lobou Lobou Dua, 89308 Kundasang, Sabah
013-874 5659
Setiap Hari
Jam 8 Pagi – 5 Petang
-Tiada Maklumat-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
11. Pekan Nabalu
Pekan Nabalu berasal dari sebuah pekan yang kecil sahaja tetapi kini telah menjadi tumpuan pelancong untuk singgah berehat kerana ianya terletak di pertengahan perjalanan antara Kota Kinabalu dan Kundasang.
Di penghujung Nabalu Market ini, terdapat satu lookout point untuk anda tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Memang terbaik untuk ‘selfie’ ramai-ramai sambil makan buah-buahan dan jajan.
Souvenir seperti keychain Sabah, T-shirt dan juga barangan kraftangan boleh dibeli disini dan harganya agak murah berbanding dengan yang dijual di Kota Kinabalu dan Kundasang. Yang penting semuanya boleh tawar menawar seperti pasar tamu yang lain juga.
Tarikan lain, kat sini ada beberapa gerai yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang segar, tempat lain tiada!
Bagi kami, anda mesti cuba makan buah-buahan tempatan Borneo seperti buah bambangan, tarap, ataupun buah dabai kerana buah-buahan ini hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Buah tarap dikatakan sebagai buah tempatan Borneo yang paling sedap.
Peta Lokasi Pekan Nabalu
Pekan Nabalu, 89150 Ranau Sabah
-Tiada-
-Tiada-
Setiap Hari
Jam 8 Pagi – 5 Petang
-Tiada-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
12. Kinabalu Park World Heritage Site
Kinabalu Park adalah pintu masuk untuk para pendaki untuk ke puncak Gunung Kinabalu. Selain itu, Kinabalu Park juga ada menyediakan kemudahan chalet untuk para pendaki sebelum meneruskan perjalanan ke Laban Rata.
Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu National Park adalah 88 kilometer iaitu lebih kurang 1 jam dan 30 minit perjalanan.
Di sini juga terdapat taman botanical yang mana menghimpunkan bunga-bunga yang hidup dalam suhu yang rendah.
Spesis flora dan fauna di sini juga agak ‘rare’ dan berbeza dari tempat yang lain. Contohnya seperti Cacing Tanah Gergasi Kinabalu dan Lintah Merah Gergasi Kinabalu.
Kinabalu Park juga terdapat 8 trail semulajadi yang mana anda bolh memilih mengikut tahap kecerdasan anda.
- Silau-silau Trail – Panjangnya 3 kilometer dan mendatar sahaja. Terdapat banyak point masuk dan keluar dan jika anda tidak mahu meneruskan perjalanan, anda boleh keluar dari mana-mana ‘exit point’ yang disediakan.
- Bundu Tuhan View Trail – Lebih kurang 7 minit berjalan kaki, anda berpeluang menyaksikan pemandangan kampung-kampung di Bundu Tuhan dari puncak trail ini.
- Mempening Trail – Trek yang mudah dan panjangnya 2.5 kilometer sahaja. Sesuai untuk anda yang inginkan trek yang mudah dan santai.
- Liwagu River Trail – Trek ini agak mencabar kerana anda perlu menyeberangi sungai dan bukit-bukit kecil. Panjang trek adalah 5.6 kilometer yang mana boleh dihabiskan dalam masa 2 jam atau lebih mengikut kecerdasan para hiker.
- Bukit Burung Trail – Jika anda penggemar burung, trail ini sesuai untuk anda.
Peta Lokasi Kinabalu Park World Heritage Site
Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah
Sutera Sanctuary Lodges – +6015 4876 1800
Kinabalu Park Hotline: +6017 833 5322 (24hrs)
Email: info@suterasanctuarylodges.com.my
Setiap Hari
Jam 9 Pagi – 4 Petang
RM3 Dewasa
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
13. Ranau Rabbit Farm
Produk/servis : Ladang ternakan / Pusat Rekreasi
Ranau Rabbit Farm ini dibuka pada awal januari 2018. Ranau Rabbit Farm dan Arnab Village Ranau adalah lokasi yang berlainan.
Ranau Rabbit Farm, terletak di Kampung Kigiok Ranau. Anda perlu melalui jalan kecil dan perlu masuk lebih ke dalam sebelum menemui Ranau Rabbit Farm ini. Jika rasa susah, anda boleh sahaja waze!
Waktu ladang arnab ini dibuka adalah pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 6.00 petang. Di depan Ladang arnab ini, ada gerai kecil untuk makan dan minum. Ahli kelurga yang tidak masuk ke ladang arnab Ranau ini boleh duduk menunggu di gerai tersebut.
Apa yang menarik di sini adalah pemandangannya yang cantik kerana terdapat payung berwarna-warni sebagai bumbung, arnab yang banyak, kawasan yang luas dan ada tempat duduk untuk ibu bapa atau ahli keluarga menunggu.
Peta Lokasi Ranau Rabbit Farm
Kampung Kigiok, 89300 Ranau, Sabah kampung kigiok, 89300 Ranau, Sabah
013-555 3787
Setiap Hari
9 Pagi – 6 Petang
Dewasa RM3
Kanak-Kanak RM2
International:
Adult RM8
Kanak-Kanak 5
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
14. Arnab Village Ranau
Arnab Village Ranau, terletak di daerah Ranau. Jarak dari Kundasang untuk ke Arnab Village ini adalah dalam 12km ataupun 15-20 minit perjalanan dari Pekan Kundasang. Dari pekan Ranau hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke Arnab Village.
Arnab Village adalah Taman Arnab terbesar dan yang pertama di Sabah. Berada di sini akan memberi anda satu pengalaman terbaik. Disini ada lebih daripada 400 ekor arnab yang diternak.
Pemiliknya ada Jubair Juhinin, graduan Sains Akuakultur UMS pada 2013 dan pada mulanya hanya memelihara sepasang arnab di rumah keluarga di kampungnya dan kesungguhan membiak dan menambah koleksi haiwan comel terbabit, membolehkan beliau memiliki koleksi lebih 200 arnab daripada pelbagai spesies dan ada lebih lapan spesies arnab dipelihara ladang berkenaan iaitu Holland Lop Ear, Standard Rex, Netherland Dwarf, New Zealand White, France White, Lion Head, Mini Satin dan Anggora.
Taman Arnab tersebut mula dibuka kepada orang ramai pada ogos 2016. Dan disini anda boleh merasai sendiri pengalaman memberikan makan kepada sekumpulan arnab menggunakan tangan anda sendiri, pengalaman di kerumuni serta di kejar oleh sekumpulan arnab yang comel dan disini anda dapat rasa seperti berada didalam ‘bunny wonderland’.
Arnab Village ditambah baik dimana beberapa tarikan lain diwujudkan selain daripada arnab iaitu, Cat Mania, Anggur Borneo, Hamster World serta landskapnya yang ditambah baik. Disini tempat letak kereta disediakan dan tempat letak kereta yang disediakan sangat luas dan ada beberapa lokasi tempat letak kereta yang dikhaskan yang berdekatan dengan Arnab Village. Disini juga terdapat restoran dan kedai runcit dalam kawasan Taman Arnab ini.
Peta Lokasi Arnab Village Ranau
Kg Purakagis Kibbas, 89308 Ranau, Sabah
010-955 0019
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
Taman Arnab sahaja : RM6 (dewasa) RM4 (Kanak-kanak 5-12thn)
Bagi pelawat yang ingin masuk ke semua tempat iaitu Cat House, Arnab, Anggur Village dan hamster World, harga pakej adalah:
Full Pakej : RM15 (dewasa) RM10 (kanan-kanak 5-12thn)
Jarak dari Ranau : 6.1km (11minit perjalanan)
Jarak dari Kundasang : 12km (19minit perjalanan)
15. BW Bus Restaurant
BW Bus Restaurant terletak di Kg Pinausok Kundasang Ranau dan terletak ditepi jalan menujuh ke Pekan Ranau lokasinya sangat strategik, untuk mencari tempat ini sangat mudah sebab ia betul-betul terletak ditepi jalan.
Restoran ini sangat unik kerana bus restoran ini dibina khas dalam beberapa buah bus yang terpakai. Restoran ini dibuka pada awal bulan julai 2018 dan restoran ini juga dikenali sebagai Restoran Bas Biru.
Pemilik restoran ini adalah En John Chin, dia mendapat ilham untuk membina restoran dalam bas ini apabila beliau rasa sayang pada bas-bas terpakai yang akan ditempatkan dan dijual sebagai besi buruk.
Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan barat dan makanan sihat sebagai menu utama dan apa yang membuat restoran ini istimewa ialah anda dapat menikmati makanan sambil melihat pemandangan Gunung Kinabalu! Dan yang paling penting makanan disini semuanya HALAL!
Peta Lokasi BW Bus Restaurant
Batu 7, Kg Pinausok, 89308 Kundasang Ranau, Sabah
014-358 8106
Setiap Hari
9 Pagi – 9 Malam
-Tiada-
Jarak dari Ranau : 9.5km (13minit perjalanan)
Jarak dari Kundasang : 4.9km (8minit perjalanan)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
16. Kundasang Mount Valley Recreation & Resort
Kundasang Mount Valley Recreation and Resort terletak di kaki Gunung Kinabalu dan tempat ini sangat sempurna bagi yang ingin mencari ketenangan dan jauh dari kesibukan kota.
Di sini boleh bersantai, berehat dan melakukan pelbagai aktiviti seperti flying fox, Archery dan lain-lain bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pelbagai aktiviti yang disediakan yang sesuai dengan peringkat umur dan boleh di nikmati oleh semua orang. Di sini juga ada menyediakan chalet bagi yang ingin bermalam dan restoran juga ada dibuka bagi pengunjung yang ingin bersantai selepas melakukan aktiviti.
Tarikan utama disini adalah The B.E Wonderland dan ada 11 seksyen iaitu :
- Winter Section
- Spring Section
- Magic Mirror
- Sabah Kampung House
- Colourfull Stair
- Sabah Custom
- Item Collector
- 3D Picture
- Recycle Item
- Gallery
- Alat Music Sabah
- Autumn Section
Peta Lokasi Kundasang Mount Valley Recreation
Bt. 37, Jalan Kelangaan, Kg Kinasaraban, 89300, Kundasang
088 888 778 / 017-897 7018
Emel :Booking@kundasangmountvalley
Laman Web : https://kundasangmountvalley.my
Setiap Hari
8 pagi – 5 Petang
The B.E. Wonderland : RM25 (Dewasa) RM15 (Kanak-Kanak 3-12thn)
Flying Fox : RM25/pax
Chalet : Starting price RM130/malam
Jarak dari Ranau : 18km (29minit perjalanan)
Jarak dari Kundasang : 23km (33minit perjalanan)
Produk/servis : Sukan / rekreasi
- Flying Fox
- The B.E. Wonderland
- Cafe & Restaurant
- Chalet
- Archery
- Rabbit Farm
- Handicraft & Souvenir
- Mini Mart
- Low Rope Games
- Kids Playroom & Cafe
Perkhidmatan lain : –
- Corporate Event
- Team Building
- School Trip
- Family Day
17. BOMBON KAMPUNG MARAKAU
Bombon Kampung Marakau terletak di daerah Ranau. Perjalanan dari pekan Ranau hanya mengambil masa 7 minit sahaja untuk sampai ke sana.
Disini anda boleh bersantai-santai merendam kaki di dalam air sungai dan ikan-ikan peliharaan yang jinak ini akan memakan sel-sel mati yang ada di kaki anda.
Di sini terdapat ikan koi, lampam jawa, ikan emas, ikan talapia dan juga belut. Ikan belut sangat susah untuk dilihat kerana ikan ini sering bersembunyi di celah-celah batu di dalam sungai.
Pelbagai jenis ikan berenang bebas di sungai dengan air yang jernih boleh membuatkan anda berasa kagum dan menikmati keindahan alam semula jadi yang masih dipelihara.
Saiz ikan-ikan disini juga agak besar. Ikan yang paling berat ialah sekitar 11.5 kg seekor!
Semasa anda mendaftar masuk anda akan diberi 1 paket baja ikan secara percuma dan anda boleh memberi makan kepada ikan-ikan tersebut. Dan jika anda kehabisan baja ikan, anda boleh membeli baja ikan daripada pekerja yang bertugas situ.
Harga sepaket adalah RM1. Anda boleh saja meminta tunjuk dengan penjaga di kawasan sungai itu cara-cara memberi makan ikan.
Peta Lokasi Bombon Kampung Marakau
Kampung Marakau, Ranau
No. Tel : 012-838 9832
Email : bombonmarakau@gmail.com
Setiap Hari
8 Pagi – 5.30 Petang
Bayaran masuk : RM4 dewasa RM2 Kanak-kanak
Jarak dari Ranau : 4.4 kilometer (7minit perjalanan)
Jarak dari Kundasang : 18 kilometer (26minit perjalanan)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
18. KINOMULOK GARDEN
Kinomulok Garden ini masih lagi baru dan dibuka pada feb 2019, Kinomulok Garden juga dikenali sebagai Rumah Hobbit, terletak di Kampung Lohan Ulu, Ranau.
Tempat yang sangat sesuai untuk bersantai, bergambar, memancing, barbeku, mandi kolam renang, menunggang ATV dan sebagainya. Terdapat pondok-pondok untuk bersantai. Selain itu, ada kolam ikan dan tanaman pokok bunga. Sesuai kepada sesiapa yang ingin bercuti jauh dari kesibukan hiruk pikuk kota.
Peta Lokasi Kinomulok Garden
Kg Lohan Ulu, Ranau (Simpang berhadapan Ribu Jaya Hardware)
No. Tel : 013-292 0241
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
Bayaran masuk : RM5 Dewasa, RM3 Kanak-Kanak
Homestay : RM300/Malam
Bilik : Harga Bermula Dari RM120/Malam
**untuk aktiviti seperti ATV, mamancing dan lain-lain akan dikenakan bayaran.
Jarak dari Ranau : 8.6km (13minit perjalanan)
Jarak dari Kundasang : 23km (32minit perjalanan)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Desa Cattle Dairy Farm
War Memorial
Mesilau Cat’s Village
Pasar Kundasang
19. Adenna Raflesia Garden
Bunga Raflesia, bunga terbesar di kepulauan Borneo ini.
Bunga ini mengambil masa 15 bulan untuk membesar dan hanya berkembang selama 6 hari sahaja. Hari ke dua dan hari ketiga adalah masa yang paling cantik sekali untuk bunga ini mengembang. Jadi jika anda bernasib baik, anda akan dapat menyaksikan sendiri keindahan bunga ini dari jarak dekat.
Bunga ini juga membesar berperingkat. Jadi jangan risau bila anda tahu atau tidak adakah bunga berkembang pada masa anda ke sana. Anda boleh sahaja bertanyakan pekerja yang sentiasa menunggu kehadiran pelancong.
Peta Lokasi Adenna Raflesia Garden
Poring, Ranau
No. Tel : 019-801 1602
013-875 4254
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
-Tiada Maklumat-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
20. Sabah Tea
Sabah Tea yang terletak di Kampung Nalapak Ranau memang salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di Ranau.
Lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Ranau, lokasi Sabah Tea ini betul-betul bersebelahan dengan Fishspa Tagal Luanti.
Memang tidak sah jika berkunjung kemari jika tidak membeli produk dari Sabah Tea ini. Ini kerana teh yang ditanam adalah bebas dari racun buatan manusia yang mana menjamin kesegaran dan keaslian teh tersebut.
Untuk pengetahuan anda, ada 8 produk teh yang terkenal di sini iaitu ‘Tantalizing Tongkat Ali’, ‘Pacifying Pandan’, ‘Amazing Agarwood’, ‘Glamorous Geranium’, ‘Classical Cinnamon’, ‘Guardian Ginger Tea’, ‘Lovely Lemongrass’ dan ‘Magnificent Misai Kucing’.
Di sini juga ada restoran yang menghadap ladang teh. Makan di sini pun boleh tahan sedap!
Koperasi juga dibuka setiap hari untuk orang ramai membeli produk-produk dari ladang teh ini.
Peta Lokasi Sabah Tea
Email: info@sabahtea.net (Reservation & Inquiry)
sales_marketing@sabahtea.com.my (Product)
Tel: +6 088 440 882
https://www.sabahtea.com.my/
Setiap Hari
9 Pagi – 5 Petang
-Tiada-
Selain mengeluarkan produk dari teh, Sabah Tea juga ada menyediakan 3 jenis penginapan:
- Sabah Tea Longhouse – RM140 Per Room
- Sabah Tea Cottages – RM280 Per Room
- Camp Grounds –
Option 1 : Camping Fee + Tent Rental from Sabah Tea Gardens
RM 20 per person (Malaysian)
RM 30 per person (Non-Malaysian)Option 2 : Camping Fee + Own Tent
RM 8.15 nett per person (Malaysian)
RM 15.00 nett per person (Non-Malaysian)Rates NOT inclusive of meals or activities
21. Fishspa Tagal Luanti
Masa untuk merendam kaki ke dalam sungai yang penuh dengan ikan-ikan jinak!
Di Fishspa Tagal Luanti ini terdapat bermacam-meacam jenis ikan sungai. Kebanyakkannya adalah dari spesis kelah atau pelian yang hidup di habitat semulajadi ikan-ikan ini.
Jangan terkejut ada juga ikan yang bersaiz 2 kilo ke atas!
Ikan-ikan ini akan ‘merawat’ kaki anda sebaik sahaja dimasukkan ke dalam sungai dengan cari menghisap sel-sel kulit yang mati, itu sebab dipanggil ‘Fishspa’
Anda boleh membeli palet ikan di kaunter yang disediakan dengan harga serendah RM1 sahaja.
Untuk pengetahuan anda, jangka masa anda berada dalam sungai ini adalah sekitar 15 minit sahaja jika pada musim cuti sekolah. Ini kerana ramai lagi pelancong yang berbaris menunggu giliran untuk masuk ke dalam sungai ini.
Cubalah! Pasti seronok!
Peta Lokasi Fishspa Tagal Luanti
Ranau Tagal Sg. Moroli
088-876 988
Setiap Hari
9 Pagi – 5 Petang
RM 5 Dewasa
RM3 Kanak-Kanak
RM10 mandi bersama ikan (seluruh badan)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
22. ATV & Ranau Paragliding Park
Aktiviti yang disediakan di sini sesuai untuk anda yang berminat dengan aktiviti lasak dan mencabar kemampuan fizikal dan mental.
Trip ke Mamut menaiki ATV selama 5 jam yang mana melalui jalan tidak berturap sepanjang 25 kilometer.
Trip ke Poring Hot Spring pula memakan masa selama 2 jam melalui jalan tidak berturap sepanjang 20 kilometer.
Untuk Tandem Paragliding pula, anda dapat merasai sendiri menaiki paragliding selama 7-15 minit mengikut keadaan cuaca.
Peserta dikehendaki berkumpul di Kompleks Sukan Ranau sebelum dibawa ke ‘starting point’ iaitu puncak tertinggi di daerah Ranau.
Anda yang berminat untuk mengikuti aktivit lasak ini mestilah memakai kasut dan berseluar panjang.
Peta Lokasi ATV & Ranau Paragliding Park
Jalan Kompleks Sukan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
017-388 3112
Setiap Hari
10 Pagi – 3 Petang
ATV RIDE
Single 1 hour = RM150
Double 1 hour = RM200
Special package:
Mamut Trip
(5 hrs tour trip covered 25km)
Offroad
Minimum 4pax
Maximum 10pax
RM350 pax/atv.
Poring Hot Spring Trip
(2hrs trip covered 20km)
Offroad
Minimum 4pax
Maximum 10pax
RM300 pax/atv.
Paragliding
Fees RM150 pax(Local) RM200 pax (Non Local)
Additional RM30 pax for GoPro video. (Pls bring USB drive or ext harddisk to transfer video file)
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
23. Damai Eco Ranch
Damai Eco Ranch Lohan Ranau terletak di Kampung Lohan Ranau diantara perjalanan dari Pekan Ranau ke Poring Hot Spring.
Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa 3 jam dengan 118 kilometer dan 12 kilometer dari Pekan Ranau.
Destinasi pelancongan terbaik bersama keluarga untuk lari dari hiruk pikuk kotaraya dan melakukan aktviti rekreasi yang disediakan seperti memancing, memanah, bersampan, paintball, karaoke, berbasikal, hiking, dan flying fox.
Di Damai Eco Ranch ini juga ada menyediakan penginapan dan restoran halal.
Peta Lokasi Damai Eco Ranch
Kampung Lohan 1
89308 Ranau, Malaysia
088-877 902
Setiap Hari
8 Pagi – 5 Petang
-Tiada Maklumat-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
24. Kinabalu Pine Resort
Kinabalu Pine Resort, seperti namanya hotel penginapan 2 bintang ini dikelilingi kayu pine persis seperti di luar negara.
Penginapan yang paling istimewa sekali adalah kabin yang diperbuat dari kayu keras iaitu kayu jenis Selangan Batu. Hiasan dalaman kabin ini juga tidak seperti penginapan yang lain, memang selesa dan menarik.
Apa yang menarik, dari bilik hotel anda akan nampak terus Gunung Kinabalu kebanggaan rakyat Malaysia ini. Di sini juga ada menyediakan pelantar untuk mengambil gambar. Pemandangan gunung Kinabalu memang jelas dari pelantar ini.
Peta Lokasi Kinabalu Pine Resort
Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah
088-889 388
http://kinabalupineresort.com/
Setiap Hari
-Tiada-
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
25. Poring Hotspring
Poring Hotsrpring, seperti namanya, di sini terdapat mata air panas semulajadi dari lapisan bawah tanah. Memang panas hinggakan anda boleh merebus telur di dalam air kolam tersebut!
Mata air yang berbau belerang ini dipercayai bagus untuk kulit dan juga otot yang letih dan lesu. Mata air dari sumber asli inilah yang menjadi tarikan utam pelancong ke mari.
Pelbagai jenis kolam mandi yang telah disediakan berhampiran mata air panas bagi pengunjung sebagai pilihan mereka termasuklah kolam mandi air panas ala jacuzzi terbuka dan tertutup serta kolam renang terbuka yang diisi dengan air sejuk.
Kolam mandi air panas terbuka dan tertutup disediakan bagi mereka yang ingin berehat dengan air panas belerang dan kolam renang yang diisi dengan air sejuk bagi mereka yang suka berenang.
Selain itu, di sini juga terdapat tarikan yang lain:
- Taman Rama-Rama: Di taman ini, ada pelbagai jenis rama-rama yang dipelihara untuk memastikan spesis rama-rama ini terus terjaga. Ini adalah untuk pemerhartian, pembelajaran dan penjagaan spesis yang terancam.
- Pusat Pemuliharaan Orkid Poring: Dengan 1200 spesis orkid yang diambil dari Taman Kinabalu, pusat ini menghimpunkan semua jenis orkid yang ada di Sabah.
- Air Terjun Kipungit: 30 minit perjalanan iaitu berjalan kaki dari Poring Hostrping, sesuai untuk anda yang gemar aktiviti lasak.
- Taman Tropika: Taman yang menghimpunkan sejumlah burung yang berwarna-warni.
- Laluan Kanopi Poring: Pengunjung boleh berjalan-jalan di tengah-tengah kanopi pokok Menggaris yang juga dipanggil Raja Hutan – Pokok yang besar dan tertua di Poring. Ketinggian laluan iaitu 41 meter tinggi dan sejauh 157.8 Meter perjalanan.
- Penginapan – Di sini juga ada menyediakan kemudahan penginapan yang mana mengikut bajet pegunjung.
Peta Lokasi Poring Hotspring
89300 Ranau, Sabah
014695 8577
-Tiada-
Setiap Hari
9 Pagi – 5 Petang
Local: RM3 Dewasa, RM1 Kanak-Kanak
Foreigners: RM15 Dewasa, RM10 Kanak-Kanak
Hotel Berdekatan:
Kinabalu Pine Resort
Kundasang GuestHouse
Skyville Zen Resort
Nabalu Lodge
Bayu Senja Lodge
D’Shaun Lodge
Restoran Berdekatan:
BW Bus Restaurant
Restoran 89 Station
Restoran Panataran
Nabalu Kundasang
Restoran SS Chinese
Restoran Liwagu National Park
Tempat Pelancongan Berdekatan :
Poring Hotspring
Kinomulok Garden
Untuk Mengetahui lebih lanjut mengenai Pakej Percutian Keluarga Di Sabah, <<< Klik Link
Perlukan Pakej Percutian di Kundasang? <<< KLIK LINK