Pakej percutian keluarga sabah

Pakej Percutian Keluarga Sabah

Pakej percutian keluarga sabah
Pakej Percutian Keluarga Sabah 2019
Sabah, ada lebih dikenali negeri di bawah bayu ini adalah salah satu destinasi pelancongan terbaik di sekitar Malaysia, baik pelancong dari dalam negara, malah pelancong dari luar negara seperti Korea, Jepun, China juga sering datang ke sini. Untuk urusan jalan-jalan atau bercuti di Sabah, anda boleh menggunakan pakej percutian keluarga di Sabah atau pakej pandu sendiri.
Dengan pakej lengkap, iaitu Gunung Kinabalu, pulau-pulau yang terjaga, flora dan fauna yang masih terpelihara, air laut yang jernih menjadikan sabah antara pusat pelancongan yang terbaik di kepulauan Borneo ini.
 
Tiba masanya anda memilih Sabah sebagai destinasi percutian keluarga anda! 
Bagi anda yang teringin nak datang bercuti di Sabah, anda boleh mengikut ejen pelancongan yang banyak berdaftar di sini, ataupun boleh cuba untuk pandu sendiri tanpa pemandu pelancong.
Untuk post kali ini, kami hidangkan kepada anda maklumat yang mana anda boleh datang sendiri ke Sabah dan mengembara sendiri walaupun tanpa menggunakan pakej pelancongan!
Isi Kandungan:
  1. Itinerary 3 hari 2 malam
  2. Itinerary 4 hari 3 malam
  3. Lokasi pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah
  4. 15 tips bercuti di Kundasang
Pakej Percutian Kundasang

Itinerary 3 hari 2 malam Sabah

(Pakej Percutian Keluarga Sabah)

HARI PERTAMA
  • Pick Up Hotel/Homestay 7.30-8.00 am
  • Destinasi pertama adalah Rumah Terbalik (Upside Down) Lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu
  • Singgah  dan merasai sendiri menaiki Jambatan Tamparuli (Hanging Suspension Tamparuli)
  • Meneruskan perjalanan berbukit ke Pekan Nabalu
  • Berhenti singgah di Gerai Pekan Nabalu untuk membeli cenderahati buatan penduduk tempatan.
  • Di sini juga terdapat Anjung Tinjau Pekan Nabalu untuk mengambil gambar. Jika bernasib baik, Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan
  • Di Pekan Nabalu ini juga, anda sudah boleh merasai kedinginan udara yang segar di bawah Gunung Kinabalu
  • Fishspa Tagal Luanti terletak 40 minit dari pekan Ranau. Di sini anda akan mendapati puluhan ikan sungai yang akan memakan sel kulit mati di kaki anda apabila anda memasukkan kaki ke dalam sungai. 
  • Makan tengahari di Sabah Tea, anda pasti tertarik dengan pemandangan berbukit dan seluas mata memandang.
  • Perjalanan di teruskan ke Poring Hotspring yang terletak lebih kurang 30 minit dari Sabah Tea
  • Mandi manda di Poring Hot spring, memasuki Taman Rama-Rama, melihat info-info mengenai tempat ini di Poring Orchid Conservation Centre, berpeluang melihat Tropical Garden, berpeluang menaiki sendiri Poring Canopy Walkaway dan melawat Rafflesia Flower Site 
  • Cek in Hotel/Homestay
HARI KEDUA
  • Cek out Hotel/Homestay
  • Melawat Desa Cattle Dairy Farm, antara lokasi ‘WAJIB’ di Kundasang
  • Di Desa Cattle Dairy Farm ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pihak pengurusan memproses susu segar dari lembu-lembu baka import terpilih. Anda juga berpeluang untuk membagi makan dan menyusukan anak-anak lembu dan kambing  yang sangat menyeronokkan! dan tentu sekali mengambil gambar pemandangan suasana sejuk dan segar Gunung Kinabalu
  • Di sini juga ada dijual produk dari susu lembu berperisa susu, coklat dan kopi serta susu kambing di dalam kotak dan juga aiskrim berperisa vanila dan coklat.
  • Kira-kira 10-20 minit perjalanan dari Desa Cattle, anda akan berpeluang melawat War Memorial yang terdiri dari 4 taman yang indahThe Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation garden & pool – mewakili berlainan kewarganegaraan.
  • Aktiviti santai di gerai Bunga dan Buah-buahan di pekan Kundasang.
  • Singgah di Kinabalu Park, pintu masuk sebelum para pendaki menaiki Gunung Kinabalu. Di sini anda berpeluang berjalan-jalan sekitar Taman Kinabalu ini dengan pemandangan gunung kinabalu yang memukau dan cuaca sejuk dan dingin
  • Perjalanan balik ke Kota Kinabalu
  • Makan malam di gerai seafood Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu
  • Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu
HARI KETIGA
  • Selepas sarapan, menghala ke Jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Sapi
  • Jeti ini dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa 15-20 minit menaiki bot ke Pulau Tunku Abdul Rahman ini
  • Pulau Tunku Abdul Rahman ini di buka dari 8.30 pagi sehingga 5 petang.
  • Di sini, anda berpeluang melawat 4 pulau: Pulau Sapi , Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Untuk Pakej ini, kami akan membawa anda ke 1 pulau sahaja iaitu Pulau Sapi
  • Aktiviti air seperti seawalking, banana ride, jet ski, flyfish, parasailing, scuba doo and coral flyer disediakan di sini
  • Aktiviti santai di Pasar Filipina, Pasar Makanan Kering, Jamilah Jewellery, Pasar Malam dan membeli belah
  • Hantar ke hotel/homestay/airport 
*Jadual Pakej Percutian Keluarga di Sabah selama 3 hari 2 malam ini hanya cadangan

 

Itinerary 4 hari 3 malam Sabah

(Pakej Percutian Keluarga Sabah)

 
HARI PERTAMA
  • Pick Up Hotel/Homestay 7.30-8.00 pagi
  • Destinasi pertama adalah Rumah Terbalik (Upside Down) Lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu
  • Singgah  dan merasai sendiri menaiki Jambatan Tamparuli (Hanging Suspension Tamparuli)
  • Meneruskan perjalanan berbukit ke Pekan Nabalu
  • Berhenti singgah di Gerai Pekan Nabalu untuk membeli cenderahati buatan penduduk tempatan.
  • Di sini juga terdapat Anjung Tinjau Pekan Nabalu untuk mengambil gambar. Jika bernasib baik, Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan
  • Di Pekan Nabalu ini juga, anda sudah boleh merasai kedinginan udara yang segar di bawah Gunung Kinabalu
  • Fishspa Tagal Luanti terletak 40 minit dari pekan Ranau. Di sini anda akan mendapati puluhan ikan sungai yang akan memakan sel kulit mati di kaki anda apabila anda memasukkan kaki ke dalam sungai. 
  • Makan tengahari di Sabah Tea, anda pasti tertarik dengan pemandangan berbukit dan seluas mata memandang.
  • Perjalanan di teruskan ke Poring Hotspring yang terletak lebih kurang 30 minit dari Sabah Tea
  • Mandi manda di Poring Hot spring, memasuki Taman Rama-Rama, melihat info-info mengenai tempat ini di Poring Orchid Conservation Centre, berpeluang melihat Tropical Garden, berpeluang menaiki sendiri Poring Canopy Walkaway dan melawat Rafflesia Flower Site 
  • Cek in Hotel/Homestay
HARI KEDUA
  • Cek out Hotel/Homestay
  • Melawat Desa Cattle Dairy Farm, antara lokasi ‘WAJIB’ di Kundasang
  • Di Desa Cattle Dairy Farm ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pihak pengurusan memproses susu segar dari lembu-lembu baka import terpilih. Anda juga berpeluang untuk membagi makan dan menyusukan anak-anak lembu dan kambing  yang sangat menyeronokkan! dan tentu sekali mengambil gambar pemandangan suasana sejuk dan segar Gunung Kinabalu
  • Di sini juga ada dijual produk dari susu lembu berperisa susu, coklat dan kopi serta susu kambing di dalam kotak dan juga aiskrim berperisa vanila dan coklat.
  • Kira-kira 10-20 minit perjalanan dari Desa Cattle, anda akan berpeluang melawat War Memorial yang terdiri dari 4 taman yang indahThe Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation garden & pool – mewakili berlainan kewarganegaraan.
  • Aktiviti santai di gerai Bunga dan Buah-buahan di pekan Kundasang.
  • Singgah di Kinabalu Park, pintu masuk sebelum para pendaki menaiki Gunung Kinabalu. Di sini anda berpeluang berjalan-jalan sekitar Taman Kinabalu ini dengan pemandangan gunung kinabalu yang memukau dan cuaca sejuk dan dingin
  • Perjalanan balik ke Kota Kinabalu
  • Makan malam di gerai seafood Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu
  • Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu
HARI KETIGA
  • Selepas sarapan, menghala ke Jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Sapi
  • Jeti ini dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa 15-20 minit menaiki bot ke Pulau Tunku Abdul Rahman ini
  • Pulau Tunku Abdul Rahman ini di buka dari 8.30 pagi sehingga 5 petang.
  • Di sini, anda berpeluang melawat 4 pulau: Pulau Sapi , Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Untuk Pakej ini, kami akan membawa anda ke 1 pulau sahaja iaitu Pulau Sapi
  • Aktiviti air seperti seawalking, banana ride, jet ski, flyfish, parasailing, scuba doo and coral flyer disediakan di sini
  • Aktiviti santai di Pasar Filipina, Pasar Makanan Kering, Jamilah Jewellery, Pasar Malam dan membeli belah
  • Hantar ke hotel/homestay/airport
HARI KEEMPAT
  • Sarapan pagi
  • Melawat Masjid Terapung Likas – Salah satu tempat lawatan ‘WAJIB’ dan masjid terbesar di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Melawat Bangunan Tun Mustapha juga dikenali sebagai Yayasan Sabah iaitu badan yang mempromosikan pendidikan dan pembangunan ekonomi kerajaan Negeri Sabah
  • Melawat Muzium Negeri Sabah – terdapat Taman Etnobotani, Zoo dan sebuah kampung warisan.
  • Melawat Signal Hill Observatory Tower – Puncak tertinggi di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Acara bebas
  • Hantar ke airport/hotel/homestay
*Jadual Pakej Percutian Keluarga di Sabah selama 4 hari 3 malam ini hanya cadangan

 

Lokasi pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah

(Pakej Percutian Keluarga Sabah)

 

  1. PANTAI TANJUNG ARU- Terkenal sebagai lokasi “ One of the best top 10 sunset spot in the world” tempat ini hanya 6km dari bandaraya KK dan 3m dari KKIA. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan sunset, malahan terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan laut dan snek yang enak seperti jagung rebus, kacang rebus, jeruk buah, air kelapa, air tebu, sayap ayam, seafood (goreng-goreng) dan sebagainya. Memang sangat sesuai untuk family trip anda!

  2. SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM- Terletak di Signal hill Kota Kinabalu, ia merupakan lokasi tertinggi buat pengunjung untuk melihat panorama Kota Kinabalu yang sangat menarik. Pemandangan yang dihidangkan tidak hanya terhad sekitar Kota Kinabalu malahan terbentang luas sehingga ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

  3. GAYA STREET SUNDAY MARKET (SUNDAY MARKET)- Terletak di kawasan pusat perniagaan, pasar minggu Gaya Street ini akan dibuka setiap pagi Ahad bermula dari jam 6.30AM sehingga jam 1PM. Anda bole membeli belah di bawah teduhan pokok dan kemah kanopi, melihat barang-barang cenderamata, buah-buhan segar, kain batik, pokok bunga, barangan antik, kuih muih dan bermacam-macam pilihan yang lain.

  4. PASAR FILIPINA- Pasar ini terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Buat anda yang ingin mencari cenderamata dan syurga aksesori wanita seperti Mutiara di sinilah tempatnya. Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat untuk anda membeli makanan laut seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Jangan lupa juga berkuncung ke pasar basah yang menjual pelbagai ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan.

  5. PASAR MALAM KOTA KINABALU- Terletak di dalam kawasan yang sama dengan Pasar Filipina, cuma ianya dibuka bermula pada waktu Malam. Anda akan rambang mata melihat gerai-gerai makanan yang ada di sini seperti makanan laut, sayap ayam panggang, kuih muih dan sebagainya.

  6. KOTA KINABALU CITY MOSQUE- Masjid yang terletak di Teluk Likas ini hanya memakan masa 10 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ianya sangat terkenal di antara pelacong asing kerana dikelilingi dengan air tasik seolah-olah ianya terapung. Lebih bagus sekiranya anda dapat mengambil gambar ketika matahari terbenam kerana pemandangannya yang stunning.

  7. KOTA KINABALU WETLAND CENTRE- Pernah dikenali sebagai KK CITY BIRD SANCTUARY suatu ketika dahulu, pusat conservation ini adalah habitat kepada pokok paya bakau untuk tujuan konservasi, pembelajaran, rekreasi, pelancongan dan kajian. Di dalam pusat ini terdapat boardwalk menuju masuk ke dalam kawasan paya bakau. Berjalan-jalan selama 45 minit adalah pengalaman yang amat menarik di mana anda dapat menghirup udara segar, menikmati ketenangan dan melihat pelbagai spesis burung, tumbuhan dan hidupan liar yang menarik. Waktu dibuka : Selasa hingga ahad (8 AM-6 pm).

  8. MARI-MARI CULTURAL VILLAGE- Mari Mari Cultural Village terletak di tengah-tengah kawasan hutan terpencil di Kionsom, Inanam; jauh dari bandaraya Kota Kinabalu yang sibuk. Suasana sekitarnya mungkin mengingatkan anda tentang ‘The Lost World’ karya Sir Arthur Conan Doyle versi Sabahan. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melawat pondok-pondok kecil di kampung ini di mana rutin harian kehidupan Sabahan tradisional boleh dilihat dengan lebih dekat. Pengunjung juga akan mendapat peluang untuk menjamu hidangan tradisional Sabahan dari setiap kumpulan etnik.

  9. BUKIT KOKOL- Bukit Kokol, Menggatal sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tempatan khasnya di Sabah. Tempat ini semakin terkenal disebabkan keunikannya dimana ianya merupakan salah satu tempat menarik yang ada berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Jika anda pernah pergi ke tempat ini, anda tidak akan dapat melupakan panorama senja menikmati pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan di sekelilingnya beserta dengan warna lautan yang keemasan serta udaranya yang sejuk dan nyaman disebabkan tempat ini terletak di kawasan tanah tinggi. Terdapat tempat menarik di sekitar Bukit Kokol yang boleh anda kunjungi seperti Kokol Haven resort, Kokol kasih Sayang Resort, Kokol Farmstay untuk afternoon tea dan menikmati pemandangan dan juga Bukit Kokol Paragliding. Sangat sesuai dimasukkan dalam jadual lawatan pakej percutian keluarga anda!

  10. TANJUNG ARU PERDANA PARK- Perdana Park menawarkan salah satu spot terbaik di KK untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan . Tarikan utama Perdana Park adalah air pancur berirama dengan alunan muzik dan lagu tempatan seperti ‘Sayang Kinabalu’ serta kegemaran klasik orang ramai seperti Mozart. Bermula dari 7:00 hingga 9:00 malam, Isnin hingga Khamis. Pada hujung minggu, pertunjukan itu berjalan setengah jam tambahan. Setiap sesi berlangsung selama 20 minit dengan selang 10 minit. Anda hanya perlu membayar Rm1 untuk bayaran masuk parking.

  11. NORTH BORNEO RAILWAY- 5 minit perjalanan dari KKIA, anda dapat melihat kepentingan sejarah dan warisan kereta api di Sabah di mana Muzium Sabah telah mendedikasikan sebuah galeri untuk Keretapi Borneo Utara .Anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api steam seperti zaman colonial terdahulu!

  12. SABANDAR LEISURE RIDE- Jangan lepaskan peluang anda untuk meneroka tempat tarikan baru di Kota Kinabalu, Sabandar Leisure RIDES, sebuah tempat di mana anda boleh menunggang kuda atau berjalan kaki di taman paya bakau. Apa yang menarik tentang tempat inilah sebahagian besar Sabandar Leisure RIDES direka dengan tema Mini Cowboy Town!

  13. JALAN SALUT TUARAN- Alang-alang dah melawat Sabandar Leisure ride, anda wajib untuk singgah sebentar di gerai Puding Kelapa, Jalan Salut! Bukan pudding kelapa sahaja, terdapat pelbagai makanan menarik yang anda perlu cuba seperti Lokan Bakar, Jagung Bakar, Air kelepa Bakar dan sebagainya.

  14. PULAU TUNKU ABDUL RAHMAN- Di Pulau ini terdapat tiga lagi pulau yang popular iaitu Pulau Sapi, Palau Manukan dan Pulau Gaya. Di sini anda boleh melakukan aktiviti sukan air seperti Banana Boat, Snorkling, Jetski dan bermacam-macam lagi. Tiket boleh dibeli di Jeti Jesselton seawal jam 8.30 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang. Antara lokasi lawatan ‘WAJIB’ dalam pakej percutian keluarga anda!

  15. RUMAH TERBALIK TAMPARULI- Rumah Terbalik ini adalah rumah terbalik pertama di Malaysia. Bangunan ini terletak di sepanjang lebuh raya utama menuju Gunung Kinabalu, water rafting Sungai Kiulu dan semua daerah di pantai timur Sabah. Anda dapat melihat rumah kampung tradisional Sabah yang dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, beranda dan taman dalam perspektif baru – terbalik!


Lokasi menarik ranau

 

15 Tips bercuti di Kundasang

(Pakej Percutian Keluarga Sabah)

Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.
Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.
Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri supaya anda dapat menikmati percutian keluarga anda dengan lebih tenang & kurang stress! 😍😍😍
Tips 1
1.Tempah Hotel/Homestay untuk 1 malam di Kundasang.
✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
✔Tempah hotel/homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.
✔TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!
P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.
Tips 2
2.Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.
✔Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.
✔TIPS – Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.
Tips 3
3.Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park
✔TIPS – Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.
✔TIPS – Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.
Tips 4
4.Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang Anda sudah tempah.
✔TIPS – Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.
✔Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana Anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!
Tips 5
5.Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.
✔TIPS – Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak
Tips 6
6.Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.
✔TIPS – Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menaiki canopy walk. Perjalanan ke canopy walk ala-ala jungle treking. Pastikan anda tidak memakai Kasut Tumit ya?? 😉
Tips 7
7. Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!
Tips 8
8.Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.
✔TIPS – singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.
TIPS TAMBAHAN.
✅Jika anda menyewa Van Highroof, tidak kira Nissan Urvan atau Toyota Hiace, kebanyakkan shopping complex dan parking lot persendirian tidak membenarkan kenderaan van ini parking di dalam, ini kerana keadaan bumbung van yang tinggi, so kena hati-hati jika nak parking. Jika anda sewa kenderaan sekali driver, tu takde masalah, river dah tau nak parking kat mana. 😀
✅Pastikan kenderaan yang anda sewa tu sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakan pelancong menyewa kenderaan tdak memikirkan luggage yang mereka bawa. Contohnya, nak bercuti 7 orang dewasa, sewa MPV 7 seater, tapi x ingat atau ‘terlupa’ luggage pun dah ada 7, so memang tak muat dan tak selesa jika nak berhimpit-himpit dengan luggage! Paling bagus, sewa Van terus. Pastikan juga kenderaan yang disewa dalam keadaan baik dan selamat, seperti tayar yang masih elok bunganya, signal dan hon berfungsi dengan baik dan sebagainya. Bercuti di Kundasang ni kena pastikan kereta selesa dan ‘kuat’. Sebab nak mendaki bukit dan jalan yang berliku!
✅Jika anda membeli barang basah di Pasar Besar Kota Kinabalu untuk dibawa naik ke Kundasang, pastikan anda sendiri yang pilih makanan laut tu, contohnya seperti sotong. memang nampak segar dan saiz pun besar, tapi bila kita minta peniaga untuk ambil dan timbang, ada segelintir peniaga (bukan semua) yang akan mengambil kesempatan dengan memuatkan sotong yang tidak segar dan bukan saiz yang kita kehendaki ke dalam bakul plastik! So, kena berhati-hati, apa yang anda nampak dan nak beli, pastikan peniaga tersebut tidak menukar dengan yang lain.
✅Jika anda dah sampai lewat petang di Kota Kinabalu (kebanyakan kes flight delay), adalah lebih baik bermalam dulu di Kota Kinabalu. Keesokan hari barulah meneruskan perjalanan ke Kundasang.
✅Jika anda berhajat nak pegi bercuti di Pulau Tunku Abdul Rahman, parking ada disediakan bersebelahan dengan Jeti Jesselton, lagi selamat! Ada juga guest kami yang pernah kami dengar, parking kat kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu, memang jauh lagi la nak menapak ke Jeti tu.
✅Jangan parking di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu dekat bawah jambatan jika anda nak tinggalkan kereta sewa anda sehingga malam! ini kerana, pada waktu petang, kawasan bawah jambatan tu ada orang meniaga pasar malam, so gerenti kereta sewa korang tak akan dapat keluar dari kawasan pasar malam tu, terpaksa la kena tunggu sehingga pasar malam tu habis, baru boleh ambil kereta balik.
✅Jika anda menyewa kenderaan di Kota Kinabalu, pastikan anda beli Kupon parking yang berharga RM5 dan RM10. Kupon parking ini mestilah dipamerkan di hadapan kenderaan dan gores waktu dan masa yang sesuai. Jika tidak, mungkin anda akan disaman oleh pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

*Tips ini sangat sesuai untuk percutian keluarga tanpa pemandu pelancong/pandu sendiri

#pakejpercutiankeluargasabah #familytripsabah

Kami sangat percaya, 
Sabah adalah destinasi Percutian Keluarga Terbaik! 😍😍😍


Artikel berkaitan

Lokasi pelancongan di Kota Kinabalu, Sabah

Pakej 3 hari 2 malam di Sabah

Pakej Homestay & kereta sewa Sabah

Rating this!

Leave a Comment

Your email address will not be published.