PAKEJ PERCUTIAN SABAH

Pakej Percutian Keluarga 4 Hari 3 Malam

Itinerary melancong ke Sabah selama 4 hari 3 malam ini, team kami akan membawa anda menginap 1 malam di Kundasang & 2 malam di Kota Kinabalu, Sabah.

 Kota Kinabalu>>Rumah Terbalik (Upside Down House)>>Jambatan Tamparuli (Hanging Suspension Tamparuli)>>Nabalu Market>>Kinabalu Park>>Desa Dairy Farm>>War Memorial>>Fishspa Tagal Luanti>>Sabah Tea>>Poring Hotspring>>Tunku Abdul Rahman Park>>Filipino Market>>Night Market>>The Floating Mosque>>Yayasan Sabah>>State Museum>>Signal Hill Observatory Tower

Itinerary ke Sabah 4 Hari 3 Malam​

HARI PERTAMA

  • Pick Up Hotel/Homestay 7.30-8.00 pagi
  • Destinasi pertama adalah Rumah Terbalik (Upside Down) Lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu
  • Singgah  dan merasai sendiri menaiki Jambatan Tamparuli (Hanging Suspension Tamparuli)
  • Meneruskan perjalanan berbukit ke Pekan Nabalu
  • Berhenti singgah di Gerai Pekan Nabalu untuk membeli cenderahati buatan penduduk tempatan.
  • Di sini juga terdapat Anjung Tinjau Pekan Nabalu untuk mengambil gambar. Jika bernasib baik, Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan
  • Di Pekan Nabalu ini juga, anda sudah boleh merasai kedinginan udara yang segar di bawah Gunung Kinabalu
  • Fishspa Tagal Luanti terletak 40 minit dari pekan Ranau. Di sini anda akan mendapati puluhan ikan sungai yang akan memakan sel kulit mati di kaki anda apabila anda memasukkan kaki ke dalam sungai. 
  • Makan tengahari di Sabah Tea, anda pasti tertarik dengan pemandangan berbukit dan seluas mata memandang.
  • Perjalanan di teruskan ke Poring Hotspring yang terletak lebih kurang 30 minit dari Sabah Tea
  • Mandi manda di Poring Hot spring, memasuki Taman Rama-Rama, melihat info-info mengenai tempat ini di Poring Orchid Conservation Centre, berpeluang melihat Tropical Garden, berpeluang menaiki sendiri Poring Canopy Walkaway dan melawat Rafflesia Flower Site 
  • Cek in Hotel/Homestay

HARI KEDUA

  • Cek out Hotel/Homestay
  • Melawat Desa Cattle Dairy Farm, antara lokasi ‘WAJIB’ di Kundasang
  • Di Desa Cattle Dairy Farm ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pihak pengurusan memproses susu segar dari lembu-lembu baka import terpilih. Anda juga berpeluang untuk membagi makan dan menyusukan anak-anak lembu dan kambing  yang sangat menyeronokkan! dan tentu sekali mengambil gambar pemandangan suasana sejuk dan segar Gunung Kinabalu
  • Di sini juga ada dijual produk dari susu lembu berperisa susu, coklat dan kopi serta susu kambing di dalam kotak dan juga aiskrim berperisa vanila dan coklat.
  • Kira-kira 10-20 minit perjalanan dari Desa Cattle, anda akan berpeluang melawat War Memorial yang terdiri dari 4 taman yang indahThe Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation garden & pool – mewakili berlainan kewarganegaraan.
  • Aktiviti santai di gerai Bunga dan Buah-buahan di pekan Kundasang.
  • Singgah di Kinabalu Park, pintu masuk sebelum para pendaki menaiki Gunung Kinabalu. Di sini anda berpeluang berjalan-jalan sekitar Taman Kinabalu ini dengan pemandangan gunung kinabalu yang memukau dan cuaca sejuk dan dingin
  • Perjalanan balik ke Kota Kinabalu
  • Makan malam di gerai seafood Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu
  • Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu

HARI KETIGA

  • Selepas sarapan, menghala ke Jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Sapi
  • Jeti ini dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa 15-20 minit menaiki bot ke Pulau Tunku Abdul Rahman ini
  • Pulau Tunku Abdul Rahman ini di buka dari 8.30 pagi sehingga 5 petang.
  • Di sini, anda berpeluang melawat 4 pulau: Pulau Sapi , Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya. Untuk Pakej ini, kami akan membawa anda ke 1 pulau sahaja iaitu Pulau Sapi
  • Aktiviti air seperti seawalking, banana ride, jet ski, flyfish, parasailing, scuba doo and coral flyer disediakan di sini
  • Aktiviti santai di Pasar Filipina, Pasar Makanan Kering, Jamilah Jewellery, Pasar Malam dan membeli belah
  • Hantar ke hotel/homestay/airport

HARI KEEMPAT

  • Sarapan pagi
  • Melawat Masjid Terapung Likas – Salah satu tempat lawatan ‘WAJIB’ dan masjid terbesar di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Melawat Bangunan Tun Mustapha juga dikenali sebagai Yayasan Sabah iaitu badan yang mempromosikan pendidikan dan pembangunan ekonomi kerajaan Negeri Sabah
  • Melawat Muzium Negeri Sabah – terdapat Taman Etnobotani, Zoo dan sebuah kampung warisan.
  • Melawat Signal Hill Observatory Tower – Puncak tertinggi di Bandaraya Kota Kinabalu
  • Acara bebas
  • Hantar ke airport/hotel/homestay

*Itinerary ke Sabah selama 4 hari 3 malam ini hanyalah cadangan. Anda boleh ubahsuai mengikut kesesuaian anda!

*Itinerary ke Sabah ini melawat ke semua lokasi pelancongan yang WAJIB dikunjungi sekitar Kota Kinabalu & Kundasang

NOTE:

  • PRIVATE TOUR (PEMANDU PERIBADI & KENDERAAN)
  • Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Harga kanak-kanak adalah dari umur 3-11 tahun
  • Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun dan bayi adalah PERCUMA

TOUR HIGHLIGHTS

  • Meet our Friendly tour guide
  • Rumah Terbalik (Upside Down House)
  • 3D Museum – own expenses
  • Jambatan Tamparuli (Suspension Bridge) 
  • Nabalu Market – Persinggahan untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu
  • Fishspa Tagal Luanti Ranau
  • Sabah Tea
  • Poring Hotspring
  • Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
  • War Memorial Kundasang 
  • Kinabalu National Park 
  • Pulau Sapi
  • Makan Seafood Bulatan Todak
  • Pasar Filipina
  • Pasar Makanan Kering
  • Jamilah Jewellery
  • Masjid Terapung
  • Yayasan Sabah
  • Signal Hill
  • Muzium Negeri Sabah
  • Hantar dan ambil di Hotel/Homestay/Airport

TIPS YANG PATUT ANDA TAHU

  • Bawa kasut, pakaian yang sesuai, Jaket separa tebal, air minuman – Raincoat sekiranya hujan
  • Bawa duit lebihan ke Pulau Tunku Abdul Rahman jika anda berminat untuk mencuba aktiviti air di sana
  • Di Pulau Tunku Abdul Rahman juga disediakan Buffet dan Ala Carte jika anda tidak membawa makanan dari luar pulau
  • Bawa kasut dan pakaian yang sesuai jika anda ingin mencuba berjalan di Kanopi Walk di Poring Hotspring
  • Sila bawa ubat-ubatan semasa melancong disebabkan jalan yang berbukit dan berliku mungkin menyebabkan anda terasa pening dan mual
  • Sila tanya tour guide apa-apa maklumat atau bantuan yang diperlukan semasa trip bermula
  • Tips kepada pemandu pelancong adalah tidak diwajibkan, anda boleh memberi jika anda rasa perkhidmatan mereka bagus dan banyak membantu anda semasa lawatan
APA KOMEN MEREKA MENGENAI KAMI?

Booking Form