pakej percutian ke sabah 3 hari 2 malam

Pakej Percutian ke Sabah 3 hari 2 malam

Trip percutian Sabah 3 hari 2 malam pada kali ini, kami membawa keluarga kecil dari Negara Brunei Darussalam, Pn Nurul Atiqah, suami dan 3 anak kecil dengan menggunakan Pakej Gold kami.

Pakej Percutian Sabah 4 hari 3 Malam di Sabah

Pakej Gold ni dah termasuk:

  • Hotel 3 bintang di Kota Kinabalu & Kundasang

  • Kenderaan dan pemandu

  • Tiket ke semua tempat lawatan dalam jadual

  • Penginapan pemandu di Kota Kinabalu & Kundasang

Nak tau Pakej Gold dengan lebih detail, Klik di Sini!

Pakej Percutian Sabah selama 3 hari 2 malam ni, memang untuk anda yang nak melancong, tapi tak nak lama-lama, just a simple Holiday gitu…

Isi Kandungan:

  1. Itinerary 3 hari 2 malam percutian ke Sabah.
  2. Itinerary hari Pertama Pakej Percutian Sabah.
  3. Itinerary hari kedua Pakej Percutian Sabah.
  4.  Itinerary hari ketiga Pakej Percutian Sabah
  5. Kenapa ramai memilih Pakej Percutian Sabah kami?

 

Itinerary 3 hari 2 malam Percutian ke Sabah

HARI PERTAMA (KUNDASANG TRIP)

-Pick up Airport/Hotel
-Makan/Solat/beli barang keperluan asas
-Rumah Terbalik
-Jambatan Tamparuli
-Pekan Nabalu
– Kinabalu Park
-Cek in Hotel/Homestay Kundasang
(Digalakkan BBQ bersama Keluarga/rombongan, Nak makan luar pun boleh, x da masalah)

HARI KEDUA (KUNDASANG TRIP)

-Cek out Homestay
-Desa Cattle Dairy Farm
-War Memorial
-Fishspa Tagal Luanti Ranau
-Sabah Tea
-Poring Hotspring
-Perjalanan Balik ke Kota Kinabalu
-Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu

HARI KE-3 (KOTA KINABALU TRIP)

-Sarapan
-Pulau Tunku Abdul Rahman
-Pasar Filipina
-Pasar makanan kering
-Jamilah Jewellery
-Pantai Tanjung Aru (Sunset)
-Makan Seafood di Bulatan Todak
-Hantar Airport/Hotel

 

Aktiviti Hari pertama Pakej Percutian Sabah

Sebenarnya guest kami dari Brunei ni dah sampai sehari sebelum trip tu di Kota Kinabalu. Mereka menginap sendiri di Homestay yang terletak di Imago, betul-betul di pusat bandar Kota Kinabalu.

Seawal jam 8 pagi, driver kami dah terpacak di Homestay diorang tu menunggu untuk trip hari pertama. 

Destinasi pertama selepas bersarapan, kami membawa guest kami ini ke Rumah Terbalik Tamparuli.

Seawal jam 8.30 pagi, lokasi ini telah pun dibuka. 

Di rumah terbalik ini juga terdapat 3D Museum yang mana harga tiket adalah berlainan dengan tiket masuk ke Rumah Terbalik ini.

Masa anggaran adalah 1 jam 30 minit.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Jambatan Gantung Tamparuli yang terletak 15 minit sahaja dari Rumah Terbalik tadi. Di sini, anda boleh menaiki sendiri Jambatang Gantung yang panjang dan amat terkenal di negeri di bawah bayu ini! Rasanya tidak sah jika korang tidak singgah ke sini. Lagipun, ianya percuma!

Perjalanan di teruskan lagi,

maka bermulalah ekspedisi mendaki perjalanan ke Kundasang yang berbukit dan berliku. Pemandu kami sudah biasa dengan keadaan lalulintas di Kota Kinabalu dan Kundasang. Jadi tidak menjadi masalah kepada mereka kerana jalan ke kundasang ni hanya dua hala sahaja. Jalan utama ini jugalah dilalui oleh bas-bas, lori, trailer pengangkutan awam yang mana jalan ini menghubungkan terus ke bandar yang lainnya, seperti bandar Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Jadi tidak hairanlah kenderaan sentiasa bersusun penuh di atas jalanraya, apatah lagi jika di hadapan anda adalah lori-lori besar dan trailer yang membawa muatan berat, lagilah kena beratur panjang!

Lebih kurang 1 jam perjalanan, kami tiba di Pekan Nabalu, antara lokasi lawatan WAJIB SINGGAH dalam jadual perjalanan Pakej Percutian Sabah kami ini.

pakej percutian sabah 3 hari 2 malam

Psst! Nak tau tak? kami kongsikan 1 rahsia yang ramai pelancong tak tahu. Kalau nak beli cenderahati, baju untuk di bawa balik sebagai tanda kenang-kenangan, korang mesti beli di sini, sebab harga lebih jauh murah berbanding di Kota Kinabalu, siap boleh tawar menawar lagi tau! 😉

Di Pekan Nabalu ini, korang boleh membeli belah segala macam cenderahati yang menarik untuk di bawa balik. 

Di sini juga pemandu kami membawa guest ini bergambar di Anjung Tinjau untuk mengambil gambar.

Apa yang ada di anjung tinjau ini??

Jika korang bernasib baik, Gunung Kinabalu akan nampak jelas tanpa sedikit pun kabus menutupinya! 

Check out gambar di bawah:

Cantik kan?

*Memang gambar ni meninggalkan sejuta kenangan pada guest kami yang ini!

Opss! lupa nak bagitau, cuaca di Pekan Nabalu ni memang dah sejuk juga, ala-ala Kundasang. So, biasanya kami akan bagi peluang kepada guest kami untuk menghirup udara sejuk dan segar ini dengan mematikan aircond kereta dan buka tingkap! Best kan?? 🙂

Selesai di Pekan Nabalu, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Kinabalu Park.

Taman Negara Kinabalu atau lebih dikenali juga Kinabalu Park ini adalah pintu masuk jika korang hendak mendaki Gunung Kinabalu. Di sini juga kebiasaannya Mat Saleh atau pengkaji unggas dan serangga akan berjalan-jalan sekitar Kinabalu Park, membuat kajian, ambil gambar, treking mengenai jenis-jenis unggas dan serangga yang terdapat di kepulauan Borneo ini.

Selesai melawat di sini, tibalah masa untuk cek in hotel yang telah kami sediakan untuk Pakej Gold kami ini, iaitu Jabez Resort Kundasang. Nak tau best atau tak menginap di sini? lihat gambar di bawah:

Pakej Percutian 3 hari 2 malam di Sabah

*Gambar ni bukan keluarga Pn Nurul Atiqah

Serious, kalau menginap di sini, korang sarapan keesokan pagi sambil mengadap gunung Kinabalu depan-depan mata!

Untuk makan malam, kami bawa keluarga Pn Nurul Atiqah ni makan sayap bakar di kedai berhampiran pekan Kundasang. Memang syok beb makan sayap ayam panas-panas dan PEDAS dalam cuaca sejuk menggeletar! Korang boleh bayangkan tak ni…?? 😉

Aktiviti Hari Kedua Pakej Percutian Sabah

Seawal jam 6.30 pagi, driver kami sudah bersedia untuk pick up keluarga Pn Nurul ni di hadapan hotel untuk di bawa ke destinasi pertama untuk hari kedua, iaitu DESA CATTLE DAIRY FARM ,KUNDASANG atau lebih dikenali lagi dengan jolokan nama ‘New Zealand Malaysia’.

Mesti korang heran kan apsal nak kena awal pula driver ambil ni? ni nak bercuti, bukan nak kelam kabut!

Haaaa.! Apsal nak kena awal? 

Seawal jam 7-8 pagi, Gunung Kinabalu tampak jelas tanpa sedikit pun kabus menutupi gunung tu! lagi kalau lambat, nak-nak lagi cuti sekolah, konfom punya kena beratur panjang kat gate, parking pun susah!

Jika datang awal ke Desa Cattle ni, walaupun tak buka lagi, (biasanya Desa Cattle Buka seawal jam 8.30 pagi), korang boleh ambil gambar pemandangan Gunung Kinabalu pada jarak yang dekat dan jelas! Tengok gambar di bawah:

Amacam?? Cantik tak?? 😉

Di Desa Cattle Dairy Farm ini, korang berpeluang menyusukan dan membagi anak-anak lembu dan kambing makan rumput dari tangan korang sendiri!

Pakej percutian ke Sabah 4 hari 3 malam

Baka-baka lembu yang diimport dari luar negara ini mengeluarkan hasil tenusu yang berkualiti tinggi. Di sini juga, ada menjual susu yang telah diproses dan dijual dengan 3 perasa, susu biasa, coklat dan kopi. (Jangan minum banyak sangat, nanti sakit perut pulak)

Selesai selfie dan ambil gambar, perjalanan di teruskan ke destinasi yang seterusnya, iaitu War Memorial. War Memorial ini adalah tugu peringatan untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II. Anggaran masa melawat di sini adalah 30 minit sahaja.

Perjalanan di teruskan lagi ke Fishspa Tagal Luanti yang terletak 40 – 50 minit dari pekan Kundasang. Di sini korang berpeluang bermain-main dengan ikan jinak dari air sungai yang jernih di kampung Luanti dalam daerah Ranau ini. Jangan hairan jika ada yang terjerit-jerit kegelian bila ikan ini menghisap sel-sel mati dari kaki korang sebaik saja korang turun ke sungai ini! 😀 Anggaran masa untuk berada di sini lebih kurang 40 minit.

Pakej percutian ke sabah 4 hari 3 malam

Selepas puas bermain-main dengan ikan air tawar yang jinak ini, pasti perut dah berkeroncong kelaparan. Destinasi yang seterusnya untuk keluarga Pn Nurul Atiqah ini adalah Sabah Tea. Makan tengahari di sini memang amat menyelerakan dan restoran pun bersih. Di Sabah Tea ini, korang berpeluang makan tengahari samil menghirup udara segar dari ladang teh bersebelahan restoran ini sahaja. Di sini juga ada menjual produk-produk dari ladang ini yang tentunya rasa adalah berbeza dari teh yang biasa. Ini kerana di sini mengamalkan pertanian tanpa menggunakan racun kimia. So, memang ORIGINAL TEA beb!

Selepas makan tengahari, destinasi seterusnya adalah Poring Hotspring yang terletak 30 minit dari Sabah Tea tadi.

Kenapa dinamakan Poring Hotspring?

Kerana di sini terdapat mata air semulajadi yang panas, sehinggakan korang boleh masak telur rebus jika di rendam kurang dari 5 minit! 

Aktiviti di sini memang seronok, lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil iaitu mandi mandi di kolam umum atau tab air panas yang disediakan. Di sini juga, korang boleh buat aktivit lasak iaitu Canopy Walk, menaiki jambatan gantung yang terletak di atas pokok-pokok yang tinggi dan besar! Mesti gayat la kalau korang takut dengan ketinggian!

Di sini juga ada Taman Rama-Rama yang mana mengumpulkan berbagai jenis rama-rama dan bunga yang pastinya ada yang korang tak pernah nampak pun sebelum ini.

Tiba masanya meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Untuk Trip Pn Nurul Atiqah ini, kami menyediakan Hotel 3 bintang yang selesa dan stratejik di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.

Sebelum cek in hotel Kota Kinabalu, kami membawa Pn Nurul Atiqah dan keluarga makan seafood di Pak Andi Restaurant Seafood yang terletak di Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pakej Percutian 3 hari 2 malam ke Sabah

Di restoran ini, terdapat pelbagai jenis makanan laut yang boleh dipilih, semuanya segar belaka! 

Tempat selesa dan masakan pun memang sedap! Highly Recommended!

Untuk pilihan makan seafodd yang lebih murah, korang boleh cuba di Bulatan Todak, berdekatan dengan Pasar Besar Kota Kinabalu.

 

Aktiviti Hari ketiga Pakej Percutian Sabah

Selepas selesai sarapan, kami menghala ke Jeti Jesselton untuk menghantar Pn Nurul Atiqah dan keluarga untk menaiki bot ke Pulau Sapi. Pulau Sapi adalah salah satu daripada Pulau Tunku Abdul Rahman, selain Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Sulug dan Pulau Mamutik. Di Pulau Sapi ini, korang boleh melakukan aktiviti snorkeling dan mandi manda. Terdapat juga aktiviti air seperti , Coral Flyer Zipline, Parasailing dan Skuba Diving.

Biasanya, anggaran masa untuk korang berada di sini adalah 3-5 jam. Kalau nak sampai petang pun boleh juga, tak ada masalah. Di sini juga ada disediakan Pakej Buffet dan Ala carte, cuma harga sedikit mahal berbanding makan di luar pulau. Sekali-sekala apa salahnya, kan? 😀

Ok, untuk trip Pn Nurul Atiqah ni, tengahari diorang dah balik semula ke Jeti Jesselton selepas puas mandi-manda di Pulau Sapi tadi. 

Next destination adalah Pasar Filipina.

Di Pasar Filipina atau lebih dikenali dengan Pasar Kraftangan ini, terdapat bermacam-macam jenis dan bentuk cenderahati untuk korang bawa balik sebagai tanda kenang-kenangan.

Manakala, di sebelah Pasar Filipina ini, terdapat Pasar Makanan Kering yang menjual produk-produk makanan tempatan seperti kuih kering, ikan masin, sotong kering, gamat kering dan bermacam-macam lagi hasil laut yang sudah dikeringkan.

Pastikan barang-barang dan anak-anak kecil dijaga dengan baik kerana di sini memang ramai pelancong dan bersesak-sesak.

Selepas puas membeli belah, jom ke Jamilah Jewellery yang terletak tidak jauh juga dengan Pasar Filipina tadi.

 

Di sini, terdapat banyak desain terbaru perhiasan sperti gelang, cincin, kerongsang yang diperbuat dari mutiara asli dan juga manik-manik yang cantik. Biasanya, korang pasti akan membeli sedikit sebanyak perhiasan di sini untuk di bawa balik, confirm! 😉

Penat kan?

Kami membawa pula keluarga Pn Nurul Atiqah ini bersiar-siar di Pantai Tanjung Aru untuk menyaksikan matahari terbenam atau sunset kira-kira jam 6 petang. Jangan hairan jika sebelum jam 6 petang lagi, ramai pelancong sudah berkumpul di sini untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan ini.

sabah holiday package

Untuk aktiviti terakhir, kami membawa pn Nurul Atiqah dan keluarga makan seafood di Bulatan Todak. Untuk pengetahuan korang, Bulatan Todak ini adalah tempat makan seafood paling LAKU KERAS di Kota Kinabalu. Setiap hari, pasti sesak dengan kehadiran pelancong yang CRAVING nak makan seafood! dan yang lebih penting, harga di sini adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat yang lain. Parking pun susah sangat nak dapat tau! 🙂

Selepas makan seafood, driver kami menghantar keluarga Pn Nurul Atiqah ke Hotel.

-Selesai-

Kenapa ramai memilih Pakej Percutian Sabah kami?

  • Fleksibel mengikut bajet korang

  • Syarikat pelancongan berdaftar dengan kementerian pelancongan

  • Tour Guide Lokal Ramah Mesra & Tak Berkira

  • Harga Berpatutan dan Jimat

  • Penginapan View Gunung Kinabalu di Kundasang

  • Penginapan Selesa di Bandaraya Kota Kinabalu

  • Tidak ada Caj Tersembunyi

 

Untuk Pertanyaan mengenai Pakej, Whatsapp kami di:

Rating this!

1 thought on “Pakej Percutian ke Sabah 3 hari 2 malam”

Leave a Comment

Your email address will not be published.