Pakej 3 Hari 2 Malam Sabah

Pakej Percutian 3h2m di Sabah ini merangkumi 1 malam di Kundasang dan 1 malam di Kota Kinabalu. Pakej ground 3h2m ini sememangnya mengikut bajet anda sebagai pelancong. Bagi anda yang inginkan pakej murah 3h2m di Sabah ini boleh memilih pakej Silver atau Bronze kami iaitu Pakej Homestay, Kenderaan bersama Pemandu. Manakala bagi anda yang ingikan menginap di Hotel, Kenderaan bersama Pemandu, anda boleh memilih Pakej Super Gold, Gold atau White Gold.

pakej 3 hari 2 malam sabah

Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam di Sabah

ITINERARY 3D2N

Ground Pakej 3H2M Sabah

(Bagi anda yang tidak memahami Maksud ‘Ground Pakej‘, Ground Pakej bermaksud  Pakej Percutian termasuk Penginapan & Pengangkutan Darat. Tidak termasuk Tiket Penerbangan)

1 malam di Kota Kinabalu
1 malam di Kundasang

➡ PRIVATE TOUR ⬅

***Private Tour Bermaksud Kami hanya bawa family/rombongan anda SAHAJA, TIDAK BERCAMPUR dengan pelancong yang lain***

📢ITINERARY (perubahan jadual perjalanan tertakluk kepada Tiket flight)

HARI PERTAMA (KUNDASANG TRIP)

-Pick up Airport/Hotel
-Makan/Solat/beli barang keperluan asas
-Rumah Terbalik
-Jambatan Tamparuli
-Pekan Nabalu -Kinabalu Park
-Cek in Hotel/Homestay Kundasang
(Digalakkan BBQ bersama Keluarga/rombongan, Nak makan luar pun boleh, tak da masalah)

 (Pick Up Airport/Hotel)***Untuk mengikuti jadual perjalanan 3 hari 2 malam ini, sebaiknya anda sampai di Kota Kinabalu sehari awal sebelum trip. Ataupun anda ambil flight yang landing seawal yang boleh di Lapangan Kota Kinabalu PADA HARI PERTAMA jadual lawatan.

(Makan/Solat/Beli Barang Keperluan Asas)***Kita akan membuat semua aktiviti ini di Kota Kinabalu sebaik sahaja tour guide kami menjemput family/rombongan anda di Lapangan Terbang. Untuk rombongan Muslim, pemandu akan bawa solat zohor di kawasan yang berdekatan, bagi rombongan non muslim boleh memilih untuk teruskan perjalanan ke Kundasang. Untuk membeli barang keperluan asas ini pula, kami mencadangkan anda membeli ubat-ubatan tahan mabuk/muntah sebelum meneruskan perjalanan. Ini kerana perjalanan ke Kundasang adalah menaiki bukit dan berliku. Di samping itu juga, bagi rombongan yang ingin BBQ di Kundasang (yang memilih tinggal di Homestay), anda boleh membeli bahan mentah di Pasar Besar Kota Kinabalu.

pakej percutian 3h2m sabah


HARI KEDUA (KUNDASANG TRIP)

-Cek out Hotel/Homestay
-Desa Cattle Dairy Farm
-War Memorial
-Fishspa Tagal Luanti Ranau
-Sabah Tea
-Poring Hotspring
-Perjalanan Balik ke Kota Kinabalu
-Cek in Hotel/Homestay Kota Kinabalu

(Cek out Hotel/Homestay Kundasang)***Untuk cek out, anda boleh memilih untuk cek out terus atau cek out tengahari. Ini kerana pemandu akan mengambil anda & rombongan seawal yang boleh untuk menikmati pemandangan terbaik di Desa Cattle. Pemandangan terbaik Gunung Kinabalu tanpat ditutupi sedikit kabus pun adalah pada jam 6.30 -8.00 pagi.

pakej ground 3h2m sabah


HARI KE-3 (KOTA KINABALU TRIP)

-Sarapan
-Pulau Tunku Abdul Rahman
-Pasar Filipina
-Pasar makanan kering
-Jamilah Jewellery
-Pantai Tanjung Aru (Sunset)
-Makan Seafood di Bulatan Todak
-Hantar Airport/Hotel

(Pulau Tunku Abdul Rahman)***Pulau ini dubuka seawal jam 8.30 pagi. Pemandu akan menjemput anda & rombongan di Hotel/Homestay Kota Kinabalu, sarapan dan akan dihantar ke Jeti Jesselton untuk pergi ke Pulau Tunku Abdul Rahman. Untuk Pakej ini, kami akan membawa anda ke Pulau Sapi sahaja. Walaubagaimanapun, jika anda ingin menambah ke pulau-pulau lain, maklumkan kami seawal yang mungkin sebelum trip.

(Makan Seafood Di Bulatan Todak)***Selepas menikmati ‘sunset’ di Pantai Tanjung Aru, pemandu akan membawa anda dan rombongan makan SEAFOOD MURAH di Bulatan Todak. Ini kerana gerai makan ini beroperasi hanya selepas jam 5 sahaja. Jika anda inginkan tempat makan seafood yang lebih selesa, sila maklumkan kami dengan lebih awal ya? 🙂

pakej murah 3h2m sabah


 Upon Request (Tidak termasuk dalam jadual lawatan)
-Syahbandar Tuaran
-Aquaria UMS
-Mari-Mari Cultural Village
-Zoo Lokkawi
-Taman Buaya Tuaran

👆🏽Semua Lokasi UPON REQUEST ada CAJ TAMBAHAN.

⭕ Untuk penginapan di Kota Kinabalu & Kundasang, pelanggan boleh memilih untuk tinggal di hotel atau homestay. Harga berbeza mengikut permintaan pelanggan

*Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia
**Jadual perjalanan adalah cadangan dan boleh diubahsuai mengikut keadaan

***Bagi anda yang ingin mengikuti Pakej Percutian ground 3h2m di Sabah ini, anda boleh membuat tempahan awal terlebih dahulu dengan menghubungi pegawai pemasaran kami di website ini. Tempahan awal terutamanya musim cuti sekolah adalah digalakkan kerana ini menjamin kami dapat menyediakan kemudahan penginapan yang terbaik di Kota Kinabalu & Kundasang. Penginapan di Kundasang biasanya akan cepat penuh 3 bulan sebelum cuti sekolah bermula. Jadi buat tempahan awal ya…? :)***

“Bercuti lebih MUDAH bersama kami”

“MUDAH, JIMAT & BERBALOI!”

“Jom Jalan Kita Bah…!”

SUZA HOLIDAYS SDN BHD
KPK/LN 8716

cutikinabalu.com

Leave a Comment