pakej percutian keluarga ke sabah

Lokasi percutian WAJIB dikunjungi di Kota Kinabalu, Sabah.

Lokasi percutian WAJIB dikunjungi di Kota Kinabalu, Sabah.

📍KOTA KINABALU

PAKEJ PERCUTIAN KELUARGA DI SABAH

PANTAI TANJUNG ARU- Terkenal sebagai lokasi “ One of the best top 10 sunset spot in the world” tempat ini hanya 6km dari bandaraya KK dan 3m dari KKIA. Tempat ini bukan sahaja terkenal dengan sunset nya malahan terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan laut dan snek yang enak seperti jagung rebus, kacang rebus, jeruk buah, air kelapa, air tebu, sayap ayam, seafood (goreng2) dan sebagainya.

PAKEJ PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM DI SABAH

SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM- Terletak di Signal hill Kota Kinabalu, ia merupakan lokasi tertinggi buat pengunjung untuk melihat panorama Kota Kinabalu yang sangat menarik. Pemandangan yang dihidangkan tidak hanya terhad sekitar Kota Kinabalu malahan terbentang luas sehingga ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

SABAH TOUR PACKAGE

GAYA STREET SUNDAY MARKET (SUNDAY MARKET)- Terletak di kawasan pusat perniagaan, pasar minggu Gaya Street ini akan dibuka setiap pagi Ahad bermula dari jam 6.30AM sehingga jam 1PM. Anda bole membeli belah di bawah teduhan pokok dan kemah kanopi, melihat barang-barang cenderamata, buah-buhan segar, kain batik, pokok bunga, barangan antik, kuih muih dan bermacam-macam pilihan yang lain.

PAKEJ PERCUTIAN DI SABAH

PASAR FILIPINA- Pasar ini terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Buat anda yang ingin mencari cenderamata dan syurga aksesori wanita seperti Mutiara di sinilah tempatnya. Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat untuk anda membeli makanan laut seperti ikan masin, udang kering dan sebagainya. Jangan lupa juga berkuncung ke pasar basah yang menjual pelbagai ikan-ikan segar dengan harga yang berpatutan.

PASAR MALAM KOTA KINABALU- Terletak di dalam kawasan yang sama dengan Pasar Filipina, cuma ianya dibuka bermula pada waktu Malam. Anda akan rambang mata melihat gerai-gerai makanan yang ada di sini seperti makanan laut, sayap ayam panggang, kuih muih dan sebagainya.

KOTA KINABALU CITY MOSQUE- Masjid yang terletak di Teluk Likas ini hanya memakan masa 10 minit perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ianya sangat terkenal di antara pelacong asing kerana dikelilingi dengan air tasik seolah-olah ianya terapung. Lebih bagus sekiranya anda dapat mengambil gambar ketika matahari terbenam kerana pemandangannya yang stunning.

 

KOTA KINABALU WETLAND CENTRE- Pernah dikenali sebagai KK CITY BIRD SANCTUARY suatu ketika dahulu, pusat conservation ini adalah habitat kepada pokok paya bakau untuk tujuan konservasi, pembelajaran, rekreasi, pelancongan dan kajian. Di dalam pusat ini terdapat boardwalk menuju masuk ke dalam kawasan paya bakau. Berjalan-jalan selama 45 minit adalah pengalaman yang amat menarik di mana anda dapat menghirup udara segar, menikmati ketenangan dan melihat pelbagai spesis burung, tumbuhan dan hidupan liar yang menarik. Waktu dibuka : Selasa hingga ahad (8 AM-6 pm).

 

MARI-MARI CULTURAL VILLAGE- Mari Mari Cultural Village terletak di tengah-tengah kawasan hutan terpencil di Kionsom, Inanam; jauh dari bandaraya Kota Kinabalu yang sibuk. Suasana sekitarnya mungkin mengingatkan anda tentang ‘The Lost World’ karya Sir Arthur Conan Doyle versi Sabahan. Untuk pengalaman yang lebih menarik, anda boleh melawat pondok-pondok kecil di kampung ini di mana rutin harian kehidupan Sabahan tradisional boleh dilihat dengan lebih dekat. Pengunjung juga akan mendapat peluang untuk menjamu hidangan tradisional Sabahan dari setiap kumpulan etnik.

 

BUKIT KOKOL- Bukit Kokol, Menggatal sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tempatan khasnya di Sabah. Tempat ini semakin terkenal disebabkan keunikannya dimana ianya merupakan salah satu tempat menarik yang ada berhampiran dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Jika anda pernah pergi ke tempat ini, anda tidak akan dapat melupakan panorama senja menikmati pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dan di sekelilingnya beserta dengan warna lautan yang keemasan serta udaranya yang sejuk dan nyaman disebabkan tempat ini terletak di kawasan tanah tinggi. Terdapat tempat menarik di sekitar Bukit Kokol yang boleh anda kunjungi seperti Kokol Haven resort, Kokol kasih Sayang Resort, Kokol Farmstay untuk afternoon tea dan menikmati pemandangan dan juga Bukit Kokol Paragliding

 

TANJUNG ARU PERDANA PARK- Perdana Park menawarkan salah satu spot terbaik di KK untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan . Tarikan utama Perdana Park adalah air pancur berirama dengan alunan muzik dan lagu tempatan seperti ‘Sayang Kinabalu’ serta kegemaran klasik orang ramai seperti Mozart. Bermula dari 7:00 hingga 9:00 malam, Isnin hingga Khamis. Pada hujung minggu, pertunjukan itu berjalan setengah jam tambahan. Setiap sesi berlangsung selama 20 minit dengan selang 10 minit. Anda hanya perlu membayar Rm1 untuk bayaran masuk parking.

 

NORTH BORNEO RAILWAY- 5 minit perjalanan dari KKIA, anda dapat melihat kepentingan sejarah dan warisan kereta api di Sabah di mana Muzium Sabah telah mendedikasikan sebuah galeri untuk Keretapi Borneo Utara .Anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api steam seperti zaman colonial terdahulu!

 

SABANDAR LEISURE RIDE- Jangan lepaskan peluang anda untuk meneroka tempat tarikan baru di Kota Kinabalu, Sabandar Leisure RIDES, sebuah tempat di mana anda boleh menunggang kuda atau berjalan kaki di taman paya bakau. Apa yang menarik tentang tempat inilah sebahagian besar Sabandar Leisure RIDES direka dengan tema Mini Cowboy Town!

 

JALAN SALUT TUARAN- Alang-alang dah melawat Sabandar Leisure ride, anda wajib untuk singgah sebentar di gerai Puding Kelapa, Jalan Salut! Bukan pudding kelapa sahaja, terdapat pelbagai makanan menarik yang anda perlu cuba seperti Lokan Bakar, Jagung Bakar, Air kelepa Bakar dan sebagainya.

 

PULAU TUNKU ABDUL RAHMAN- Di Pulau ini terdapat tiga lagi pulau yang popular iaitu Pulau Sapi, Palau Manukan dan Pulau Gaya. Di sini anda boleh melakukan aktiviti sukan air seperti Banana Boat, Snorkling, Jetski dan bermacam-macam lagi. Tiket boleh dibeli di Jeti Jesselton seawal jam 8.30 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang.

PAKEJ PERCUTIAN SABAH 2019

RUMAH TERBALIK TAMPARULI- Rumah Terbalik ini adalah rumah terbalik pertama di Malaysia. Bangunan ini terletak di sepanjang lebuh raya utama menuju Gunung Kinabalu, water rafting Sungai Kiulu dan semua daerah di pantai timur Sabah. Anda dapat melihat rumah kampung tradisional Sabah yang dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur, tandas, beranda dan taman dalam perspektif baru – terbalik!

Untuk sebarang pertanyaan, Whatsapp kami di bawah:

 

 
Rating this!

Leave a Comment

Your email address will not be published.