Pakej Percutian Kundasang

Lokasi menarik yang harus dikunjungi jika anda pertama kali ke Sabah

pakej percutian keluarga ke sabah

Pertama kali ke Sabah? sebelum ni asyik dengar kawan atau sedara cerita pasal keindahan di pulau Borneo ni?

Sekarang kami nak bagi tempat-tempat lawatan yang harus anda kunjungi bila anda sampai di negeri di bawah bayu ini.

  1. Fishspa Tagal Luanti yang terletak di kampung Luanti Ranau ini memang terkenal dengan ikan-ikan sungai dari pelbagai saiz yang sangat jinak. Biasanya ikan air tawar ni tak akan datang dekat dengan permukaan air, tapi ikan-ikan di sini akn mula menyedut kulit-kulit mati kaki anda sebaik kaki anda masuk ke dalam air sungai! Harga tiket hanya RM5 sahaja.

2. Percutian anda juga dikira tidak lengkap jika tidak singgah ke Poring Hotspring ini. Di sini ada mata air semulajadi yang hangat mendidih hinggakan anda boleh masak telur rebus! Di sini juga, jika berkemampuan dari segi fizikal, bolehlah mencuba untuk ‘Canopy Walk’, best dan sangat menenangkan!

3. Desa Cattle Dairy Farm atau ‘New Zeland Malaysia’ ini juga adalah tempat lawatan wajib jika anda berkunjung ke Sabah. Lembu-lembu dari baka import dipelihara disini sesuai dengan keadaan cuaca yang sejuk dan lembab. Pemandangan memang sangat cantik terutama pada awal pagi. Silalah datang di antara jam 6.30 hingga 7.30 pagi, sebelum tempat lawatan ini dibuka, kerana anda akan menyaksikan pemandangan gunung yang paling jelas ketika ini, boleh tangkap gambar puas-puas!

4. Minat makan makanan laut? anda wajib datang ke sini, iaitu gerai yang berhampiran dengan Bulatan Todak. Di sini, terdapat sangat banyak pilihan makanan laut dan anda pasti terkejut dengan harganya, memang sangat murah jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain! masakan pun memang rare la!

5. Last but not least, Masjid Terapung atau ‘The Floating Mosque’ sangat terkenal dengan kunjungan pelancong dari luar negara, terutamanya dari negara China, Jepun dan Korea. Jika anda berkesempatan singgah di masjid yang gah ini, pasti anda aakan melihat bas-bas pelancong banyak berbaris di luar perkarangan masjid ini. Jika pelancong ingin masuk ke dalam masjid, pakai yang bersesuaian ada disediakan dan hanya ruang terhad sahaja boleh dimasuki oleh pelancong bukan muslim.

Sebenarnya, banyak lagi tempat lawatan yang ‘MESTI DIKUNJUNGI’ bila anda sampai ke Sabah ini. Kenapa Sabah menjadi destinasi pelancongan Nombor 1 di Malaysia? ini kerana negeri di bawa bayu ini lengkap dengan keindahan alam semulajadinya seperti Gunung Kinabalu, pantai, pulau-pulau dan hutan-hutan yang masih terpelihara. Kami akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik di entry yang akan datang.

Rating this!

Leave a Comment

Your email address will not be published.