Itinerary 4 hari 3 malam di Sabah

itinerary 4 hari 3 malam di Sabah

Itinerary 4h3m di Sabah ini khas untuk anda yang nak bercuti di Sabah, especially Kota Kinabalu & Kundasang samada menggunakan Pakej pelancongan atau nak drive sendiri, terpulang kepada keselesaan & bajet anda semasa bercuti!


Lokasi-lokasi menarik untuk itinerary 4h3m di Sabah

  • Rumah Terbalik (Upside Down House)
  • 3D Museum
  • Jambatan Tamparuli (Suspension Bridge) 
  • Nabalu Market – Persinggahan untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu
  • Fishspa Tagal Luanti Ranau
  • Sabah Tea
  • Poring Hotspring
  • Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
  • War Memorial Kundasang 
  • Kinabalu National Park 
  • Pulau Tunku Abdul Rahman (Pulau Sapi/Pulau Manukan/Pulau Mamutik)
  • Makan Seafood Bulatan Todak
  • Pasar Filipina
  • Pasar Makanan Kering
  • Jamilah Jewellery
  • Masjid Terapung
  • Yayasan Sabah
  • Signal Hill
  • Muzium Negeri Sabah

Hari Pertama: Kundasang Trip

dari itinerary 4h3m di Sabah

-Destinasi pertama adalah Rumah Terbalik (Upside Down) Lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu

-Singgah  dan merasai sendiri menaiki Jambatan Tamparuli (Hanging Suspension Tamparuli)

-Meneruskan perjalanan berbukit ke Pekan Nabalu

Berhenti singgah di Gerai Pekan Nabalu untuk membeli cenderahati buatan penduduk tempatan

-Di sini juga terdapat Anjung Tinjau Pekan Nabalu untuk mengambil gambar. Jika bernasib baik, Gunung Kinabalu akan jelas kelihatan

-Di Pekan Nabalu ini juga, anda sudah boleh merasai kedinginan udara yang segar di bawah Gunung Kinabalu

-Fishspa Tagal Luanti terletak 40 minit dari pekan Ranau. Di sini anda akan mendapati puluhan ikan sungai yang akan memakan sel kulit mati di kaki anda apabila anda memasukkan kaki ke dalam sungai

-Makan tengahari di Sabah Tea, anda pasti tertarik dengan pemandangan berbukit dan seluas mata memandang

-Perjalanan di teruskan ke Poring Hotspring yang terletak lebih kurang 30 minit dari Sabah Tea

-Mandi manda di Poring Hot spring, memasuki Taman Rama-Rama, melihat info-info mengenai tempat ini di Poring Orchid Conservation Centre, berpeluang melihat Tropical Garden, berpeluang menaiki sendiri Poring Canopy Walkaway dan melawat Rafflesia Flower Site 


Hari Kedua: Kundasang Trip

dari itinerary 4h3m di Sabah

-Melawat Desa Cattle Dairy Farm, antara lokasi ‘WAJIB’ di Kundasang

Tips: Jika nak dapat view Gunung Kinabalu paling ‘GEMPAK’ & ‘WIN”, korang kena ada di Desa Cattle ni seawal jam 6.30-7.30 pagi! Masa tu korang pasti ‘TERPEGUN’ & ‘TERPUKAU’ dengan keindahan alam semulajadi di Kundasang ni. Lagipun kalau datang lewat, terutamanya waktu musim cuti sekolah, korang kena beratur panjang dengan pelancong yang lain, parking pun susah tau…! 😉

itinerary 4h3m di Sabah
‘Win’ tak gambar ni???

-Di Desa Cattle Dairy Farm ini, anda berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pihak pengurusan memproses susu segar dari lembu-lembu baka import terpilih. Anda juga berpeluang untuk membagi makan dan menyusukan anak-anak lembu dan kambing  yang sangat menyeronokkan! dan tentu sekali mengambil gambar pemandangan suasana sejuk dan segar Gunung Kinabalu

-Di sini juga ada dijual produk dari susu lembu berperisa susu, coklat dan kopi serta susu kambing di dalam kotak dan juga aiskrim berperisa vanila dan coklat

-Kira-kira 10-20 minit perjalanan dari Desa Cattle, anda akan berpeluang melawat War Memorial yang terdiri dari 4 taman yang indah – The Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation garden & pool – mewakili berlainan kewarganegaraan

-Aktiviti santai di gerai Bunga dan Buah-buahan di pekan Kundasang

-Singgah di Kinabalu Park, pintu masuk sebelum para pendaki menaiki Gunung Kinabalu. Di sini anda berpeluang berjalan-jalan sekitar Taman Kinabalu ini dengan pemandangan gunung kinabalu yang memukau dan cuaca sejuk dan dingin

-Perjalanan balik ke Kota Kinabalu

-Makan malam di gerai seafood Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu


Hari ketiga: Kota Kinabalu Trip

dari itinerary 4h3m di Sabah

-Selepas sarapan, menghala ke Jeti Jesselton untuk menaiki bot ke Pulau Sapi

-Jeti ini dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa 15-20 minit menaiki bot ke Pulau Tunku Abdul Rahman ini

-Pulau Tunku Abdul Rahman ini di buka dari 8.30 pagi sehingga 5 petang

-Di sini, anda berpeluang melawat 4 pulau: Pulau Sapi , Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Gaya.

-Untuk makan tengahari, anda boleh saja membawa makanan dari luar Pulau, ataupun anda boleh memilih untuk makan tengahari di pulau. Pihak Resort ada menyediakan Buffet atau Alacarte di restoran yang terdapat di Pulau-pulau ini.

-Aktiviti air seperti seawalking, banana ride, jet ski, flyfish, parasailing, scuba doo and coral flyer disediakan di sini

-Terpulang kepada anda samada ingin 1 hari penuh di pulau ini, atau setengah hari sahaja

-Aktiviti santai di Pasar Filipina, Pasar Makanan Kering, Jamilah Jewellery, Pasar Malam dan membeli belah.


Hari keempat: Kota Kinabalu Trip

dari itinerary 4h3m di Sabah

-Sarapan pagi

-Masjid Terapung Likas – Salah satu tempat lawatan ‘WAJIB’ dan masjid terbesar di Bandaraya Kota Kinabalu

-Bangunan Tun Mustapha juga dikenali sebagai Yayasan Sabah iaitu badan yang mempromosikan pendidikan dan pembangunan ekonomi kerajaan Negeri Sabah

-Muzium Negeri Sabah – terdapat Taman Etnobotani, Zoo dan sebuah kampung warisan

-Signal Hill Observatory Tower – Puncak tertinggi di Bandaraya Kota Kinabalu

-Acara bebas


*Itinerary 4 hari 3 malam di Sabah ini hanyalah cadangan sahaja. Anda boleh ubahsuai mengikut masa, kesesuaian dan jadual penerbangan anda.


Sebarang pertanyaan mengenai pakej Percutian di Sabah, boleh whatsapp kami di link di bawah:


Lihat Pakej 4 hari 3 malam di Sabah

pakej 2 hari 1 malam kundasang pakej cuti sabah pakej honeymoon sabah pakej percutian ke kota kinabalu pakej percutian kundasang pakej percutian sabah pakej percutian sabah 2 hari 1 malam pakej sabah pakej sabah 4 hari 3 malam sabah local tour package sabah muslim tour sabah tour package sabah travel package

Rating this!

Leave a Comment

Your email address will not be published.