Hiking di Maragang Hill

Hiking adalah salah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan, lagi-lagi kalau hiking bersama rakan-rakan pada masa lapang ataupun hari cuti.
Korong pernah dengar Maragang Hill? Maragang Hill terletak di Kampung Mesilou, Kundasang dan Maragang Hill adalah salah satu tarikkan yang ada di Kundasang selain Desa Cattle Dairy Farm, Kinabalu Park dan sebagainya.
Korang yang suka aktiviti hiking, Jom hiking di Maragang Hill Kundasang!!!
Untuk hiking disini perlu membuat tempahan terlebih dahulu di Pejabat Pengurusan Mesilou Volunteer Club (MEVOC).
Puncak Maragang Hill
Maragang Hill mula dikenali pada tahun 2017 dan mula dibuka kepada orang ramai pada September 2017. Maragang Hill dengan ketinggian 2232 dari paras laut dan separuh dari ketinggian Gunung Kinabalu. Maragang bermaksud Monyet Merah yang ada terdapat di Maragang Hill, kalau korang terjumpa dengan monyet merah ni, korang memang bertuah, kerana haiwan ini jarang-jarang dijumpai.
Pejabat Pengurusan Mesilou Volunteer Club (MEVOC) - Jam 3pagi
Gambar di ambil berdekatan dengan Pejabat Pengurusan Mesilou Volunteer Club (MEVOC)
OK JOM HIKING DI MARAGANG HILL!!
Apa yang perlu korang lakukan, sebelum korang pergi hiking di Maragang Hill?
  1. Buat tempahan terlebih dahulu (seminggu awal) tempahan boleh dibuat melalui call ataupun whatsapp.
  2. Buat tempahan homestay selepas membuat tempahan untuk Hiking di Maragang Hill. Cari Homestay yang berdekatan dengan Pejabat Pengurusan MEVOC (Bagi yang nak attack sunrise perlu membuat tempahan homestay, kerana jam 2.30 pagi perlu bertolak ke Pejabat Pengurusan MEVOC dan jam 3.00 perlu berkumpul di Pejabat Pengurusan MEVOC, untuk persiapan mendaki.)
  3. Pergi ke Pejabat Pengurusan MEVOC pada hari pendakian
  4. Bayar yuran, bergantung kepada pakej yang ditempah
  5. Tidak perlu pandu kereta sendiri untuk ke starting point kerana pihak pengurusan akan menyediakan kenderaan ( termasuk dalam pakej)
  6. Selamat mendaki.
Pemandangan waktu subuh di puncak Maragang Hill - Sunrise Attack
Pemandangan waktu subuh di puncak Maragang Hill - Sunrise Attack
Ini antara adalah pakej-pakej untuk hiking di Maragang Hill
  • Sunrise Attack (0330am) Normal Trail – 4KM [3-4jam] ~ Naik turun laluan yang sama.
  • Sunrise Attack (0330am) Loop Trail – 4.3KM [4-5jam] ~ Naik di laluan normal, turun di laluan lain.
  • Normal (0630am) Normal Trail – 4KM ~ Naik dan turun laluan yang sama.
  • Normal (0630am) Loop Trail – 4.3KM ~ Naik di laluan normal, turun di laluan lain.
Harga untuk setiap pakej Hiking di Maragang Hill
>>>> Sunrise Attack (0330am) Normal Trail<<<<
>>Bayaran untuk 5 orang<<
  • Konservasi : Rm10 x 5 = Rm50
  • Guide :  Rm100
  • Kenderaan : rm40
  • Jumlah : Rm190
  • Rm190 ÷ 5 orang = Rm38/pax
>>>> Sunrise Attack (0330am) Loop Trail<<<<
>>Bayaran untuk 5 orang<<
  • Konservasi : Rm10 x 5 = Rm50
  • Guide :  Rm120
  • Kenderaan : rm50
  • Jumlah : Rm220
  • Rm220 ÷ 5 orang = Rm44/pax
Jadual pendakian ke Maragang Hill, Sunrise Attack (Minsusuab) Via Loop Trail
    • 0300 – 0320 – Ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide
    • 0320 – 0400 – Bergerak ke check-point maregesu (normal trail) dengan kenderaan yang disediakan.
    • 0400 – 0420 – Sesi taklimat keselamatan daripada malim dan pemanasan badan
    • 0420 – 0540 – Ketibaan para pendaki dipuncak maragang hill
    • 0540 – 0700 – Sesi bergambar ,matahari terbit(sunrise🌄 jam 0610-0630). Rehat dan makan sarapan.
    • 0700 – 0930 – Para pendaki bergerak turun ke check-point  Tudan untuk loop trail (untuk nomal trail akan turun di starting point) .
    • 0930 – 1000 – Ketibaan para pendaki di check point Tudan untuk loop trail
    • 1000 – 1130 – Bergerak ke pejabat MEVOC dengan kenderaan yg disediakan
    • 1130 – 1140 – Para pendaki tiba di pejabat  MEVOC.
    • 1140 – 1200 – Penyerahan sijil dan bergambar.
    • 1200 – 1220 – Aktiviti dijangka selesai dan Tahniah
Peralatan yang diperlukan untuk hiking di Maragang Hill (Sunrise Attack sahaja);
    1. Torch light@head lamp
    2. Jaket@baju panas(cuaca sejuk)
    3. Tongkat
    4. Pakaian yang sesuai dengan cuaca sejuk.
    5. Kasut(wajib)
    6. Ubat2an(jika mempunyai masalah kesihatan)
    7. Makanan ringan dan air secukupnya.
————————————————————————————————————————-
>>>>Normal (0630am) Normal Trail<<<<
>>Bayaran untuk 5 orang<<
  • Konservasi : Rm10 x 5 = Rm50
  • Guide :  Rm70
  • Kenderaan : rm30
  • Jumlah : Rm10
  • Rm150 ÷ 5 orang = Rm30/pax
>>>>Normal (0630am) Loop Trail<<<<
>>Bayaran untuk 5 orang<<
  • Konservasi : Rm10 x 5 = Rm50
  • Guide :  Rm100
  • Kenderaan : rm40
  • Jumlah : Rm190
  • Rm190 ÷ 5 orang = Rm38/pax
Jadual pendakian ke Maragang Hill, Via Loop Trail
    • 0530 – 0600 – Ketibaan para pendaki & pendaftaran pendaki serta berjumpa guide
    • 0615 – 0630 – Sesi suai kenal dan bertolak ke starting point
    • 0630 – 0640 – Taklimat keselamatan para pendaki
    • 0640 – 0650 – Memulakan aktiviti pendakian ke puncak Maragang Hill
    • 0830 – 0900 – Tiba puncak Maragang Hill
    • 0900 – 1000 – Sesi bergambar , rehat dan makan
    • 1000 – 1030 – Mula turun ke ending point Maregesu / Tudan
    • 1200 – 1300 – Pendaki tiba di check-point ending point Maragesu/Tudan
    • 1300 – 1330 – Pendaki balik pejabat mevoc ,penerimaan sijil dan aktiviti selesai.
    • Tahniah…
Keperluan yang perlu dibawa
    1. Pakaian yang sesuai dan selesa
    2. Makanan dan air yang cukup
    3. Baju hujan
    4. Tongkat/working stick jika perlu
    5. Ubat-ubatan jika mempunyai masalah kesihatan
Pengangkutan
    1. Kenderaan dari pejabat MEVOC Kg Mesilou ke starting point dan ambil balik semula dari ending point ke pejabat MEVOC.
    2. Kenderaan pendaki boleh  diparkir di kawasan pendaftaran.
    3. Kenderaan pendaki tidak disarankan dibawa ke starting point atas sebab keselamatan.
  • ***Sijil Rm5/pax (optional)
  • ***Yuran konservasi untuk pelancong luar Rm15 (Dewasa) dan Rm10 (umur 17 tahun ke bawah)
  • ***Harga akan berubah mengikut jumlah peserta.
Ini adalah gambar-gambar team kami semasa hiking di Maragang Hill (Sunrise Attack – Normal Trail). Sangat – sangat seronok hiking disini, banyak pengalaman semasa hiking disini. 
Kalau korang pun nak hiking di Maragang Hill boleh hubungi kami ataupun terus hubungi pejabat pengurusan MEVOC Kg Mesilou, Kundasang.

Leave a Comment