fbpx

9 Sebab Anda Mesti Bercuti Di Kundasang

Dah pernah bercuti di kundasang, Sabah? Kalau tak pernah, mesti selalu dengar nama tempat paling popular untuk pelancong ni kan? Kalau dah pernah pula, mesti rasa tak puas lagi jalan-jalan di sana kan? Kundasang bukan sahaja terkenal dengan lokasi percutian murah di dalam negara, tetapi juga di luar negara. Blog ini banyak memberikan informasi percutian & melancong di Sabah, especially Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna. Dalam blog kali ini, kami kongsikan kepada anda 9 sebab kenapa anda mesti bercuti di Kundasang, Sabah.

bercuti di kundasang

Isi Kandungan:

  1. Lokasi di bawah Gunung Kinabalu
  2. 25 destinasi pelancongan di Kundasang & Ranau
  3. ‘New Zealand Malaysia’ atau dikenali juga Desa Cattle Dairy Farm
  4. Pelbagai Hotel/Homestay di Kundasang ikut bajet
  5. Sesuai untuk percutian keluarga dan backpackers
  6. Perjalanan ke Kudnasang Yang Tidak Membosankan
  7. Aktiviti lasak seperti hiking, jungle trekking, paragliding, atv dan flying fox
  8. Destinasi pelancongan yang selamat
  9. Penduduk Kundasang & Ranau yang mesra


Lokasi di bawah Gunung

trip ke kundasang 2020

Pernah dengar tak Gempa Bumi pada tahun 2015 yang berlaku di Ranau? Gempa bumi yang berukuran sederhana 6.0 skala richter ini dapat dirasai hingga beratus-ratus kilometer dari pusat gempa bumi itu. Antara daerah yang terasa gegaran tersebut adalah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, tawau, tambunan, keningau termasuk juga beberapa daerah di Sarawak dan juga beberapa daerah di negara Brunei Darussalam.

Gunung Kinabalu yang terkenal di seluruh asia tenggara malahan terkenal di serata dunia ini berketinggian 4095 meter dari aras laut! Ada yang mengatakan, ketinggian gunung ini naik setiap tahun pada 5mm secara perlahan dan sukar dilihat dengan mata kasar! Menarik bukan?

Kundasang terletak betul-betul di kaki Gunung Kinabalu tau…! 😉

Apa yang lebih menarik, Kundasang adalah satu daerah yang sangat sejuk di kepulauan Borneo. Sejuk suhu purata 15-20 darjah celcius malahan boleh mencecah 13 darjah Celsius pada waktu malam! Sebab tu bila bercuti di Kundasang, jangan hairan bila ada sesetengah homestay atau hotel di Kundasang tidak memasang penghawa dingin atau kipas di bilik tidur.

Dengan kesejukan begini, bukan sahaja sesuai untuk aktiviti percutian, Kundasang juga adalah amat sesuai untuk aktiviti penanaman sayuran dan berbagai jenis bunga. Jika anda sampai di Kundasang, setiap hari anda boleh melihat aktiviti penduduk di sini bercucuk tanam dan jual beli bermacam jenis sayur-sayuran jenis daun atau kacang. Di pekan Kundasang ini juga, terdapat gerai khas untuk menjual sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan. Di gerai ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara melihat sendiri kesegaran sayuran dan buahan yang ditanam sendiri penduduk di sekitar Kundasang & Ranau.


 

25 destinasi pelancongan di Kundasang & Ranau

Wow! Ada 25 destinasi pelancongan popular dalam Kundasang dan Ranau sahaja? Memang terbaik kan Kundasang ni? Dalam perkongsian kali ini, kami hanya menyenaraikan 25 destinasi pelancongan, tapi tidak mengupas lebih lanjut. Jika anda inginkan infomasi lebih mendalam destinasi yang ada di Kundasang dan Ranau ini, sila baca post yang ini.

OK! Jom kita tengok 25 destinasi pelancongan terbaik ni!

  1. Desa Cattle Dairy Farm
  2. War Memorial
  3. Maragang Hill
  4. Mesilau Highland Strawberry Farm
  5. Mesilau Cat’s  Village
  6. Sosodikon Hill
  7. Jic Send Nursery
  8. ATV Borneo Adventure
  9. Gerai Buah- buahan dan sayur-sayuran
  10. Tinorindak Hill
  11. Anjung Tinjau Nabalu (Pekan Nabalu)
  12. Kinabalu Park
  13. Kundasang Mount Valley Recreation
  14. BW Bus Restaurant
  15. Arnab Village
  16. Ranau Rabbit Farm
  17. Kinumulok Garden
  18. Adenna Raflesia Garden
  19. Sabah Tea
  20. Fishspa Tagal Luanti Ranau
  21. ATV & Ranau Paragliding Park
  22. Lohan Paragliding Valley
  23. Damai Eco Ranch
  24. Marakau Fishspa
  25. Poring Hotspring

 

‘New Zealand Malaysia’ atau dikenali juga Desa Cattle Dairy Farm

Nama dengar macam pelik kan? 2 negara dalam 1 nama!

Itulah nama jolokan yang diberikan untuk Desa Cattle Dairy Farm ini. Terletak di kampong Mesilau, kawasan ini adalah antara kawasan yang paling sejuk di Kundasang. Seperti namanya, destinasi pelancongan popular di Sabah ini adalah tempat lembu-lembu baka import dipelihara di dalam kawasan seluas 199 hektar. Ladang Desa ini juga mampu mengeluarkan susu segar hingga 900, 000 liter susu setahun.

Desa Cattle Dairy Farm ini dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang.

Harga tiket pula adalah RM5 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Jika trip percutian anda pada musim cuti sekolah, kami sarankan supaya datang ke sini sebelum jam 8 pagi, ini kerana di sini tempat letak kereta memang terhad dan sempit sedikit. Jika datang lambat, alamat la kena beratur panjang!

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah memberi makan dan menyusukan anak-anak lembu dan kambing yang jinak. Anda juga berpeluang melihat sendiri bagaimana proses pemerahan susu lembu yang ada di sini.

Selain itu, pihak desa cattle juga ada menjual susu segar pelbagai perisan, aiskrim gelato, makanan ringan dan cenderahati. Aktiviti bergambar juga adalah yang paling sesuai di sini. Gunung Kinabalu seakan betul-betul berada di hadapan mata.

Nak tau 1 tips? Bila bercuti di Kundasang, datang seawal jam 6.30-8 pagi di pintu gate Desa Cattle ini, kebiasaannya jika anda bernasib baik, pada waktu ini gunung Kinabalu akan jelas kenampakan tanpa ada sedikit kabus pun menutupinya!


 

Pelbagai Hotel/Homestay di Kundasang ikut bajet

Penginapan di Kundasang sememangnya tidak pernah mencukupi lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.

Sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Sabah, pihak kerajaan dan perseorangan berlumba-lumba menyediakan kemudahan penginapan di Kundasang.

Jangan tidak percaya, ada banyak pelancong yang tidur  dalam kereta atau kembali semula ke Kota Kinabalu dek kerana tidak membuat tempahan awal penginapan di Kundasang. Ada juga yang menginap di Ranau yang mana mengambil masa 30-40 minit dari Kundasang. Sudah tentu berbeza sedikit jika menginap di Ranau kerana perbezaan suhu. Bercuti di Kundasang memang kena plan betul-betul ya… 🙂

Bagi yang hendak bercuti di Kundasang, terdapat hotel bajet dan hotel 2 atau 3 bintang. Setiap hotel tentunya mempunyai pemandangan yang berbeza.

Ada yang keluar pintu sahaja dah Nampak gunung. Ada juga bilik yang terlindung dari pemandangan yang menarik. Jadi anda kena ‘survey’ dahulu harga dan kedudukan bilik yang anda ingin tempah.

Sudah tentu bilik hotel yang mempunyai pemandangan yang memukau mempunyai harganya yang tersendiri.

Untuk anda yang ingin menginap di homestay, ada banyak pilihan homestay yang anda boleh cuba di Kundasang.

Ada yang menyewakan bilik, rumah 2 bilik hingga rumah yang mempunyai 5 bilik. Harga juga berbeza-beza setiap homestay.

Jika homestay jenis kampung, harga murah sedikit dari homestay jenis modern. Setiap homestay juga berbeza-beza dari segi keluasan dan juga pemandangan sekitar homestay.

Jangan bandingkan harga homestay di Kundasang dan juga di Kota Kinabalu. Sememangnya harga di sini sedikit mahal jika dibandingkan dengan homestay di tempat lain. Ini kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan menyebabkan harga homestay di sekitar ini agak mahal sedikit.

Tapi percayalah, harga yang penginapan yang mahal juga pasti ‘menghidangkan anda dengan pemandangan yang memukau!

Percaya atau tidak, Ada kawasan homestay di Kundasang yang mana anda boleh melihat lampu-lampu para pendaki gunung Kinabalu seawal jam 4-6 pagi dari bilik homestay!


 

Sesuai untuk percutian keluarga dan backpackers

bercuti di kundasang

Samada mengikuti pakej percutian atau menyewa kereta pandu sendiri, Kundasang adalah tempat yang sesuai untuk semua pelancong dan bajet pelancong.

 Untuk anda yang teringin ke Kundasang menggunakan pakej, di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu terdapat banyak agensi pelancongan yang menawarkan trip ke Kundasang. Tentunya harga dan perkhidmatan berbeza mengikut agensi pelancongan tersebut. Ada yang mahal, ada yang murah.

Tetapi kami menasihatkan anda supaya memilih syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Jangan terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan, ini kerana jika terjadi apa-apa (bukan doa ya!) sepanjang trip percutian anda, pihak tersebut tidak mahu bertanggungjawab atau ‘lari dari tanggungjawab’!

Kami pernah juga terdengar kes yang mana pelancong dah sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, memang dah janji dengan pengusaha pakej percutian supaya menyambut kedatangan mereka, tapi akhirnya tidak dapat dihubungi. Yang lagi teruk, semua pembayaran sudah dibuat sebelum trip lagi! Memang parah kes macam ini, hati-hati ya?


 

Perjalanan ke Kundasang Yang Tidak Membosankan

blog percutian kundasang

MUDAH!

Satu ayat yang mampu kami ucapkan adalah perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu adalah MUDAH & SENANG, walau anda pertama kali dating ke Sabah. ‘Mudah’ maksudnya di sini adalah jalanraya yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Kundasang tidaklah seperti jalanraya di bandar-bandar besar, tidak ‘berselirat’ dan banyak simpang.

Untuk pengetahuan anda, jalanraya dari Kota Kinabalu ke Kundasang ini adalah salah satu perhubungan jalan darat yang terpenting di Sabah kerana menghubungkan antara Bandaraya Kota Kinabalu dan bandar-bandar terpenting di Sabah seperti Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Jarak dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam iaitu 95 kilometer sahaja. Jalanraya 2 hala ini hanya mempunyai 2 lorong sahaja bermula dari pekan Tamparuli hinggalah ke pekan Ranau. Ada juga beberapa selekoh disediakan lorong memotong.

Kawasan berbukit bukau dan bengkang bengkok ini dilalui bermacam jenis kenderaan terutamanya bas besar, lori dan trailer kerana ini adalah jalanraya utama seperti yang kami sebutkan tadi. Jadi anda kena bersedia dengan ubat tahan muntah dan pening jika tidak biasa memandu dengan keadaan jalanraya di sini. Kami juga mencadangkan anda mengupah pemandu yang berpengalaman untuk memastikan kelancaran trip ke Kundasang anda.

Di sepanjang jalan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh anda singgah dan melawat. Jika di pekan Gayang, anda boleh menikmati Lokan dan Kelapa bakar yang enak dinikmati sewaktu cuaca terik. Di pekan Tamparuli pula, anda boleh singgah di Rumah Terbalik dan juga menaiki sendiri jambatan yang sangat popular di Sabah, iaitu Jambatan Tamparuli.

Bermula dari pekan Tamparuli, bermulalah perjalanan mendaki bukit bukau dan jalan berliku. Di sepanjang perjalanan dari sini, anda boleh menikmati pemandangan yang kami pasti anda jarang melihatnya. Bukit bukau yang terhampar luas dan pemandangan sejauh mata memandang.

Anda juga akan dapat melihat sendiri gerai ‘Sinalau Bakas’ yang banyak berdiri di tepi-tepi jalanraya ini. Untuk pengetahuan anda, ‘Sinalau Bakas’ ini adalah Bahasa dari suku kaum dusun yang bererti ‘Babi Panggang’. Babi hutan yang dipanggang mengikut cara dan resepi kaum dusun non muslim di kawasan ini. Bagi pelancong non-muslim, kami kira ini adalah lokasi makan-makan yang patut anda singgah dan cuba!


 

Aktiviti lasak di Kundasang & Ranau

blog percutian di kundasang

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, jungle trekking, paragliding, atv dan flying fox, Kundasang adalah tempat yang paling sesuai untuk melakukan semua aktivit tersebut.

Untuk aktiviti hiking dan jungle treking, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di Sosodikon Hill, maragang Hill dan tinorindak Hill.

Nulu Tinorindak terletak di Kg Lembah Permai dan mejanjikan pemandangan 5 bintang. Berketinggian pada 1758 meter dan jarak untuk kepuncak adalah 2.7 kilometer dan 3.0 kilometer untuk turun (5.7Kilometer). Boleh nampak seluruh kundasang dan jika bernasib baik, boleh nampak Gunung Kinabalu depan mata beb! Memang rugi kalau tidak datang hiking di sini.

Marangang Hills merupakan tempat yang sesuai untuk hikers atau climbers. Tempat ini merupakan salah satu tarikan yang terletak di Mesilou Kundansang. Perjalanan dari Kota Kinabalu lebih kurang 2 jam 30 minit. Pakej Hiking yang disediakan ada dua iaitu “sunrise dan sunset”.

Sedikit informasi, jika hikers mahu mendaki Marangang Hills pakej sunset, bangun seawal jam 2.30 pagi untuk persiapan serta pendaftaran peserta dan pada jam 3.30 pagi pendakian akan bermula. Sama seperti pakej sunset yang membezakan cuma waktu pendakian iaitu pada jam 3.30 petang. Sebagai tambahan, pakej juga mengikut kepada trail.

Perjalanan sepanjang perjalanan agak mencabar sekiranya hujan kerana licin dan agak curam.

Di Sosodikon Hill pula terletak di Kampung Kauluan, Kundasang Sabah.

Lokasi jalan sama seperti menuju ke Desa Cattle Dairy Farm.

Tempat ini menarik disebabkan pemandangan sangat memukau dan juga kenali sebagai tempat untuk hiking. Lebih kurang 20 – 30 minit pendakian kerana jarak lokasi dari tapak permulaan tidak terlalu jauh dan perjalanan agak santai.

Sepanjang penjalanan menuju ke Peak, pengunjung boleh mengambil gambar. Dicadangkan juga, pengunjung boleh mendaki sekitar jam 6.00 pagi untuk melihat “sunrise” yang berlatarkan Gunung Kinabalu.

Untuk aktivit paragliding pula, anda boleh melakukannya di Ranau iaitu ATV & Ranau Paragliding Park dan juga Lohan Paragliding Valley

Di Kundasang pula anda boleh mencuba ATV Borneo Adventure dan flying fox di Kundasang Mount Valley Recreation. 

Anda boleh melawat kampung-kampung kaum Dusun, ladang-ladang, kebun-kebun, padang rumput dan sebagainya dengan menaiki motor 150 cc  quad di jalan tar atau tidak bertar. Aktiviti ini sangat mencabar terutama apabila anda harus mengharungi jalan tidak bertar yang berliku namun ia pasti akan memberi kepuasan kepada penunggangnya.

Selain itu, udara sana yang dingin pasti menyegarkan penunggang walaupun aktiviti sangat mencabar.


 

Destinasi pelancongan yang selamat

percutian ke kundasang 2020

Daerah Ranau dan Kundasang adalah sebuah pekan yang boleh dikatakan selamat. Ini kerana kurangnya kadar jenayah yang berlaku di sini yang melibatkan pelancong.

Di pekan Kundasang dan Ranau juga pihak polis sentiasa membuat rondaan berkala untuk memastikan keselamatan pelancong dan orang awam sentiasa terjaga.

Tidak seperti di pusat pelancongan yang lain, sesetengah jenayah yang melibatkan pelancong seperti penyeluk saku, rompakan bersenjata, curi kereta dan sebagainya tidak pernah terjadi di Kundasang.

Walaubagaimanapun, kita mesti sentiasa waspada dan berhati-hati ketika melancong bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


 

Penduduk Kundasang & Ranau yang mesra

destinasi pelancongan popular sabah

Sabah memang terkenal dengan pelbagai suku kaum dan budaya sejak dari zaman nenek moyang mereka dahulu lagi. Setiap daerah di Sabah ada suku kaum majoriti dan minoriti yang tinggal bersama. Contohnya seperti daerah Kota Belud, suku kaum majoriti adalah suku kaum Bajau dan Dusun. Manakala suku kaum minoriti pula adalah kaum Iranun.

Majoriti suku kaum yang tinggal di Pekan Ranau dan Kundasang ini adalah suku kaum Dusun. Kaum dusun memang terkenal dengan budaya mereka sendiri seperti tarian, pakaian, muzik tradisi dan kraftangan. Yang pastinya penduduk di daerah Ranau dan Kundasang ini kebanyakkannya peramah, suka berjumpa orang baru dan santun dalam berbicara. Kami pasti, anda akan gembira bila bercuti di Kundasang, Sabah.


Artikel Berkaitan:

  1. Pakej Lawatan Sabah 2020
  2. Tips Bercuti Di Sabah
  3. Tips Percutian Kundasang Sabah

Untuk Sebarang Pertanyaan, Whatsapp Pembantu Anda Di Bawah:

AMYRULL SUZATEAM
Amyrull

RABIATUL SUZATEAM
Rabiatul

Leave a Comment